"Assalamualaikum..,"Suffiya memberi salam kepada mama dan papa. Mereka menyambut kedatangan anak dan menantu mereka dengan baik. Sama seperti biasa.
"Rindunya mama dengan menantu mama ni.., kenapa lama tak datang? Hmm? Fareez rajin-rajinlah bawa isteri kamu ni datang rumah mama..,"belum apa lagi mama mertuanya sudah berleter dekat anak sulungnya. Suffiya tersenyum kelat. Fareez hanya mampu tergaru-garu kepala.
Haha. Anak emak!
Dia sendiri tewas apabila dengan mama. Lepas tu ada hati nak warning-warning aku! Pandangan Suffiya sengaja dilemparkan kearah suami disebelah. Dia tersengih nakal. Padan muka! Kemudian dia mengekori mamanya masuk dapur. Macam biasalah, kalau datang rumah mama ni tak masuk dapur memang tak sah!
"Wow..siakap tiga rasa!"kata Suffiya teruja. Mama macam tahu-tahu saja peberet aku. Pergh, terliur jugaklah.. Perut pun sudah main macam-macam lagu. Sabar wahai perut..sabar..
"Sufy...,"panggil mama tiba-tiba. Lain macam saja nadanya. Suffiya yang sedang sibuk membancuh air minuman berperisa sirap bandung memandang kearah mama.
"Ya, mama?"penuh tanda tanya.
"Sufy suka tak duduk rumah mama?"soal mama lagi.
Aduh.., menantu mana yang sanggup cakap 'tak seronok, rasa macam dekat neraka ada dalam rumah mak mertua'. Sapa sanggup? Aku jamin la nobody...
"Mama.. Mestila Sufy suka... Tambah-tambah kalau ada mama. Tak adalah Sufy sunyi,"tambah Suffiya sambil tersenyum bahagia. Dia tak tipu soal ni. Mama memang baik, dia sangat gembira dapat mak mertua macam Aunty Farhanah. Tetapi yang menjengkelkan ialah anaknya..Huh. Entah sampai bila penipuan ni akan berakhir.
"Kalau sunyi... Cepat-cepatlah dapat baby dengan Fareez, ya?"kata mama cukup buat gadis itu nak tersedak.
Mujur dapat dikawal.
Baby? Sentuh aku pun tak pernah! Ada hati nak ada baby? Dengan aku? Suffiya seakan hilang rasa hormatnya pada suaminya sendiri. Malah digantikan dengan satu perasaan amarah dan benci dalam diam.
Sekadar tersenyum kelat. Senyuman hambar semakin menebal menusuri pipi.
--
"Mana Noni pa? Soal Fareez sambil menyuapkan suapan kedua kedalam mulut. Dikunyahnya perlahan-lahan.
"Adik kamu tu, kemana lagi? Keluarlah..."jawab papanya seakan pasrah. Siapa yang tidak pasrah punya anak dara yang suka keluar malam-malam buta?
"Better kamu carikan dia laki la papa rasa..,"cadang Encik Rusdi lagi. Fareez termenung lama. Cari? Bukan boyfriend dia dah banyak ke? Buat apa pening-pening nak cari lagi?
"Noni tu banyak boyfriend la pa.., papa kahwinkan ajelah dia,"selamba Fareez bercakap. Suffiya dan mamanya sekadar mendengar bual bicara antara suaminya dengan anak lelakinya.
"Awak nak tambah nasi?"soal Suffiya tiba-tiba sebaik melihat pinggan Fareez sudah kosong.
Licin.
Sedap ke? Huhu.
Fareez sekadar mengangguk acuh tak acuh.
Nampak benar egonya yang melangit tinggi itu.
"Eh, kau orang laki bini apa bendanya 'bersaya' 'awak' lagi ni? Sufy, cuba panggil abang.. Belajar panggil abanglah...,"komen mamanya tidak betah anak menantunya menggelar diri masing-masing sebegitu rupa.
Masing-masing tersentak.
Sentap!
Suffiya cuba mengawal rasa geli gelemannya diketika itu.
Eii, tiba-tiba rasa nak termuntah!
Abang? Suffiya memandang suaminya sekali lalu. Dia ni pandang aku pun tak, nak panggil abang? Erk. Kritiknya sekadar di kerongkong. Fareez juga sama. Menjeling kosong. Tidak ada tanda-tanda dia mahu membalas permintaan mamanya sendiri.
"Er.. Okey mama, Sufy cuba. Sorry sebab Sufy tak biasa lagi,"dalihnya kemudian.
"Sufy, cubalah.. Ya, lain macam betul papa dengar kamu 'bersaya' 'awak' dengan suami kamu sendiri,"papa pula main tokok tambah.
Adeh!
Hampeh.
"Pa..,"panggil Fareez tiba-tiba. Hatinya tiba-tiba tidak senang hal sedemikian dibicarakan buat masa sekarang. Bisa hilang moodnya mahu makan.
"Papa nak ingatkan aje... Kamu tu Fareez, jaga Sufy ni betul-betul. Bila nak pergi honeymoon?"tambah papa lagi. Yakin anak lelakinya harus sentiasa diingati bab-bab begini. Sedari apabila ditanya soal bulan madu dia asyik meminta diberikan masa. Masalahnya sudah
masuk lima bulan usia pernikahan mereka. Masakan masih tidak boleh nak decide tempat lagi? Papanya mulai curiga. Kesibukkan dipejabat menjadi alasan yang tidak sudah. Yakin, anaknya sengaja tidak mahu berbulan madu, lebih baik dia sendiri yang decide kemudiannya. Jangkanya mereka mungkin memerlukan sedikit ruang dan waktu untuk menerima diri masing-masing sebagai suami isteri, tetapi rasanya. Dah terlebih masa dah ni... Huh.
"Betul tu reez, asyik bagi alasan aje bila tanya pasal honeymoon. Kesian menantu mama ni,"sokong mama sambil mengusap lembut wajah Suffiya di sebelah.
Pulak. Disuruh honeymoon lah pulak...
Kusutnya!
Serabut memikirkan permintaan keluarga masing-masing yang mahu mereka membuat itu ini. Mula-mula nak suruh ada baby, lepas tu panggil si Fareez ni abang, sekarang ni honeymoon pulak?!
Satu demi satu Suffiya menyebut perkara-perkara yang tidak mungkin dia laksanakan bersama Fareez. Makanan dalam pinggan sudah mula dikuis-kuisnya. Selera makan seakan hilang.
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...