Bab 15

13.8K 260 0
                                    

Kelihatan beberapa ahli lembaga pengarah syarikat Double-U Holdings sedang sibuk bermesyuarat. Beberapa kertas kerja dibentang seorang demi seorang antara mereka. Respon positif diberikan daripada Encik Rusdi. Setelah selesai semua perbentangan, mereka semua bertepuk tangan.

"So Reez.., what do you think?"soal Encik Rusdi separuh berbisik kepada anaknya. Namun, dia seperti sedang bercakap dengan tiang dinding. Fareez sama sekali tidak memberikan sebarang respon. Jauh benar dia mengelamun.

"Encik Fareez Haikal!"tempik Encik Rusdi sekali lagi sambil menepuk meja membuatkan Fareez hampir melatah.

Ommmmaaakkk!

"Er?"mukanya cuak. Alamak!

"Where are you actually my son?"soal papanya serius. Kini dia menjadi perhatian orang-orang yang masih setia duduk di meja mesyuarat itu.

"Pa...,"

"Yes? There's something you want to explain?"soal papanya sekali lagi. Perlahan-lahan Fareez menggeleng.

Well. Jawapan yang sangat-sangat impress. Good job my son, good job! (Perli)

"Apa yang ada difikiran kamu sebenarnya? Kamu sengaja nak malukan papa, ya?"papanya sudah mula membuat andaian sendiri. Cepat kepala Fareez menggeleng menafikan.

"Pa, no.. Actually..Reez..Reez ada prob sikit dekat rumah,"

"Prob? What is it?"Encik Rusdi mula khuatir. Ternyata anak sulungnya selepas bernikah semakin menunjukkan prestasi yang merosot pula. Sepatutnya makin baik. Itulah orang suruh berbulan madu banyak alasan. Inilah jadinya.

"Sufy...Dia demam,"dalih Fareez berharap agar kali ini dia bisa terlepas.

"Demam? Habis tu kamu ada bawak dia pergi klinik tak?"soal papanya sudah semakin serius. Al maklum, menantu kesayanganlah katakan..

"Of course, dah."ringkas jawapannya. Jawapan itu sedikit sebanyak telah membuatkan Encik Rusdi dapat menerima alasan yang diberikan. Nafas ditarik panjang.

Huh..

Lega.

"Ni, Papa nak kamu balik sekarang. Dah tak payah fikir panjang-panjang lagi. Ambik cuti dua minggu, pergi honeymoon,"arah Encik Rusdi yang kini sudah berdiri.

"Ha? Tapi, pa..,"

"No excuse,"potong papanya sambil menunjukkan jari telunjuknya didepan Fareez. Terlopong dia dibuatnya.

What?

Dia sendiri sudah jatuh tenggelam di dalam lubang yang digalinya sendiri. Terasa menyesal pula dia membocorkan keadaan kesihatan Suffiya.

Apasal aku ni bodoh sangat? Argh.

Dia mengesat peluh yang mula merenek didahi. Termenung memikirkan nasib apa pula yang bakal terjadi selepas ini.

Honeymoon?

Er.

--

Ketukan pintu bertalu-talu disamping loceng yang berbunyi mengejutkan tidur Suffiya yang indah. Baru sahaja kepalanya mahu terasa ringan. Siapa pula yang datang ni? Rasanya abang Fareez pulangnya lambat lagi... Dia menonyoh kedua-dua belah matanya. Jam di dinding ditenung. Baru pukul sebelas. Siapa agaknya yang ketuk pintu ni? Dia mengatur langkah perlahan lalu pintu kayu rumahnya dibuka. Langkahnya yang sudah berdiri menjadi semakin membatu. Matanya yang sememangnya bulat terjegil seperti mahu keluar biji mata itu. Bibirnya tertutup rapat. Masih cuba menghadiahkan senyuman kelat. Tidak menyangka ibu dan ayahnya menjadi tetamu kehormat tidak diundang dalam rumahnya hari ini.

--

"Mana Fareez?"tanya ibunya. Suffiya yang sedang menjinjing beg ibu dan ayahnya dimuka pintu untuk dibawa ke atas tiba-tiba terencat langkahnya. Mukanya tampak bersahaja.

"Biasalah.. Abang Fareez kerja bu."jawabnya lembut.

"Ibu... kalau ibu dan ayah nak berehat dekat bilik marilah.., Sufy boleh tunjukkan,"pelawa Suffiya lagi. Kini talifon bimbit ditangan menjadi peneman setia. Dia mencuba mendail nombor talifon suaminya untuk diberitahu tentang hal ini. Namun masih tiada respon. Mana agaknya dia ni? Kalau ya pun angkatlah talifon tu! Adeh.

Usai menyediakan jamuan kecil buat ibu dan ayah dia mengambil tempat disebelah ibu tersayang.

"Kenapa ibu datang tak bagitahu?"soal Suffiya lembut. Matanya yang agak sebam itu ditenung lama oleh ibunya.

"Salah ke nak jenguk anak menantu, Sufy? Ibu kamu ni...Asyik rindu, sebab tu ayah bawakkan dia kesini.,"pertanyaannya dibalas oleh si bapa pula. Suffiya hanya mampu tersenyum begitu juga ibunya. Jauh di sudut hati jiwanya bergelora bagai nak gila. Mujurlah masih sempat dia berkemas ala kadar di dalam bilik tamu yang bakal diinap oleh ayah dan ibunya malam ini. Padahal alatan mekapnya masih penuh diatas almari. Memikirkan hal itu membuatkan dia sedikit tersentak.

"Ibu, ayah duduk kejap eh, Sufy nak naik atas kejap,"katanya lalu pantas meninggalkan sepasang suami isteri itu dibawah. Tangannya cepat bekerja mengambil itu ini di dalam bilik tamu itu. Matilah dia jika ibu dan ayah tahu bahawa mereka tidak sebilik. Sambil itu tangannya ligat menaip angka talifon bimbit lalu diletakkan di telinga.

"Hello,"

"Hello, awak! Awak kat mana?"

"Of course my office. Kau nak apa?"tanyanya kasar.

"Awak, awak kena balik awal sikit harini. Ni ibu dan ayah saya datang rumah ni. Dorang bermalam kat sini,"terus-terang Suffiya. Suaranya separuh berbisik. Risau kalau-kalau didengari oleh ayah dan ibu.

"Ha? Hhh. Habb..habis tu?"gagap soalnya yang masih kaget ditalian. Kepalanya semakin berserabut.

"Habis tu apa?"

"Barang-barang semua macam mana?"tanyanya khuatir.

"Ni saya tengah berangkut la ni sikit-sikit,"

"Aduh! Apasal tak bagitau awal-awal?''

"Saya pun tak tahu, tiba-tiba je dah depan pintu, ni awak balik cepat tau?"pintanya sebelum menamatkan perbualan.

"Ha,, okey-okey kejap lagi aku sampai,"

Perbualan mati.

Suffiya masih sibuk mengambil barang-barang peribadinya di kamar itu untuk dibawa masuk kedalam bilik tidur Fareez.

Huh. Penat. Sampai bila harus memenatkan diri dengan lakonan tidak masuk akal ini? Pergi rumah mama berlakon, sekarang depan ibunya sendiri, pun..dia tetap harus berlakon. Tetapi sampai bila? Dia sendiri bingung.

Padahal sakitnya baru sahaja mahu sembuh. Tidak pasal-pasal ibu dan ayahnya memberi dia kejutan seperti ini.

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now