Bab 65

9K 122 0
                                    

Nyanyian lagu 'Happy Birthday' benar-benar menggamit suasana di hotel bertaraf lima bintang itu . Para tetamu yang hadir turut memeriahkan lagi sambutan harijadi Qalisha yang ke 5 tahun

"Happy birthday, baby girl!"ucap Noni sambil mencium pipi anak menakannya.

"Stay young stay pretty, teruskan jadi cute macam maksu,"tambahnya sempat mengangkut bakul sendiri. Zack sudah tersenyum sumbing.

Heh, perasan betul lah!

"This is for you. Janji jangan main rebut-rebut mainan dengan adik lagi, okey?"kata Zack pula yang berada disebelah. Tangannya menghulur satu bungkusan  berbalut warna pink bercorak Teddy Bear. Tersenyum lebar Qalisha dibuatnya. Yay, hadiah lagi! Banyak betul bungkusan-bungkusan hadiah yang diterimanya sedari tadi.

Mata Suffiya melilau ke sana sini. Tercari-cari kelibat kawan baiknya, Siti. Manalah dia ni tak kan sesat kut?

"Sayang abang ni cari siapa?"soal Fareez sambil memeluk erat isterinya

"Saya cari Siti ni abang, mana dia tak sampai2 lagi, tadi dia cakap dah nak sampai dah,"ujar Suffiya panjang lebar. Jelas kelihatan riak risau di wajahnya. Bukan apa, kawan baiknya yang seorang itu bukannya pandai sangat bab2 jalan di Kuala Lumpur ni. Risau juga dia, takut apa-apa terjadi

"Call lah dia"Fareez memberi cadangan

"Dah call dia cakap nak sampai dah,"ulang Suffiya sedikit kesal

Dari tadi cakap dah nak sampai, tapi belum sampai2. Siapa yang tak risau

"Kalau macam tu kejap lagi sampai lah tu. Sayang ni risau sangat lah. Jom, kita tengok Rayyan dengan Isha kat dalam tu,"tanpa berlengah tangan Suffiya ditarik. Asyik berkepit sahaja 24jam dengan Suffiya

Ish laki aku ni. Orang ramai macam ni pun still nak berkepit. Malulah aku!

**********

Siti terkocoh-kocoh lari kesatu tempat ke satu tempat. Lebih kurang 5 minit juga dia lari lintang pukang seperti dikejar anjing gila. Dada Siti berombak laju sambil menghembus nafas. Sempat dia menyorok dibalik banggunan besar di celah-celah lorong. Dia melihat bayang lelaki itu sudah kearah bertentangan dengannya

Fuh selamat, KL ni memang tak selamat lah! Hampir saja dia dikejar oleh salah seorang warganegara Nigeria tadinya

Salah dia jugak, nak bertanya. Main hentam keromo saja. Sepatutnya dia cari lah orang yang boleh dipercayai sikit

Yang Suffiya pun satu, apahal buat majlis hari jadi dekat Hotel yang susah nak dicari? Takpasal2 banyak dosa kering dia buat harini. Menyebal sana sini. Pandangan matanya melelong. Kejap2 ke atas, ke tepi, sesekali dia memandang skrin di talifon. Dan dengan tidak sengaja bahunya berlanggar dengan seseorang dari arah hadapan

"Sorry, Cik. Maaf, saya rushing,"ucap Siti serba salah kpd salah seorang perempuan berambut perang keemasan

"Sokey. Awak nak kemana ni?"soal perempuan itu

Err, agak2 selamat tak aku kalau tanya dekat dia ni?

Pengalaman lepas membuat dia risau bertanya orang sesuka hati lagi

Tanpa berlengah dia menunjukkan skrin alamat yang diberi Suffiya di talifon

"Er..awak tahu tak, alamat hotel ni?"soalnya ragu2. Dalam masa yang sama dia malu, kerana disini sudah terdapat banyak Hotel2 mewah. Tetapi Hotel yang  dikatakan Suffiya itu tidak sama sekali sepadan

"Oh, awak ikut saya,"kata perempuan itu. Siti rasa berbunga mendengar kata2 itu. Siti mengekori dari belakang. Dari cara perempuan itu mengajak, dia tahu hotel itu pasti sudah dekat. Cuma dia yang tak pandai mencari

Akhirnya! Dapat jugak aku sampai ke destinasi! Huhhh. Siti tersenyum melebar

Sesampai sahaja di hadapan Hotel, Siti mengucapkan terima kasih

"Thank you so much Cik..?"

"Anis,"

"Oh yah. Cik Anis, maaf lah saya bab jalan ni kurang sikit,"jelas Siti tanpa disuruh

"Sokey"balas Anis sebelum Siti berlalu masuk ke hotel itu

*****
"Hahahahahaha! Kelakar lah,"tawa Suffiya meletus sebaik dia menceritakan pengalaman peritnya sebentar tadi

Memang lucu, terbayang difikiran bagaimana agaknya Siti memecut dalam keadaan berdressing macam ni? Jatuh saham coi!

"Apahal kau gelak? Mana aku tahu dia nak ajak teman dia pergi tengok wayang!"tempik Siti sambil menyuap suapan kedua kek keju ke mulut dengan muncung

Manalah dia faham apa orang tu cakap. Yang dia pula asyik mengangguk sahaja. Tengok2 dia nak dibawa ketempat lain rupanya. Mujur sempat lari!

"Tulah next time, bawak laki sekali,"kata Suffiya cuba menahan tawa

"Laki aku on duty lah!"kata Siti sambil mencebik

Aloloh.. Jelas kelihatan dia sedang bebal

"Umi umi ada orang bagi bunga dekat Qalisha. Dia suwuh shimpan elok2,"celah Qalisha tiba-tiba sambil menunjukkan bungkusan bunga mawar yang berduri.

Cepat2 bunga itu dirampas Suffiya

Nasib baik Qalisha tak cedera! Muka Suffiya berkerut.

Siapa pulak yang memandai sangat nak bagi bunga kat anak aku ni? Boleh cerdik sikit tak? Bunga ni berduri kot? Kalau luka tangan Qalisha siapa nak jawab?

"Cantiknya! Nampaknya anak kau dah ada peminat misteri!"tambah Siti sambil membelek-belek bunga tersebut. Qalisha pula sudah jauh pergi sambung bermain diruang hadapan

"Kau ni kenapa Sufy?"soal Siti aneh. Tadi bukan main dia ketawakan aku. Sekarang ni muka dah macam tak makan seminggu apahal

"Takda apa lah,"kata Suffiya cuba menyembunyikan rasa risau dihati. Dia membelek2 bunga yang ada diatas meja. Tercari-cari kad orang yang memberi

Terselit satu kad kecil. Pantas Suffiya membukanya

"Happy birthday!"

Wajah Suffiya berkerut. Tak ada nama pengirim!

Hmm. Perasaan aku je kot. Suffiya cuba menyedapkan hati

***
Bau minyak wangi Esrada benar-benar membuat dia rasa nyaman. Dia menghidu sambil memejam mata. Menikmati kononnya

"Bunga siapa ni sayang?"soal Fareez sebelum merebahkan diri atas katil. Riak wajah Suffiya kembali murung. Terdengar dia mengeluh perlahan

"Entahlah. Qalisha cakap ada orang bagi,"balas Suffiya berat. Entah mengapa hatinya rasa tak tenang.

"Ohh, peminat misteri lah kot,"kata Fareez sambil membuka butang bajunya.

"Tapi yang saya geram tu kenapa perlu bagi mawar yang ada duri ni? Bagilah bunga lain!"Suffiya menyuarakan ketidakpuasan hati

Dahi Fareez mula berkerut. Mawar berduri?

"Awak sure ke bunga tu untuk Isha? Bukan untuk awak?"soal Fareez, ada nada syak wasangka kedengaran

"Apa awak merepek ni?"
"Macam pelik je Qalisha yang kecik macam tu dapar bunga. Budak kecik kot. Lainlah kalau bunga tu untuk umi dia,"jelas Fareez. Seakan mahu Suffiya menjelaskan sesuatu yang dia tidak tahu

"Sebab tu saya tak sedap hati,"kata Suffiya, perlahan

"Buang ajelah. Saya tak suka crush awak bagi bunga kat awak,"kata Fareez membuat tuduhan

"Bukanlah!"tepis Suffiya. Sudah naik menyampah dengan perangai Fareez yang suka cemburu tak bertempat

"Saya kata buang"kata Fareez mendesak.
Ingat orang kelapar sangat ke bunga tu

"Okay esok saya buang!"kata Suffiya sudah bebal.

"I said now,"kata Fareez.

Dengan langkah yang longlai Suffiya mengambil bunga itu lalu dibawa turun ke bawah. Dia segera membuang walaupun dia tahu Qalisha ada berpesan supaya menyimpan bunga yang dia dapat itu

Siapalah peminat misteri Qalisha ni ye huhu~

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now