Bab 21

13.9K 237 1
                                    

"Hye sayang..,"sapa Anis manja sambil langkahnya diatur melenggang kangkung. Terkedek-kedek sahaja cara dia berjalan. Macam itik pulang petang. Fareez sudah tersenyum lebar melihat teman wanitanya yang sedang berjalan persis seorang model kearahnya. Oh my baby...sweet baby ever...

"Hai darling"Fareez menyambut tangan yang dihulurkan Anis.

"Have a seat my dear..,"Fareez menarik kerusi perlahan. Lagaknya gentlemen habis lah tu.

"Sayang.. Kenapa ni? Dari jauh lagi I tengok You termenung panjang aje, You cakap nak bincang pasal perceraian You dengan wife you kan tadi?"manja Anis bertanya. Sudah memang betul, sejak tadi pandangannya jauh seakan memikirkan sesuatu yang sangat membebankan. Apa yang bebankan sangat? Setakat nak ceraikan pompuan kolot tu! Er. Tangan Fareez digenggamnya erat. Pasti sesiapa sahaja yang melihat aksi itu akan membuat aksi geli geleman. Yang Fareez pun satu, tidak padan dengan laki orang. Isteri dirumah pun tidak habis ditatap disentuh lagi, yang haram tetap jadi peneman idola. Ah, dasar lelaki buaya! Sama saja semuanya.

"Of course la sayang. I dah lantik lawyer untuk uruskan pasal perceraian ni. Dah You tak payah serabut-serabut pasal dia,"ulas Fareez sambil tersenyum menggoda.

"I pon dah naik rimas dengan pompuan tu! Menyampah. Now... I just want you. Only you. Okey baby?"pipi Anis yang merah itu diusap berlahan. Ah..terasa hangat dan lembutnya usapan itu. Anis menderam ghairah.

"Betul ke ni sayang?"soal Anis teruja. Gembiranya bukan kepalang. Siapa tak seronok tengok rumah tangga boyfriend sendiri berkecai? Bolehlah dia menggantikan tempat Suffiya nantinya. Senyumannya meleret manis. Fareez mengangguk perlahan.

"Anything for you my dear"

"JOM. YOU nak shopping dekat mana harini? I belanja"

"Seriously??"

"Yup"

Mereka pantas jalan beriringan menuju ke parkir kereta. Fareez merangkul erat pinggang si kekasih hati. Terasa nikmatnya saat sekarang...Ah..bahagianya....

--

Langkah diatur perlahan memasuki ke ruang-ruang celah pelusuk manusia yang sarat dan penuh di dalam restoran serba mewah itu. Matanya tercari-cari akan teman baiknya, Adila. Lama menunggu, akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil tempat terlebih dahulu. Peluh yang mula merenik di dahi dilap perlahan menggunakan tisu. Hari ini, Suffiya lengkap berpakaian serba hijau. Dari atas hingga bawah. Shawl yang dipakai adakala diperbetul kedudukannya. Dia tampak manis dengan gaya seperti itu. Sopan dan sangat elegant. Kurang beberapa minit selepas itu telinganya menangkap satu laungan suara orang memanggil namanya. Pantas dia berkalih ke belakang.

"Dila!"kata Suffiya sambil memeluk rakan baiknya itu. Mereka mencium pipi kedua belah sebelum duduk menghadap kearah masing-masing.

"Weh.. Lama giler kan tak jumpa? Asal kau makin cantik doh"Adila cuba mempertikai. Bukankah gadis dihadapannya itu memang sejak azali memiliki kecantikkan semlajadi yang anggun dan menawan? Memang sudah terang lagi bersuluhlah, Adila sengaja mahu memuji-muji sahabatnya.

"Kau ni belum apa-apa dah bodek!"Suffiya pantas membalas kata-kata Adila. Pertemuan mereka sememangnya dirancang awal dua hari yang lepas. Perasaan sunyi ketika berada dirumah membawa gadis itu untuk terus berjumpa dengan sahabat baiknya, Adila. Dapat juga berbual kosong. Tambahan, sudah lama mereka tidak bersua muka. Kali terakhir mereka bertemu semasa berlangsungnya majlis perkahwinan Suffiya.

"Mana tunang kau? Erk. Bakal tunang kau"soal Suffiya sambil memerhati sekeliling. Lidah yang tersasul diperbetulkan. Sememangnya sahabat baiknya yang seorang itu akan melangsungkan majlis pertunangan tidak lama lagi. Indahnya bukan kepalang. Dengan siapa? Sudah semestinya pujaan hatinya sendiri daripada dulu hingga sekarang iaitu Khairul. Mereka berkawan sejak di universiti lagi. Ikatan cinta dan janji yang diesemai akhirnya membuahkan hasil apabila mereka membuat keputusan untuk bersatu di hari pernikahan.

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now