"Tahniah bro"ucap Syahril, sambil menepuk belakang Fareez. Dia tersenyum bahagia. Tidak sama sekali dia menyangka bakal berjumpa dengan sahabat lamanya di Pavilion hari itu.
"Mana bini kau? Pandai kau sorok en?"usik Syahril lagi. Pantas tangannya menepis perut Fareez. Adui.
"Kau ni. Mana ada aku sorok bini, dia ada pergi toilet"jawab Fareez cuba tenangkan hati. Entah bagaimana boleh terserempak dengan sahabatnya yang seorang itu.
"Taknak minum2 dlu ke? bukan senang nak jumpa ni"cadangnya. ada betulnya juga. tetapi dia bukan kesana seorang diri, mama dan papanya turut ada sekali.
"aku dgn family aku ni Syah. Kluarga mertua aku pun ada sama. kau takkisah ke"Fareez serba salah.
"sokey lah bro, next time maybe. kirim salam bini kau"belakang Fareez ditepuk perlahan. Agak lama juga mereka berbual, kurang lima minit selepas itu kelibat Suffiya kelihatan. Dia melihat Fareez sedang bersalaman dengan seorang jejaka yang baginya agak.... Familiar!
Sapa tu? Belum sempat langkahnya sampai ke tempat Fareez berdiri, lelaki itu seakan mahu melangkah pergi. Saat itu, Suffiya tergamam. Penampilan dari atas hingga bawah ditenungnya. Begitu juga lelaki itu. Pandangannya tertancap semula kearah bertentangan, melihat seorang perempuan sedang berjalan kearahnya. Suffiya.. Mata mereka memandang sesama sendiri.
Langkah Suffiya semakin perlahan namun dia cuba gagahkan diri. Bagaikan ada besi berat yang menahan pergerakan kakinya. Begitu berat rasa hati mahu terus melangkah.
"Abang"sapanya perlahan. namun sudah cukup kuat menangkap pendengaran Syahril.
"bro, kenalkan isteri aku. Suffiya"Fareez memperkenal. Terasa dunia kelam seketika. Umpama kaca yang dihempaskan ke batu. Suffiya kaget selepas diperkenalkan kepada Syahril. Begitu juga lelaki dihadapannya. Pandangan yang tidak berkelip. Bagaikan tidak percaya dgn apa yang dilihatnya kini. Nadilla Suffiya.. Kau dah kahwin? Dgn Fareez Haikal? Lemah. Hatinya tiba2 terasa senak. Memikirkan rasa hati yang kian malap, kelabu dan hampir gelap gelita. Melihat seorang perempuan yang pernah dipuja suatu ketika dahulu menjadi hak milik orang lain dan org itu ialah kawannya sendiri. Tidak sama sekali dia menyangka, cara renungan mata yang sama ketika mula2 mereka berkenalan dahulu ketika di Universiti. Segala memori terimbas. Kenangan suka dan duka, manis dan tawa, bercampur baur menjadi satu perasaan yang begitu pahit sekali dirasakan buat masa ini.
"Bro? Okey ke"Fareez menyentakkan lamunan kedua2 belah pihak. Mata Syahril berkedip2. Suffiya tertunduk sendiri. Tuhan.. Beri aku kekuatan..
"O..okey reez. Saya Syah. Kawan Reez."jawabnya sepatah. Sejak bila pulak jadi gagap ni? takkan tgk bini aku terus jadi gagap. Sendanya sekadar dikerongkong.
"Bro, aku ada hal. Balik dulu"pamitnya. Tidak sanggup lagi dia bertentangan mata dengan perempuan dihadapannya kini. Kalau boleh dia melenyapkan diri sekelip mata umpama sang pari-pari, sudah lama dia menggunakan kuasanya itu. Ujian apa lagi yang sedang cuba masuk ke celah2 ruang hidupnya. Dia beristighfar. Meminta kekuatan illahi.
Tingkahnya yang sedikit aneh itu sedikit sebanyak mendapat perhatian daripada Fareez. Apasal bro ni. Tadi ia2 ajak pegi makan. Dia mula menyedapkan hati. Mungkin dia tengah rushing la kot.
"Jom pergi dekat mama"ajak Fareez. Suffiya tidak membantah. Hari itu, hari bersejarah buat dirinya dan Fareez. Terpaksa buat baik depan suami sendiri, shopping baju dengan suami sendiri. Anehkah? Itu mungkin perkara biasa buat orang lain, tetapi tidak bagi dirinya.
"Korang jalan lah dulu, kita orang nak pergi main bowling. nak ikut?"sekadar ajak2 ayam. Er, mama nak main bowling? reti ke mama? seloroh Fareez sendiri.
"Okey. why not"sengaja Fareez menerima ajakan itu. Main bowling? Buntang biji mata Suffiya. Perempuan macam aku ni jejak tempat macam ni pun dua tahun sekali. Inikan pulak main bowling? seingatnya kali terakhir dia menjejakkan kaki di tempat sebegitu ialah semasa dizaman di universitinya. itu pun jenuh dipaksa oleh teman2 yang lain. dia mana pernah menyentuh apatah lagi bermain bowling, sekadar menonton perlawanan yang terlibat antara kawan2nya. Suffiya teragak2 mahu menerima tawaran itu.
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...