Bab Empat

15.1K 355 0
                                    

"Abang? Kalut-kalut ni nak pergi mana?"soal Noni yang baru turun ke bawah.

Hisy!

Punya lama aku berlakon baik punya dengan mama dengan papa tadi kau taknak muncul! Aku dah nak cepat ni, sibuk pulak kau nak tanya-tanya!

Fareez merengus sendiri.

"Baliklah,"sepatah jawapannya. Kalau boleh dia mahu cepat keluar dari rumah ini. Tidak sanggup rasanya dia meneruskan lakonan tidak masuk akal ini lagi.

"Cepatnya,bang..! Ni rumah ni still berselerak lagi. Nak curi tulang ah tu!"rungut Noni seakan mencari pasal di pagi hari.

Cepat tengkorak kau! Ikut hati ni nak aje aku blah sebelum subuh tadi tau! Tadi mama dengan papa, sekarang adik bongsunya pula.

"Awak, ada lagi tak barang nak masukkan dalam kereta?"soal Suffiya sambil berjalan menghampiri si suami dimuka pintu.

Apahal pagi-pagi lagi muka dah ketat? Hisy! Matanya tiba-tiba terpandang akan Noni, adik iparnya.

"Eh, Noni.. Akak balik dulu ya,"pamit Suffiya lembut. Ada senyuman terukir dibibirnya. Pantas Noni mengatur langkah naik semula ke atas. Sekaligus mengabaikan sapaan si kakak ipar. Senyuman Suffiya kembali tawar, agak berkecil hati. Apalah nasib kau Sufy, sudah laki tak peduli, adik ipar pula seakan membenci..

Nada sebal kedengaran dari arah atas menunjukkan amarah yang terpendam.

"Dah, jom!"arah Fareez sambil keluar lalu menutup pintu kayu rumahnya. Mereka berdua akan pulang ke rumah Fareez yang terletak di Damansara. Rumah yang baru saja dihuninya sejak dua bulan yang lalu. Kini rumah itu akan terisi dengan kehadiran isterinya bersama. Tidak mahu banyak cakap lagi, pedal minyak ditekan kuat dan kereta terus meluncur laju dia atas  permukaan jalan.

HAI LET'S CHECK MY SECOND BOOK ♡SERPIHAN KASIH♡. Read and comment as well okay?

Let's go to @emmazubaidi, jangan lupa add masuk dalam library😍😚

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now