Bab 39

10.9K 170 9
                                    

Beg sudah siap diisi kemas segala baju-baju dan peralatan yang baru dibeli sebagai ole-ole untuk dibawa pulang ke tanah air. Selesai menyemak ala kadar, Suffiya menutup beg roda lalu dizip perlahan. Setelah itu dia mencapai tuala untuk mandi.
"Eh? Sejak bila awak kat sini?"soal Suffiya sedikit kaget melihat Fareez sudah terpacak dihadapan pintu bilik mewah itu. Dah lama ke agak-agaknya langkah dan gerak-gerinya diperhatikan? Hisy! Buat malu ajelah. Dah la dari tadi asyik terbongkok-bongkok tunjuk punggung kearah ni. Aduh, nak malu apa? Kan dah halal. Suami kau jugak kan? Bibirnya diketap perlahan.
"Lama la jugak....."balasnya meleret. Semacam je bunyinya? Suffiya berkalih kearah pandangan yang dilihat sang suami. Manalah tahu ada bidadari syurga mana kat sini. Tiada siapa-siapa. Cuma aku je dalam bilik ni. Dia pandang aku ke? Ke dia ni mengelamun? Hisyh! Kepalanya yang tidak gatal digaru berulang kali.
"Awak?"panggil Suffiya ingin menyedarkan si suami. Namun keadaannya tetap sama.
"Abang?"sekali lagi dengan panggilan yang berbeza.
Fareez tersentak. Dia melihat kamar yang luas dan serba mewah itu sekali lalu sebelum kembali menatap wajah isterinya di hadapan.
"Ha?"dia agak terpinga-pinga. Kenapa dengan aku ni? Dah gila bayangkan pompuan ni ke? Ahhh. Shit. Dia pakai mantera apa ah?
"Abang kenapa ni? Abang tengok apa? Buat apa kat sini?"dia berterus-terang. Anehnya lah perangai suami aku ni!
"Tak.. Tak ada apa. Kau dah siapkan barang semua? Make sure jangan ada satu pun yang tertinggal!"katanya separuh memberi arahan. Suffiya mengangguk sambil tersenyum. Jangan risaulah! Tiga kali aku check list barang2 keperluan dan jugak barang yang kena bawak balik rumah. Konfem semua dah ada dalam beg! Dia yakin dengan dirinya sendiri. Usai mandi, dia bersolat zohor terlebih dahulu berimamkan Fareez. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga dia menjadi makmum kepada Fareez tengahhari itu, sekurang-kurangnya dia tahu Fareez boleh juga jadi imam. Dia tersenyum bahagia.
Mereka bertolak tepat jam dua petang. Di dalam flight, masing-masing membisu. Suffiya ralit melihat diluar tingkap. Walaupun tak ada apa-apa yang menarik dapat dilihat dari luar sana. Tetapi dia tetap asyik juga termenung. Fareez pula asyik dengan iphone 6 nya dari tadi. Sesekali terdengar dia merengus sambil merenung ke skrin talifon. Mungkin dia main game lah kot. Beberapa jam berlalu dengan cepat. Suffiya msih tidak dapat lelapkan mata walaupun dia terasa letih. Kepala otaknya ligat memikirkan sesuatu.
Syahril.
Ya lelaki itu. Lelaki itu yang berlegar-legar di ruang mindanya buat masa sekarang. Kenapa kau tiba-tiba muncul? Dan.. Kenapa kau mesti jadi kawan kpd abang Fareez? Suffiya menahan matanya daripada mengeluarkan air jernih dari kelopak matanya. Dia memejam matanya rapat-rapat. Mesti lelaki itu fikir aku perempuan jahat. Tapi, dia tidak pernah pun berjanji untuk menunggu Syahril. Dia yang melebih-lebih dalam berjanji. Puas sudah dia menasihati bahawa jangan terlalu berharap. Lagi pula, perkahwinan dia dan Fareez bukan lah dirancang oleh dirinya sendiri. Ini perkahwinan hasil rancangan dari kedua-dua belah keluaga mereka! Suffiya menahan sebak. Dia tersedu sedan mengenangkan nasib yang menimpa diri. Fareez yang mula bergerak2 dari sebelahnya tidak dihiraukan sama sekali. Perasaanya sedang hanyut dibuai oleh rasa sakit dan sedih. Fareez yang sedang asyik dengan talifon bimbit mula merengus kasar. Bateri talifonnya sudah hampir mati. Dia beralih badan kearah isteri yang sedang asyik dibuai mimpi. Dia merenung wajah suci itu. Pipi gebunya yang sedang memerah ditatapnya lama. Sehingga dia akhirnya perasan sesuatu dari kelopak mata isterinya. Ada air jernih mula keluar dari tubir mata Suffiya. Fareez bangkit dari pembaringan.
Dia nangis ke?? Kenapa dia nangis pulak ni? Dia merenung lagi wajah si isteri. Ya! Memang nampak wajah itu umpama sedang menahan sakit. Tetapi persoalannya dia sakit apa? Sakit luaran ataupun.... Sakit dalam hati?
Perlahan2 wajahnya didekatkan dengan suffiya. Makin hangat dirasakan sebaik saja nafas suffiya yang tersekat2 itu makin kuat.
Hisy. Apa aku buat ni? Dia mematikan semula niatnya. Dia berlagak spt biasa di tempat duduknya. Nak panggil ke nak biar? Fareez bermain teka teki. Dalam diam dia mencuri pandang wjaah isterinya yang sedang menahan pilu. Timbul rasa kasihan terhadap gadis itu. Dia bukannya ada apa2 salah dengan aku, tapi tak pasal2 kenal merana lepas bernikah dengan aku. Adakah kau menangis sebab kau tak bahagia dengan aku?
Mungkin.
Dia tahu isterinya seorang yg tabah. Dia cuba membayangkan jika dia ditempat Suffiya rasanya dia sudah lama angkat bungkus. Tapi kenapa agaknya Suffiya masih setia dan bersabar dengannya? Kadangkala dia serabut memikirkan hal itu. Meski dia tahu dia tidak seharusnya berfikir tentang ini semua. Dia cuma harus memastikan yg semua rancangan berjalan lancar. Dan perkahwinan dia dan Anis akan dapat juga diteruskan walau apa yang terjadi. Itu nekadnya.

Sorry for the late updated. And this bored chapter. I am trying my best to fulfill all my reader's need. I love you all. Thanks 4 those who still reading until now. I love you.

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now