"Assalamualaikum, ibu ayah. Dah lama sampai?"soal Fareez sebaik tiba di muka pintu. Suffiya yang masih di dapur menarik nafas lega kerana si suami sudah pulang. Entah mengapa dia rasa selamat dengan kehadiran Fareez di ketika ini. Mungkin risau hubungan sebenar antara mereka kelak dihidu oleh ibu dan ayah.
"Waalaikumsalam, tadi siang lagi dah sampai,"ujar ayah kepada menantunya. Fareez mengambil tempat di sebelah ayah mertuanya. Ada senyuman menguntum dibibir.
"Sayang.., sayang, where are you?"panggil Fareez manja. Gelagatnya dilihat senang oleh si mertua. Beruntung betul Sufy, ibu harap sangat kau orang bahagia sampai bila-bila. Puan Kartini tersenyum sendiri sambil memandang si suami.
Suffiya yang sedang mengatur langkah sambil membawa satu dulang kecil terasa seperti suara Fareez yang seakan memanggil.
Eh? Sayang? Dia panggil aku sayang ke? Er. Tanpa berlengah dia segera mempercepatkan langkahnya menuju ke ruang tamu.
"Ya awak?"sahutnya teragak-agak. Betul ke dia ada panggil aku tadi? Eii buatnya perasaan aku aje, malu tak sudah aku!
"Apa you buat ni, tak payah you pergi duduk. Biar I buat. Ada lagi benda nak angkat kat dapur?"Fareez segera merampas perlahan dulang yang dipegang Suffiya lalu diletakkan diatas meja bulat ruang tamu. Terpaku dia seketika dengan layanan yang tiba-tiba diberikan si suami. Buang tebiat agaknya dia? Omg.
Suffiya sekadar membiarkan tingkah si suami yang memang sesuai digelar pelakon terhebat di masa ini. Setelah meletakkan satu dulang, Fareez pergi ke dapur sekali lagi untuk mengambil teko berisi air tea pula untuk dibawa ke ruang tamu.
“Sufy ni memang macam ni ibu, ayah.. Petang-petang ada aje yang dia nak buat,”puji Fareez kepada mertuanya. Suffiya di sebelah apa lagi, semakin merah pipinya dipuji sebegitu rupa. Memanglah dia selalu buat makan petang, tetapi seingatnya baru hari ini Fareez balik makan dan menjamah hidangan hi-tea ini. Huh!
Lakonan A plus!
“Ibu tahu sangat Reez, Sufy ni kalau dekat rumah pun macam tu. Orang kata apa tu, tak boleh duduk diam-diam!”sokong ibu sambil tergelak kecil. Riuh ruang tamu itu dengan kehadiran ibu dan ayah Suffiya. Terubat juga rasa rindu di hati Suffiya akan suasana begini di rumahnya dulu. Dia hanya sempat berada di rumahnya di Shah Alam selama dua bulan sahaja setelah tamat pengajiannya dalam bidang Undang-Undang di peringkat diploma. Setelah itu dia digemparkan dengan berita untuk dinikahkan dengan Fareez dalam waktu terdekat. Padahal rindunya masih menggunung untuk meluangkan masanya bersama-sama ibu dan ayah tercinta.
Entahlah, kadangkala dia ada juga terasa hati dengan sikap terburu-buru keluarganya sendiri. Namun apa boleh buat, perkara sudah jadi. Dan kehidupannya kini, jauh berbeza semasa dia bujang dahulu. Kadangkala ada juga dia terfikir, dia adalah lepasan jurusan Undang-Undang, tetapi dia tidak langsung dapat mempertahankan haknya sebagai seorang isteri di dalam rumah ini. Yang ada hanyalah lakonan semata-mata di depan keluarga masing-masing. Ada juga dia terfikir, sampai bila harus mereka berpura-pura mesra dan baik seperti ini? Namun tiada jawapan yang mampu masuk menyelirat ke dalam benak kepalanya. Kosong.
“By the way.. kenapa ibu dengan ayah tak cakap dulu sebelum datang? Boleh Sufy ni masak sedap-sedap sikit hari ni, kan sayang?”sekali lagi Suffiya naik meremang bulu tekuknya. Mata Fareez merenung tepat ke dalam anak matanya manakala tangannya pula sudah melingkar di belakang memeluk manja tubuhnya.
Ya Allah! Seumur hidupnya, tidak pernah sekali pun dia dipeluk erat sebegini rupa oleh lelaki. Biarpun Fareez kini bergelar suaminya, namun lelaki itu tidak pernah sekali pun menyentuhnya apa lagi memeluknya didepan khalayak begini. Dia sangat kekok diperlaku sebegitu rupa. Dia sendiri tidak tahu kenapa Fareez berpelaku begitu didepan ibu dan ayah serta mama dengan papanya. Bukankah mereka sudah mahu bercerai? Seharusnya dia berterus-terang dan bukannya bersikap begini. Suffiya jadi bingung.
“Alah.., bukannya apa pun .. lagi pun ibu dengan ayah ni daripada rumah Mak Long Atie, tidur dua tiga malam dekat sana. Maklumlah anak perempuan dia nak kahwin dua minggu lagi, dah kebetulan lalu area rumah kamu ni..Sebab tu sekali kami singgah. Lagipun ibu Sufy ni, rindu sangat dah dekat anak perempaun dia, Hahaha!”jelas sekali penjelasan yang diberikan ayahnya sebentar tadi. Sekali lagi mereka sama-sama melepaskan ketawa. Bergema satu ruang tamu yang agak mewah itu.Ada-ada saja ayah ni..
Heh.
“Betul tu Reez, tak payah susah-susah! Kami ni sehari dua aje dekat rumah kamu ni,”tambah ibu sambil tersenyum.
Sehari dua pun kira lama lah tu.. Masaklah aku nak kena sebilik dengan budak perempuan ni. Tak pasal-pasal nak kena jatuhkan ego aku depan dia.. Fareez sekadar merengus perlahan. Sesekali matanya dialih melihat isterinya di sebelah. Suffiya tersenyum paksa. Dia pula sudah mencebik.
Eii.
Cubalah ikhlas sikit depan mak mertua! Getus hati Suffiya.
--
Rambutnya yang diikat kembali mengurai sampai ke paras pinggang. Sesekali terlihat dia mengusap lembut rambut hitamnya yang bersinar menggunakan jari-jemari. Seakan terlupa bahawa hari ini tidurnya bukan seorang diri, tingkahnya sekadar diperhati oleh Fareez yang sedang tercegat baru keluar dari kamar mandi. Lama dia berdandan, di saat dia mengalihkan pandangan ke pintu dirinya mula sedar ada satu makhluk bertuala paras pinggang sedang ralit memerhati dirinya. Dia mula tidak senang hati. Apasal aku rasa lain macam je? Ni dah lain ni, masa malam pertama aku pun tak rasa macam ni. Sedar tidak sedar, itulah kenyataan yang harus dia terima, ternyata malam ini adalah malam pertama mereka satu bilik. Entah mengapa mereka tidak berani mengambil haluan masing-masing kali ini seperti mana semasa mereka sama-sama dirumah mama dan papa dulu. Mungkin kerana jarak bilik tetamu dan bilik mereka tidak terlalu jauh menyukarkan mereka untuk turut membuat haluan masing-masing malam ini. Mukanya mula cuak. Sedar dirinya diperhati pantas Fareez mengatur langkah membuka almari baju. Dia menyorong kuat pintu almari perabutnya lalu diambil sehelai baju. Cepat disarungkan ke tubuhnya. Sufiya yang masih terpaku di hadapan cermin tidak tahu bagaimana ingin memulakan lenanya.
Agak-agak aku selamat ke tak malam ni? Kepalanya ligat berputar memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini. Adakah dia akan tetap suci sehingga keesokkan harinya atau pun..?
Bahunya sudah terjungkit-jungkit memikirkan kemungkinan yang berlaku malam itu. Semakin takut dia dibuatnya. Lagatnya sekadar diperhati oleh Fareez.
“Kau dah kenapa?”soal Fareez tidak betah dengan sikap yang baru ditonjolkanSuffiya di depannya tadi. Terasa jijik sangat pula tiba-tiba.
“Mana ada apa-apa!”tukasnya pantas. Risau kalau-kalau dicop syok sendiri pula nantinya.
“Dah, kau pergi tutup lampu! Aku nak tidur,”arah Fareez sambil menepuk-nepuk bantal kepalanya.
“Tutup lampu?”Suffiya mengulangi ayat yang baru saja didengari. Wajahnya kini sudah menunjukkan macam-macam reaksi. Yang paling penting reaksi wajahnya sangat menjengkelkan di mata Fareez.
“Yelah! Tutup lampu! Kau nak buat apa lagi tengah-tengah malam macam ni bukak lampu?”sindirnya tajam. Buntang biji mata Suffiya mendengarnya. Dia menelan liur. Eyur, tolonglah! Apa yang dia cakap ni?! Omel Suffiya sendiri. Dia melihat Fareez merenungnya tajam. Cepat-cepat dia menutup lampu seperti yang diarahkan. Teraba-raba dia mencari posisi untuk duduk dibirai katil. Fareez hanya tersenyum nakal.
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
عاطفيةUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...