Bab 56

13K 185 2
                                    

HADIAH NI BUAT KORANG YANG MASIH MENUNGGU UPDATE SETINGGI EGOMU.. TERIMALAH HADIAH TAK SEBERAPA NI YAAA..

"Assalamualaikum,"ujar Suffiya sedikit kuat lalu masuk ke teratak yang sudah sekian lama tidak dia huni. Dia memasuki bahagian ruang tamu sambil dipimpin oleh Fareez lalu menyalami dan duduk berhadapan dengan Ibu dan Abah serta keluarga mertuanya.

"Sayang, alhamdulillah kamu dah sihat!"ujar Puan Farhanah. Senyuman kelat terukir. Pipinya dicium kiri dan kanan . Badan Suffiya masih lemah dan dia perlukan rehat yang cukup.

"Ibu ada buatkan sup, sebelum makan ubat Sufy jamah apa-apa yang patut dulu ya?"pinta ibunya. Suffiya masih diam tidak berkutik. Berat rasanya mahu membalas setiap kata yang diberi keluarga sendiri. Dia berkalih memandang si suami di sebelah.

"Kau dengar tak apa ibu dengan mama cakap?"soal Fareez separuh berbisik. Suffiya mengangguk lemah. Lalu tangannya diusap lembut. Suffiya agak terkesima seketika.

"Tangan kau rasa kejang lagi tak?"soal Fareez, risau.

Suffiya menggeleng lemah.

"Ada eloknya kita bagi Sufy rehat dulu, dia masih lemah ni."Fareez memutuskan. Suffiya dipimpin naik ke atas. Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh FAreez. Dalam hatinya bertanya, kekalkah perubahan ini? Masih terselitkah bahagia buat insan bergelar isteri ini?

"kalau nak apa-apa panggil, nanti aku datang. Aku nak siapkan meja makan untuk dorang kat bawah"kata Fareez sebelum meminta diri. Suffiya masih kaku.

~

"Ingat pesan mama Fareez, jaga isteri kamu tu baik-baik. Dia tengah hamil muda. Jangan sesekali kamu nak buat perangai pelik-pelik lagi"Puan Farhanah memberi amaran. Naik berdesing telinga Fareez, rasanya sejak dari di meja makan mamanya mengungkap hal yang sama. Maklum, risau pisang berbuah dua kali agaknya. Usai bersalaman, bayang keluarga dia dan mertua lenyap. Dia perasssan ada sebuah kereta perodua myvi sedang duduk betul-betul dihadapan rumah mereka. Fareez jadi tak sedap hati, lalu menutup pintu dan kunci. Dia berlalu pantas naik ke bilik bagi menjenguk sang isteri.

Pintu dikuak perlahan. Melihat Suffiya yang masih enak dibuai mimpi. Tenangnya melihat wajah itu. Fareez naik di birai katil perlahan-lahan, rambut Suffiya yang wangi dicium perlahan. Dahi Suffiya yang licin dielus perlahan. Mengapa perlu wujud rasa ini? Adakah aku telah jatuh cinta dengan isteriku sendiri? Akur, sikap egonya kurang buat masa sekarang. Tetapi masih, berawang-awangan tatkala dia bersama dengan Suffiya. Teringat peristiwa beberapa minggu lepas dimana dia sudahpun kehilangan dirinya. Hidupnya terasa kosong yang teramat tanpa adanya Suffiya disisi. Pipi gebu Suffiya dielus perlahan, mukanya didekatkan dengan wajah Suffiya. Satu ciuman manja hinggap di pipi dan ubun2 Suffiya. Indah! Indahnya perkahwinan... Fareez terlelap disisi isteri yang kian dicintai.

Dua bulan kemudian..

Suffiya bersiap ala kadar sebelum turun ke bawah. Perutnya yang agak bonjol kehadapan masih tampak sempurna lagi-lagi apabila dia menggayakan baju meksi berwarna hitam. Sejak mengandungkan anak pertama, dia jadi malas bersiap. walaubegitu, dia tetap kelihatan seksi di mata Fareez. Haduhmak.

"Kau dah bangun?"soal Fareez selepas mencapai kunci kereta diatas almari.

"Abang nak kemana? Sufy nak siapkan makan malam ni"Suffiya mengambil beg kerja Fareez lalu diletakkan diatas kerusi.

"Aku ingat kau tak masak harini. Aku ada meeting dengan papa."jawab Fareez menyorong kerusi dan duduk. Makanan sudah tersedia diatas meja. Fareez kecur liur. Lama dia tidak melihat Suffiya aktif begini di dapur. Usai makan, Sufiya menyalami Fareez dan dia naik keatas. Tidak sampai lima minit dia sudahpun terlena. Apalah nasib badan sejak berbadan dua ni mudah sangat untuk dia tidur. Kadangkala dia serba salah dengan Fareez yang pulang tanpa disambut olehnya dimuka pintu. Sedar tak sedar jam sudah berginjak ke angka satu. Kedengaran pintu rumah ditutup agak kuat. Suffiya terjaga dari lena. Fareez masuk kebilik dan meletakkan beg kerja diatas kerusi mekap. Keadaan Suffiya dijenguk. Mata Suffiya yang redup cuba dibuka perlahan-lahan.
"Abang dah balik?"sayup suaranya memanggil.

"Kau tidurlah. Aku nak mandi kejap"Fareez meminta diri. Selepas pintu bilik mandi tertutup, Suffiya lantas bangun. Tempat tidur dikemaskan ala kadar. Rambutnya yang kusut diikat. Baju tidur diganti dan akhir sekali dia menyembur minyak wangi diisekeliling. Sudah lama rasanya dia tidak berhias untuk suami. Adakala, dia risau. Risau Fareez tidak memahami.

"Sufy, tak tidur lagi?"soal FAreez yang baru selesai mandi. Bau haruman mendamaikan menyejukkan hatinya buat masa sekarang.

"Sufy nak tidur dengan abang."kata Suffiya manja. Alahai.. Usai memakai baju FAreez duduk disebelah Suffiya.

"Kau okay tak ni? Tiba-tiba je nak tidur dengan aku sekali?"soal Fareez hairan. Suffiya mengangguk sambil tersenyum.

"Abang, Sufy ada benda nak tanya"kata Suffiya perlahan. Kening FAreez bercantum.

"tanyalah"

"Abang sayangkan Sufy tak?"soal Suffiya manja. Lemah rasa lutut FAreez dengan suara Suffiya yang sebegitu. Soalan yang agak mencabar minda. Wahai isteri kenapa kau tanya soalan tu?

"Mestilah."jawab Fareez sepatah. Malu, segan. Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku masih nak menangkan ego aku?

"Kalau sayang, kenapa abang masih guna gelaran kau aku dengan Sufy?"Suffiya beranikan diri bertanya. Sudah lama rasanya dia mahu bertanya. Namun, malam ini baru dia berkesempatan.

Fareez berkerut. Terasa darahnya berderau. Mukanya diraup perlahan. Seakan baru tersedar yang dirinya masih hanyut bersma ego yang melangit tinggi.

"Sufy.."bicaranya mati. Suffiya merenung tepat kedalam anak mata Fareez. Terpancar riak bersalah dalam diri lelaki itu maafkan Sufy abang kalau soalan ni buat abang rasa bersalah.

"Abang mintak maaf sayang. Abang mengaku, abang sayangkan Sufy sangat-sangat. Tiga minggu Sufy tinggalkan abang dalam rumah ni hati abang rasa kosong. I love you Sufy, I love You"ungkap Fareez, gentle. Berbunga rasa hati Suffiya. Ya Allah, dia memegang pipinya lembut. Katakan yang semua ni bukan mimpi...

"Betul ke abang?"air jernih sudah mengalir ke dasar pipi. Sebak. Gembira. Semuanya dirasakan dalam satu.

"Sayang, kenapa you menangis ni? Kan abang cakap abang sayangkan Sufy?" airmata Suffiya diusap lembut. Terasa bersalah dirinya selama ini membiarkan ego menguasai diri.

"Abang mintak maaf sebab pernah berkasar dengan sayang sebelum ni,"ungkap Fareez lagi. Suffiya mengangguk laju lalu memeluk Fareez kedalam dakapannya. Nyaman terasa berada didalam pelukan itu. Fareez membalas pelukan itu dengan erat. Syukur.. Anugerah tidak ternilai ini dariMu ya Allah... Fareez merapati tubuh Suffiya lalu mengusap belakang badan yang sedang menangis teresak-esak.

"I love You, Sufy. Kalau sudi maafkanlah segala dosa-dosa abang yang lalu,"pinta Fareez serba salah. Bau wangi dari rambut serta haruman dari Suffiya menggoncangkan naluri lelakinya. Sedar, sudah lama tanggungjawabnya yang satu itu tidak terlaksana, malam ini dia terasa agak tewas. Bagaikan ditarik-tarik, mulutnya merapati wajah itu sambil tangannya melingkar di pinggang isterinya. Bibirnya dilekapkan pada bibir Suffiya agak lama. Suffiya tersentak. Fareez pula semakin tidak keruan. Suffiya semakin terleka dan terbuai. Sungguh, belaian inilah yang dia dambakan selama ini.

"Sufy.., Sufy cintakan abang kan?"soal Fareez berbisik lembut di telinga itu. Suffiya mengangguk perlahan.

"You are totally mine starting today sayang.."lampu ditepi katil dipadamkan dan Fareez membaringkan Suffiya perlahan diatas katil. Satu persatu butang baju ditanggal lalu dibuka dibuang ketepi. Suffiya merelakan setiap apa yang sedang terjadi antara mereka malam itu. Bahagia mencengkam keduanya.

P/S= Sorry kalau bab ni tak best and lameeeee sangatt. Sis cuba update jugak untuk awak awak semua. Macam biasa, kalau suka vote dan komenlah ya :( dikesempatan ini sisi nak umumkan yang sis ada keluarkan novel baru wee~ Jemput lah jenguk, tajuk diberi  Pahit Kopi, manisnya gula. suarakan pendapat korang pasal novel baru ni ya? Tq! Much love

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now