"What?! Serius ke ni Noni? Alhamdulillah.."ucap Suffiya sambil memeluk erat adik iparnya. Akhirnya, Allah telah memberikannya hidayah. Sungguh, hidayah itu milik Allah. Sebagai kakak ipar, Suffiya sangat2 bersyukur kerana Noni sedang selangkah mendekati dan mendalami ilmu agama yang suci ini. Biarpun antara dia dan Noni pernah punya krisis suatu ketika dahulu, namun dia tidak pernah simpan dalam hati. Ibu dan ayahnya telah mendidik dirinya dengan cukup sempurna. walaupun adakalanya dia tetap jatuh tersungkur dengan jalan hidupnya setelah berumah tangga.
"So lepas ni Noni dah kena jaga pakaian okay? Petang ni kita pergi cari baju baru,"cadang Suffiya teruja. Noni mengangguk laju. Alhamdulillah.. Syukur dia mendapat kakak ipar yang memahami. Memandangkan tidak lama lagi Noni akan berhijrah, pakaiannya juga harus spt org yang baru berhijrah. Noni tersenyum malu apabila Suffiya tidak henti2 memuji tindakkannya kali ini.
"Mama dgn papa dah tahu?"soal Suffiya sambil menyedut minuman fresh orrange yang dipesannya tadi.
"Belum"laju jawapan Noni sambil menggeleng.
"Mesti mama dengan papa seronok bila tgk penampilan baru Noni nanti!"ujar Suffiya lagi. Bersungguh2 betul Suffiya ingin membantu adik iparnya. Terharu juga dia kerana niat suci Noni diluahkan kpd dia terlebih dahulu. Terasa dirinya dihargai. Dapat dia membayangkan wajah comel dihadapannya nanti setelah berhijab. Mesti cantik macam mamanya juga. Seperti yang dijanjikan, Suffiya dan Noni keluar mencari pakaian baru dan juga tudung baru khas untuk penampilan baru Noni. Suffiya nampak begitu teruja mencari baju dan semua peralatan penting sbg muslimah.
"Color ni sesuai dengan Noni"kata Suffiya sambil memadankan warna skarf itu dengan Noni. Noni yang masih blur dan kurang tahu mengenai fesyen skarf terkini sekadar mengiakan sahaja apa yang dipilih Suffiya. Al maklumlah, dia masih baru. Sentuh kain tudung pun jarang2. Inikan nak tengok sesuai atau tidak dipadankan diatas kepala..
"Kak Sufy, how about this?"soal Noni sambil menunjukkan satu lagi warna yang menjadi warna kegemarannya. Pink lembut. Akhirnya dua pilihan corak dan warna menjadi pilihan hati Noni di salah sebuah butik di dalam shopping mall itu. Itu pun dengan bantuan Suffiya. Setelah penat berjalan, mereka berhenti di salah sebuah kerusi yang terdapat di situ.
"Thanks akak.. banyak tolong Nonu pilih tudung. Nak harapkan Noni pilih sorang2, memang failure lah"ucap Noni disebelah.
"Welcome. Tak ada apalah Noni. Setakat.nak tolong pilih baju, tudung, kerongsang. Tu semua kan dah memang makanan akak.. Takperlu risaulah"ujar Suffiya pula. Baiknya hati wanita disebelahnya ini. Hal ini membuatkan Noni semakin ingin membuat Suffiya sebagai idolanya. Noni tahu kakak iparnya baru sahaja pulang daripda bulan madu, dia pula sibuk menganggu Suffiya keluar diajak berjalan. Hisyh. Tak patut betul lah.
"So akak dengan abang Fareez macam mana? Okay?"soal Noni lagi. Masih tekun menatap wajah putih mulus itu dihadapannya. Mendengarkan nama Fareez disebut riak wajah Suffiya bertukar serta merta. Erm. Perlu ke soalan ni keluar?
"Okay je. Alhamdulillah. Macam biasa."bohongnya sambil tersenyum tawar. Padahal baru saja lelaki itu mencari gara2 dgnnya setelah meminta izin untuk keluar bersama Noni tadi. Berbagai alasan diberikan untuk menghalang Suffiya daripada keluar. Akhirnya lelaki itu akur kerana Suffiya menggunakan nama mma dan papanya. Erm.. Bijak juga Suffiya.
"So.. Bila Noni nak dapat anak menakan ni? Urm.."sengaja dibahaskan topik itu. Yelah sudah hampir 8 bulan bernikah, tapi masih nak stay dua orang je? Tipulah kalau pasangan ini tak ada perancangan.
"Belum ada rezeki lagilah Noni sayang. In sha allah kalau Allah nak bagi, dapatlah sorang anak menakan Noni nanti,"jawab Suffiya tenang sekadar menyedapkan hati Noni. Entah jawapan apalah yang dia beri. Dia sendiri tak tahu. Sedang dia tahu pasti, perkara itu tak mungkin terjadi. Kerana dia dan Fareez akan bercerai tak lama lagi. Mana mungkin dia sanggup melihat anak yang dikandung hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Suffiya tidak sanggup. Sungguh dia tidak sanggup.
"Betul ke ni akak?"soal Noni teruja. Nampaknya tak lama lagi taksunyi lah rumah mama dan papa. Cis! Padahal aku pun dah nak kahwin. Tapi sepatutnya abang Fareez ada anak dulu daripada aku. Heheheehe. Hatinya berbisik riang. Kurang lime minit selepas itu mereka ke salah sebuah restoran untuk menjamah makan tengah hari.**
"Serius ke ni sayang? You jangan main2!"soal Anis agak terpinga2. Main2 apanya pulak. Fareez merengus kasar.
"Betul la B.. I tak ada masa la nak main2 dengan you. Sekarang ni You nak ikut ke tak? Rancangan I?"sekali lagi Fareez meyakinkan kali ini dengan jelingan manja yang menggoda. Anis tersenyum nakal sebelum mata kanannya dikenyit sebelah.
"Okay? But you must choose the right outfit. Kalau you taknak pakai baju kurung, you pandai2 lah cari baju yang sesuai. You tahu maksud I kan"laju Fareez mengeluarkan kenyataan. What? Baju kurung? Memang taklah aku nak sarung baju macam tu. Dia faham mama dengan papanya memang tidak gemar akan perempuan yang memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Kepalanya ligat memikirkan baju apa yang sesuai untuk dia pakai pada makan malam dirumah Fareez nanti.
"I think Aaron maybe boleh tolong I"katanya perlahan. Fareez sekadar mengangkat kening. Dia sama sekali tidak kisah. Apa yang terbaik dia ikutkan sahaja.
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...