Bab 63

9.9K 139 0
                                    

Sebaik sahaja kereta Razif hilang dari pandangan, Puan Lily dan cucunya cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

"Malam ni tidur dengan Nenek, mama dah ikut papa."pantas Puan Lily memberi arahan. Wajah anak kecil tidak bersalah itu direnung tajam

Kelihatan budak lelaki itu tergeleng-geleng laju

"Apa hal yang kau tergeleng-geleng ni?"soal Puan Lily menahan amarah. Anak dengan mak sama aje! Suka nak menyusahkan orang.

"Nak mama..,"kata Rifqi dengan nada agak sebak

"Mama kau tu dah tak nak bela kau! Kalau tak, takde nya dia nak bawak kau datang sini!"lentingnya lagi tak pasal-pasal. Terkebil-kebil anak kecil itu melihat tingkah si nenek kandungnya.

Dia sudah biasa hidup begini. Kadang2 bersama mama dan papa, kadang2 dia dilempar dirumah neneknya begitu saja. Hidupnya bergelempangan merata. Mujur sahaja pelajaran anak kecil itu masih tidak dilupakan. Kasih sayang ibu bapanya tidak pernah cukup buat dia. Mujur juga dia masih kecil. Jiwa memberontaknya masih belum berkocak. Hanya menunggu masa sahaja jika segalanya sudah terbongkar suatu hari nanti.

"Apa yang bising-bising ni, Lily?"suara garau Encik Suhaimi kedengaran

"Ni haa cucu awak ni mengada nak mama dia."balas Puan Lily sambil terjeling kearah cucunya. Sambil tangannya ligat memperkemaskan rambutnya yang bersanggul

Mata Encik Suhaimi tertancap kearah cucunya yang tercegat didepan pintu

"Anis hantar Rifqi lagi kat sini? Hisy, apa masalah anak awak tu? Baru je dua hari lepas dia letak anak dia kat sini. Apa dia ingat rumah kita ni pusat jagaan asuhan ke apa?"giliran si suaminya yang melenting tak tentu arah

"Abang jangan nak bising kat saya okay? Pergilah tanya si Anis tu sendiri."balas Puan Lily tak mahu menang. Dia dengan laki dia sama je naik! Rifqi yang masih tercegat ditengah2 ruang perbalahan antara mereka hanya mendengar kata caci maki itu dengan mulut yang terkunci rapat

Apa yang dia tahu, kehadirannya tidak disambut baik disini. Setiap kali dia datang, pasti atuk dan neneknya berbalah tidak sudah-sudah

"Rifqi!"panggil seseorang dari arah dapur

"Hai kak Mia!"sahut Rifqi mesra. Lantas dia berlari2 anak mendapatkan Mia. Mia memeluk Rifqi erat. Diciumnya pipi anak buahnya itu

"Apa mama dengan papa ni? Takpayah lah nak bergaduh depan Rifqi. Dah Rifqi, jom kita masuk bilik,"ajak Mia sambil mengenggam tangan kecil Rifqi. Rifqi kelihatan gembira dengan Mia. Di ikut sahaja langkah Mia kemana.

"Bila kak Mia balik?"soal Rifqi sambil membelai rambut Mia yang masih kebasahan

"Semalam. Akak rindu Rifqi tau, lama betul kita tak jumpa,"adu Mia manja. Rifqi tersengih melihat Mia yang seakan mengadu sakit kerana rindu

"Mana mama?"soal Mia. Wajah anak kecil itu bertukar murung. Dia hanya menggeleng kecil. Mia sudah dapat mengagak, pasti Anis hanya menghantar anaknya sahaja kesini. Orangnya lesap entah kemana

Sungguh dia sebenarnya bersimpati dengan nasib anak buahnya yang seorang itu. Seakan tiada langsung kasih sayang daripada mama dan papanya sendiri. Tidak cukup dengan itu, mamanya sendiri begitu susah mahu menerima cucu pertama keluarga itu. Nasib Rifqi masih lagi baik kerana Mia satu2nya manusia yang masih punya hati perut dalam rumah ini. Puas dia menasihati orang tuanya agar memberikan layanan yang wajar buat Rifqi, tetapi sia-sia. Ibu bapanya tetap tidak boleh menerima Rifqi sebagai cucu mereka. Hanya kerana satu sebab. Rifqi merupakan anak yang tidak sah taraf, atau bahasa mudahnya anak luar nikah!

Wajah bersih milik Rifqi dipegang kedua belah tangannya. Dia mengucup ubun2 Rifqi

"Rifqi.. Selagi Kak Mia ada, kak Mia janji, kak Mia akan pastikan Rifqi sentiasa dilindungi. Okey? Itu janji kak Mia,"ujar Mia lembut yang hanya membahasakan dirinya sebagai 'Akak' walaupun sebenarnya pangkat dia adalah Maksu

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now