Bab 45

11.1K 169 11
                                    

"Aku dah try.. Tapi..-"kata2nya mati. Syahril sekadar memerhati. Dia tahu hatinya masih sakit mengenang apa yang jadi. Kisah cinta suka duka dia dan Suffiya, dan alih2 si Fareez yang dapat. Dah jadi bini dah pun.
"Kau kena bersyukur Reez"nasihat Syahril. Dia bukanlah sahabat yang baik. wlaupun jauh disudut hati masih tersimpan perasaan cinta dan sayang buat Suffiya, tetapi dia bukan lagi jenis kawan yang batu api.

Bukan.

Dia masih waras. Dia tahu semuanya perancangan Tuhan. Dah tak ada apa2 rahsia lagi antara mereka. Memang perkahwinan yang disatukan keluarga semata. Tapi bukan bermakna Fareez boleh pijak2 hak Suffiya sbg seorang isteri.
Kasihannya..
"Kau cakap senang lah Syah. Dia kawan kau. Aku kawan kau. Kau nak sebelah siapa sekarang ni?"soal Fareez lagi. syahril sudah berkerut. Ini bukan soal disebelah siapa. Ini soal keadilan yang dituntut dalam islam. Nama je islam. Tapi?
"Suffiya tu sebaik2 wanita bagi aku. Aku kenal dia. Aku tau kau takbercinta dengan dia. Tapi at least apa kata kau cuba. Fikir parents kau. Lagipun apa alasn kau nak cerai ni?"Syahril terus memberi mukkadimah.
"Pasal kes haritu lah"jawabnya selamba.
"Pasal rancangan bodoh kau tu? Aku percaya Suffiya dah tahu pasal ni. Bila2 masa je dia boleh report kat mama dengan papa kau."teringat apa yang diceritakan Fareez minggu lepas. Memang sejak peristiiwa itu dia jadi serba salah. Sampaikan terpaksa dicerita semuanya pada Syahril. Lelaki itu pun apa lagi terkejut beruklah dia.
"yang kau ia ia sebelahkan dia kenapa? Ke korang dua pernah bercinta?"soal maut terpacul. SerentK Syahril menelan liur.
Cover Syah..cover..
"Bukan macam tu. Aku cuma kesian dekat isteri kau, merangkap kawan aku."jelasnya padat ringkas.
Fareez mengeluh. "Yelah.."
Taktahu apa lagi nak dibahaskan.

**
"Abang sorang je? Kak Sufy mana?"soal Noni sambil menjilat sisa aiskrim ditangan.
"Kat rumahlah"
"Kenapa tak bawak?"soal Noni lagi. Cuba melupakan segala yang dah berlaku. Dia tahu hubungan abangnya dan kakak iparnya tengah dingin. Tapi dia sayang kan Kak Sufy. Dia teringin nak jumpa wanita itu. Nak sangat dengar sendiri penjelasan Suffiya.
"Jangan banyak tanyalah. Dah balik nanti krim salam mama papa. Take care"ucapnya sebelum bayangnya hilang. Pertemuan yang langsung tak disangka itu tamat begitu sahaja. Apalah nasib? Nak korek banyak2 takboleh lah.

Notification handphone Suffiya kerap berbunyi. Tetapi tumpuannya masih kepada buku yang dibaca. Sikit pun dia tak melihat ke skrin talifon. Takde mood nak tengok handphone.
Dia perasan ada notification bunyi banyak kali. Whatsapp agaknya. Dia sendiri tak pasti. Usai letih membaca barulah dicapainya talifon bimbit disebelah katil.
Satu demi satu whatsapp ditelaah. Tetapi dia perasan ada satu pesanan dari baris kedua whatsapp.
Terpapar nama Noni.

"Salam hai akak. Busy ke tu?" -noni-

Lama pesanan itu ditenung sbelum jarinya ligat menaip sesuatu.

"Waalaikumsalam. Taklah. Tengah membaca. Noni sihat? -Sufy-

Sent.

Mimpi apa agaknya adik iparnya whatsapp dia? Ingatkan dah benci. Dah tak sudi. Apapun dia tetap bersyukur kerana Allah dah rancang atur baik2. Tak sampai seminit Noni membalas conversation mereka. Nampak sangat tengah tunggu aku online. Rindu agaknya? Eh kau ni Sufy. Jangan perasan. Aku dah conteng arang muka mak bapak dia. Tenang dia sedapkan hati.

"Akak. Lama kita tak jumpa. Lepak jom? Minum2. Sembang2.." -Noni-

Lantas Suffiya tersenyum segaris nada rindu.
Eh macam lirik lagu pulak.
Ada sinar baru dalam hidupnya. Alhamdulillah, Noni tak bencikan dia walaupun sudah ramai yang menganggap dia buruk. Syukur kepada illahi. Temujanji ditempa, pukul 4, di Berjaya Times Square. Sesak. Tidak tahu apa orang2 buat waktu2 bekerja macam ni. Mereka memilih untuk duduk disalah sebuah kafe foodcort disitu. Walaupun ramai tapi takdelah sesak mana.
"Mama dengan papa tahu tak Noni jumpa akak ni?"soal Suffiya lembut. Watak sebenar terpancar bila dengan adik ipar sendiri.
"Tak. Noni cakap nak keluar aje."
Lurus jawapan Noni. Suffiya faham. Takut jadi ribut sangkakala petir haiiyaa alal fala lagi la kot. Mata sepet Noni ditenung Suffiya. Cantiknya lepas bertudung. Kalaulah dia diberi peluang untuk jelaskan perkara sebenar pada mama dan papa.
"Kenapa tak makan kak?"soal Noni setelah perasan makanan sikit pun takbersentuh. Dia je yang melebih melahap.
"Asyik sangat tengok Noni. Lawa"pujinya sambil tersenyum mesra. Tersipu malu gadis itu.
"Ada2 aje akak ni! Tapi akak lagi cantik. Sopan. Lemah lembut"melambung pujian. Yekeni? Kalau betul kenapa Fareez tak pernah pun puji macam tu?
"Dah2. Kalau bab puji ni esok takhabis. Main pulak dengan adik akak sorang ni. Hehe"ada tawa dihujung bicaranya. Mesra keduanya. Macam adik dan kakak.
Selesai habiskan juadah masing2, Noni mulakan bicara.
"Akak. Noni nak mintak maaf sebab haritu hampir percaya fitnah dajjatulmaut tu."suaranya sayu. Bulat biji mata Suffiya mendengar kata2 itu. Sayu. sedih. Alhamdulillah. Sekurangnya ada yang masih percayakan dia.
"Sebenarnya akak pun..-"
"Noni nak dengar sendiri dari mulut akak. Sebab Noni tak percaya akak buat semua tu."kata2 Suffiya dipotong laju.
Amboi.
Sekali lagi Suffiya mengucap syukur. Inilah masa yang dinanti. Penantian berakhir.
"Thanks sebab percayakan akak, Noni"ujarnya sebak. Noni mengangguk pantas. Mestilah dia tahu, wlaupun mereka kenal bukan dengan cara baik. Tapi aura positif Suffiya boleh bakar sesiapa sahaja yang mengenalinya. Kak Sufy tak mungkin buat macam tu! Perlahan2 cerita dibuka. Satu persatu. Noni mendengar dengan penuh teruja. Banyak jugak persoalan yang keluar dari bibirnya.
"Akak tak rasa apa2 ke masa minum air tu?soal Noni lagi.
"Entahlah Noni. Akak dah takde rasa masa tu. Lepas minum akak terus pening sebelum jatuh pengsan"ceritanya lagi.
"Jahatnya dorang..!!"bentak Noni sambil mengetuk meja. Dia dengar dengan penuh perasaan. Siapa tak geram. Perkara macam ni sangat memalukan.
"Kalau macam tu abg Fareez tahu lah ya pasal ni? Hmmm. Noni mintak maaf bagi pihak abang akak.. Noni tak sangka yang..-"
"Shhh. Takperlu mintak maaf. Akak dah maafkan semua salah silap abang Fareez. Akak redha jalan hidup akak macam ni Noni."giliran Suffiya memotong bicara Noni. Mulianya hati Kak Sufy. Macam mana abang Fareez boleh sanggup buat macam ni? Kalaulah boleh putar masa. Dia tak ingin kenal wanita dihadapannya ini dengan cara kurang ajar.
"Akak cuma perlukan bantuan Noni je sekarang ni."pinta Suffiya sungguh2. Ada sinar baru menerpa dalam jiwanya.
"Apa dia kak?"soal Noni pula.
"Tolong jelaskan semua ni pada mama dan papa? Akak merayu kat Noni"pintanya separuh merayu. Tinggal tak melutut aje lagi. Noni tersenyum dengan keadaan matanya ditakungi air. Itu sudah pasti. Dia berjanji akan settlekan masalah ni cepat2. Dia harap sangat mama dan papanya percaya. Kalau dia yang still tak makan garam banyak ni boleh terbuka minda, terbuka mata hati kenapa tidak orang tuanya yang jauh lebih mengenal jauhari?
"In sha allah akak. Mama dan papa pasti faham. Dan dapat terima akak semula."

Kedua2nya senyum. Terima kasih Ya Rabbi. Allah mendengar doaku..

Guys? Kalau sudi komen lah. Hakak nak tengok feedback ni. Hahahaha. akak dah habis pusing nak cepatkan cerita. Harap korang takbosan. Tq guys sebab setia sampai sini. Sayang korang.

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now