Bab 57

11.7K 139 2
                                    

Perut yang semakin membonjol dipegang, rasa sakit semakin menyengat. Jiwa wanitanya meronta-ronta.
"Abang! Sufy tak kuat!"jerit Suffiya didalam dewan bersalin itu. Beberapa orang doktor dan jurururawat ligat kesana kemari sambil mulut mereka menyebut pelbagai bahasa2 doktor yang langsung dia tidak faham. Fareez mengenggam jari jemari isterinya. "Kuat sayang. Demi abang, demi baby kita?"Fareez memberi kata-kata semangat. Airmata keluar perlahan di tubirmata. Sekali lagi Suffiya diarahkan untuk meneran teknik yang betul.

"Arghhhhhhh!!"teran Suffiya sekuat yang dia mampu. Beginikah sakitnya melahirkan? Ibu!! Suffiya merintih sekuat hati. Dia tersedu sedan. Tenaganya seakan hilang. Mukanya biru.
"Puan? Puan jangan macam ni. Baby puan dah nak keluar tu. Teruskan teran"pinta Doktor sambil mendekati Suffiya. Fareez cemas. Apa dah jadi?
"Sufy? Sufy sayang? You can do it. Ingat janji kita? Kita nak sambut raya dengan baby kita kan?"Fareez mencium ubun-ubun dikepala Suffiya. Wanita itu kelihatan lemah. Sejurus dengan itu, doktor menambah beberapa dos suntikan ditangan Suffiya. Fareez terpinga-pinga.

Everythings gonna be okay! Fareez menyedapkan hati. Hanya dengan sekali tolakkan, bayi perempuan Suffiya selamat dilahirkan. Kedengaran bunyi bayi berteriakkan sudah cukup buat Fareez terkesima, dia terkejut lantas melihat bayi yang masih merah ditangan doktor yang menyambut.

Ini...

Anak...

Aku...?

Airmata Fareez jatuh serta merta. Aku dah bergelar papa! Yeahh aku dah ada anak! Syukur padamu Ya Rabbi...

"Sayang, this is our daughter"Fareez menunjukkan pada Suffiya yang sedang berpeluh melahirkan anak mereka. Dia memandang penuh makna. Akhirnya.. Subhanallah. Anak mereka lahir sempurna! Tanpa cacat cela.
"Anak ummi...."panggil Suffiya seakan hanyut dalam dunianya sendiri.
"Qalisha sayang...., shhh jangan nangis lagi. Mari dekat ummi"Suffiya memujuk si bayi yang masih berteriak. Nama anak mereka disebut. Datang seorang jururawat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan anak mereka meminta izin daripada Suffiya dan suami.
"Kejap ye puan, kami bersihkan baby dulu. Lepas ni puan boleh pegang baby"ujar jururawat itu ramah. Suffiya mengangguk perlahan. Tidak lama kemudian, Suffiya dibenarkan berpindahkan ke wad biasa. Walaupun sakit melahirkan cukup membuat dia lemah, namun dia rasa puas. Puas dapat melihat anak sendiri disisi.
"Sayang. You need rest. Nanti malam, abang datang dengan family kita, okay?"ujar Fareez lembut. Suffiya menyalami suaminya sebelum bayangnya lenyap. Berita kelahiran Suffiya ternyata memberi tamparan hebat buat semua rakan2 yang mengenali Fareez. Dia menerima ucapan tahniah daripada staff2 di pejabat, kawan2 sekolah, tak lupa juga Syahril yang sedang berada di Amerika.
"Congrats, Reez. You did very well! Ada masa snap gambar anak. Aku nak tengok. Mana tahu ikut muka aku sikit"seloroh Syahril. Sempat dia menganjing. Fareez tersengih seperti kerang busuk membaca text tersebut. Eyurr. Apa barang muka kau pulak?
Dia tahu itu sekadar gurauan. Dia sudah tidak sensitif seperti dulu. Walaupun Syahril pernah ada hubungan istimewa dengan isterinya, tetapi itu semua hanya masa lalu. Dia menerima semuanya dengan hati yang terbuka.

Dia pulang dengan rasa bahagia. Nampaknya stick pada nama yang Suffiya dah tentukan lah. Mereka ada membuat perjanjian, jika yang lahir nanti anak laki laki, maka yang menentukan nama Fareez. Kalau anak perempuan, Suffiya yang menentukan nama anak mereka.

"Qalisha.. Nur Qalisha Umaira"sebut Fareez dalam kereta.

"Abi and ummi love you so muchhhh!"Fareez jadi seperti orang gila dalam kereta. Bahagia yang menusuk sanubari hanya tuhan yang tahu. Tidak pernah seumurnhidupnya dia merasa kebahagiaan yang sebegini rupa. Indahnya aturanMu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Kau permudahkan segala urusan kami.

~
Tangannya mengenggam geram menghasilkan satu penumbuk besar. Kau tak kenal lagi siapa Anis Zulaikha! Aku akan make sure life kau, tak tenteram! Selagi aku tak dapat Fareez balik, kau jangan mimpi nak hidup bahagia persis di syurga! Dan kau Fareez, aku akan buktikan yang kandungan aku ni anak kau! Bukan orang lain. Nekadnya.

"Cukup banyak ni?"soal Anis tanpa mengerling kearah pemuda tersebut. Pemuda itu sekadar mengangguk. Sangat mudah kerja yang diberikan, setakat nak memalsukan hasil DNA bapak budak dalam kandungan Anis ni, small matter. Bahkan, amaun yang ditawarkan Anis lebih daripada cukup. Pemuda itu terangguk-angguk kecil.
"Buat kerja kau, dah siap bagitau aku. Ingat, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut!"Anis memberi amaran. Pemuda bertopi itu mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan kafe Kopitiam itu. Puntung rokok ditangan dibuang kebawah, lalu dipijak.
Dia tersenyum nakal sambil menghirup udara segar di pagi hari.

Hai semua readers! Author mintak maaf sangat2, sebab ambil masa berbulan2 untuk siapkan bab seterusnya ni. Kepada yang lama menunggu, so sorry  author sangat busy. Kepada yang masih setia, terima kasih sangat2 sebab tanpa korang, tak kan hiduplah novel Setinggi Egomu ini dimata orang2. Jangan lupa vote dan komen! Stay tuned! Love yaa :)

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now