Bab 71

8.2K 109 1
                                    

"Kami masih dalam usaha mencari anak Encik. Saya harap pihak awak berdua dapat bersabar. Kami tak handle kes anak seorang saja,"tegas bicara inspektor yang memakai tanda nama Rizal itu. Mata Suffiya terkebil-kebil. Terasa dengan kata-kata anggota polis

"Sayang.. Kan abang dah kata, kita tak boleh campur urusan polis. Kita doakan yang terbaik okey?"pujuk Fareez pada Suffiya yang sudah merengek seperti anak kecil. Keadaan Suffiya kian berserabut. Kepalanya terlalu banyak berfikir. Seri diwajah Suffiya seakan hilang sedikit demi sedikit. Begitu cinta dan kasihnya dia pada Rayyan sama seperti dia sayangkan suaminya dan Qalisha. Dia tidak boleh hidup tanpa mereka bertiga. Itu nyawa Suffiya

"Nak Rayyan abang, saya nak Rayyan,"rengek Suffiya seperti anak kecil. Serentak dengan itu airmatanya menitis lagi. Dahi Fareez berkerut. Suffiya tidak seperti sebelumnya. Dah kenapa agaknya dengan bini aku ni? Fareez cuba berfikiran positif. Mungkin tidak dapat menerima hakikat bahawa anak bongsunya tidak dijumpai

"Sayang...,"panggil Fareez lembut. Bahu Suffiya yang terhenjut-henjut ditepuk perlahan. Esakan tangis Suffiya semakin teruk. Fareez jadi panik

"Hey! Sayang, kenapa ni? I'm here okay?"Fareez cuba menenangkan. Suffiya dibawa keluar dari dalam balai. Mereka menuju ke tempat letak kereta

Dari jauh Anis sudah tersenyum sungging. Hatinya terasa puas. Puas melihat pasangan itu menderita. Tetapi jangan ingat perjuangannya akan tamat begitu saja! Tawanya meletus tiba-tiba. Dan datang seseorang dari arah belakang memegang bahunya

"Woi,"Anis berpaling.

Ceh, malaun ni rupanya!

"Apa kau buat kat sini hah?"marah Anis tiba-tiba. Kacau saja dia mahu berangan. Mangga muda yang digigit Sabrina sengaja ditokak sekuat hati umpama tak makan seminggu. Ganas. Sengaja ingin ditonjolkan berontaknya yang kian tersembunyi. Konon heh.

"Kau tu yang buat apa kat sini, makteh oi? Terhendap-hendap dah macam penyamun dah aku tengok!"tempias Sabrina mencari pasal. Nafas Anis sudah turun naik.

Dia tu yang datang macam penyangak, nak kata aku macam penyamun! Sakit hatinya mendengar umpatan tak berasas anak saudaranya

"Kau jangan kacau aku boleh tak?! Suka hati aku lah nak buat apa kat sini,"malas Anis menjawab. Dia keluar dibalik pohon tempat dia bersembunyi. Seketika Sabrina mengekori

"Kau intai pasangan sejoli tu eh makteh?"soal Sabrina sengaja menambah bara yang semakin menghangat

"Aku nak buat apa pun bukan masalah kau! Yang kau tu aku suruh jaga budak Rayyan tu apa kau buat kat sini? Mana budak tu?"soal Anis sambil matanya liar memerhati sekeliling

"Tu!"kata Sabrina selamba. Sambil jarinya menunjuk kearah kereta. Anis melihat kearah yang ditunjukkan. Alangkah terkejutnya dia melihat Rayyan sedang bermain-main dengan anaknya, Rifqi didalam kereta Sabrina

"Kau dah gila ke???"soal Anis sambil tangan kanannya meluku kepala Sabrina yang bertopi

"Wei apa ni makteh?!"marah Sabrina lantas tangan Anis ditepis

"Kau nak mampos biar dorang dua dua ekor dalam kereta tu? Aku suruh kau jaga diorang! Bodoh lah kau ni cepat pergi sana!"arah Anis sudah menempik. Tangan Sabrina dicubit-cubit, geram. Harapkan pagar, pagar pun karat!

Er

Bodoh!

Dia menyumpah dalam hati. Dan dengan segera Sabrina masuk semula didalam kereta Axia bewana merahnya.

Pap!

Pintu kereta ditutup kuat. Naik bengomg dia melayan permintaan si ibu saudaranya. Yang sebenarnya dia sudah tidak tahan

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now