Bab 67

8.3K 109 2
                                    

"Awak yakin ke dengan apa yang awak buat ni?"soal Fareez merenung tepat kedalam anak mata hitam Suffiya. Suffiya hanya mengangguk mengiakan. Dia yakin, pilihannya tepat. Keputusan untuk memberhentikan Suri bukan sekadar khabar angin. Malahan, berita itu juga mendapat tempat menjadi topik bualan hangat diantara pekerja-pekerja dibutik itu. Berita mengejutkan ini juga mendapat perhatian suaminya, Fareez. Mana tak nya, Suri seorang pekerja yang paling lama bekerja di butik isterinya. Pasti berita bahawa Suri yang menjadi musuh dalam selimut di tempat kerja itu serba sedikit membuat dia kaget

"Kalau macam tu tak apalah. Abang gerak dulu ya, sayang."kata Fareez sebelum ubun-ubun Suffiya dikucup lembut.

**
"Yang kau pakai baju macam ni kenapa? Kau ingat kerja yang kau nak mohon tu kerja tolong abang kau buat burger macam kat kampung?"kata Ilya sambil memakai subang ditelinga

Sabrina memakai topi berjenama Adidas seperti selalu tatkala dia keluar. Tubuhnya direbahkan diatas sofa. Kebiasaanya usai solat subuh, katilnya menjadi tempat dia beradu semula, tetapi berbeza dengan hari ini, dia terpaksa bangun untuk pergi temuduga kerja.

"Habis aku nak pakai baju apa?"soal Sabrina lurus. Seumur hidupnya tak pernah wujud pun baju berkod hitam seperti Ilya, siapalah dia nak berpakaian serba korporat macam itu? SPM pun cukup-cukup makan. Lagi pula, tak kan nak kerja pembantu butik nak kena berpakaian serba korporat macam Ilya.

Berbalik pada cerita tadi, Mujur ada sepupunya yang sudi menumpangkannya disini. Itupun sebab kena halau dengan mak dan ayahnya di kampung, sebab sikap dia yang seperti laki laki.

"Kau cuba pakai baju kurung ke,"cadang Ilya sebelum menghenyakkan punggung disebelah Sabrina

"Baju kurung? Kau takde baju lain ke selain baju pelik tu nak suggest kan kat aku?"soal Sabrina hairan. Macam mana dia tidak hairan, macamlah baru setahun dua Ilya mengenali dia. Mana pernah dia pakai baju kurung? Kalau tidak dipaksa oleh ibu dan ayahnya dikampung dulu sebab ajak pergi kenduri, memang tak lah dia nak memakainya

Kepala Ilya yang tidak gatal digaru-garu. Masakan baju kurung tradisional melayu dikatakan baju pelik? Hisy.

"Kau pinjam baju aku lah? Nak?"Ilya memberi idea. Dia bangkit dari sofa dan berlalu ke kamarnya

"Kau nak kemana? Takpayah. Lagipun aku dah nak gerak dah ni,"kata Sabrina lincah. Ilya sudah mengagak bahawa dia pasti nak ikut kepala otaknya saja.

"Aku gerak dulu tau, bye!"bayang Sabrina terus lenyap. Ilya sekadar menggeleng kepalanya. Apalah nak jadi dengan kau ni Sab. Desis hatinya

**
Penampilan dari atas sampai bawah direnungnya. Biar betul dia ni nak jadi pembantu butik kat sini?

"Awak nak kerja tetap atau part time?"soal Suffiya teragak-agak. Keliru sudah dia, mahu panggil adik ke abang ke akak ke. Cik ke Encik ke. Gaya dari jauh persis lelaki, tetapi dalam ic perempuan.

Tomboi lah kot!

"Tetap jelah Puan. Lagipun saya dah lama menganggur kat rumah cousin saya ni,"kata Sabrina bersahaja.

"Oh, jadi Ilya tu cousin awak lah ya?"kata Suffiya penuh sopan

"Betul! 100% betul puan!"kata Sabrina sambil jarinya dipetik beberapa kali. Naik rimas Suffiya dibuatnya

"Saya boleh je nak ambik awak bekerja kat sini, tapi awak kena ubah penampilan awak."terus terang Suffiya.

What? Ubah penampilan?

Dehell.

"Apa maksud Puan? Tak okey ke saya pakai macam ni? Janji baju kan Puan?"soal Sabrina sempat lagi dia menyindir

"Tapi butik saya ni butik muslimah cik. Saya berhak menentukan pakaian macam mana pekerja saya kena pakai,"tegas Suffiya dalam bicaranya. Sabrina sudah melangut lama. Tak kan sebab penampilan aku, dorang fikir aku tak amanah? Hak elah mentality betul!

"Macam mana cik? " soal Suffiya lagi.

"Please la Puan. Saya tak retilah nak pakai ala-ala muslimah ni. Puan tak kesian kat saya ke?"pinta Sabrina sudah merayu-rayu

Siti yang berada dibelakang sudah menjenguk-jenguk bakal pekerja baru yang diambil Suffiya. Yelah, dari tadi asyik riuh semacam aje!

Suffiya serba salah. Ini melibatkan etika kerja. Sungguh tak layak langsung orang berpakaian macam ni nak bekerja di butik miliknya.

Boleh lari customer aku!

Bibirnya diketap. Bukannya susah pun syarat yang dikenakan. Datang kerja pakai baju kurung ataupun kain. Lebih elok, berjubahlah!

Apalah nasibnya hari ini. Mendapat pemohon yang bertingkah begini. Ini merupakan pengalaman pertama dia menerima orang yang memohon kerja disini berpakaian laki laki

"Macam ni lah.."sambung Suffiya

"Awak boleh kerja sini. Tapi untuk dua hari aje dulu. Kalau tingkah laku awak baik. Awak boleh kerja terus, jika sebaliknya. Awak faham apa yang saya maksudkan,"jelas Suffiya panjang lebar.

"Serius ke ni Puan Suffiya? Wah semoga jasa Puan dibalas oleh yang maha esa. I love you Puan Sufy. Saya janji punya saya kerja melentik elok baik punya. Cenggini!"kata Sabrina sambil menunjukkan simbol good ditangan. Gembira bukan main lagi lagaknya. Terkejut Suffiya dengan tingkah Sabrina. Jauh disudut hatinya, dia menahan tawa. Dia tidak tahu bagaimana dia begitu berani mengambil risiko ini. Tetapi bagi dia, setiap orang layak diberi peluang kedua. Mana tahu, luaran saja Sabrina berperilaku begini. Kerna kadangkala orang beginilah yang paling amanah dalam bekerja.

Harapnya begitulah.

Dia berharap agar pilihannya tepat!

**********🎈🎈🎈

"Kau memang hebat, Sab! Hebat! Hahahahah!"ketawa dalam rumah agam itu meletus. Sabrina mengusap2 dagunya seperti sudah menerima satu kemenangan yang lumayan

"Ni Sabrina lah beb, kau nak aku buat apa lagi lepas ni? Hujung jari je lah,"Sabrina mendabik dada

"Good. Lepas ni boleh lah kau hancurkan lagi business dia. Dia ingat dia dah berjaya curi boyfriend aku, dia berjaya dalam hidup jugak gamaknye! Hahaha!"ketawa Anis tidak henti meletus dari tadi. Sabrina sudah merenungnya dengan muka toya

"Weh, mak teh. Gelak gelak jugak. Duit aku mana duit?"soal Sabrina tegang. Ketawa Anis mati serta merta. Kalau bab duit, ligat aje. Cuba suruh cari kerja? Ni pun nasib baik kerja sebab aku. Nak harapkan dia?

Huhh.

Beberapa keping not 50 dikeluarkan. Belum sempat Anis mengira, wang itu langsung dirampas

"Weh, lebih banyak tu setan!"kata Anis menyumpah anak saudaranya

"Halal lah makteh. Penat tau berbuih mulut aku ni cakap dengan Suffiya tu. Sebab dia tengok penampilan aku macam ni tau!"bebel Sabrina spt makcik2. Hatinya girang menerima wang sebanyak itu. Apa2 sajalah. Janji aku dapat duit!

Tak sangka langsung Anis, berani sungguh anak saudaranya mintak kerja dalam keadaan macam itu. Hampir saja dimakinya kerana perbuatan Sabrina boleh dianggap merosakkan rancangan

"Yelah yelahh."Anis bersilang tangan. Geram memikirkan dirinya yang sudah sebatang kara. Buat masa sekarang ajela sebatang kara, dalam bank lubuk emas lagi!! Pui

"Eh tapi makteh jangan lupa. Rahsiakan hal ni dari Ilya. Mengamuk budak tu nanti!"pesan Sabrina sebelum kasut disarung ke kaki. Anis sekadar buat tak dengar. Tahulah dia, dah rancangan tu dia yang buat.

Halamakk. Silap langkah pulak si Suffiya. Huhuhu, apa pendapat korang? Janganlah jadi silent reader je. Acer komen sikit hehe. Kalau boring maaf ya. Love😘

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now