Langsir yang terletak di jendela bilik itu beralun lembut dikawal oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Tangannya diletakkan di dagu sambil mukanya menghadap ke arah tiupan angin di jendela. Sesekali rambut yang melurut jatuh di dahi diselak ke belakang. Wajah lelaki di dalam gambar walletnya dipandang lama.
"Saya rindukan awak...,"ujar Suffiya perlahan. Airmata jatuh juga ke lantai. Hatinya kian merindui arwah tunangannya. Hanya mampu berdoa agar lelaki itu tenang di alam sana. Ternyata hati dan perasaanya masih kuat merindui arwah. Mana tidaknya, Amir satu-satunya lelaki yang cukup sempurna pada pandangan matanya. Alim, berakhlak mulia, dan yang paling penting sangat berbudi pekerti. Ikatan pertunangan mereka hanya bertahan selama tiga bulan, dan selama tempoh itu juga Suffiya banyak mengenali selok belok latar belakang Amir daripada keluarganya sendiri. Yakin Amir ialah jodoh yang dicari-cari, namun siapa sangka panas yang disangka-sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahhari. Malang tidak berbau. Amir terlibat dalam kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lepas semasa pulang dari surau. Sungguh, sebahagian mukanya retak sehinggakan tidak dapat dikecam sama sekali. Hatinya luluh mengingati peristiwa silam itu. Hasratnya mempersuamikan lelaki seperti Amir terkubur hidup-hidup. Meskipun mereka jarang berjumpa seperti pasangan kekasih yang lain, namun hubungan yang dijaga demi menggapai redha illahi itu cukup membuat masing-masing antara mereka bahagia dalam keadaan sedemikian. Mereka lebih terurus berada dalam hubungan jarak jauh. Seorang di gombak dan seorang lagi di Shah Alam. Hatinya lebih dicengkam rasa pedih tatkala mengenang nasib diri yang punya suami jauh berbeza personaliti dan penampilannya dengan Amir.
"Kenapa, ya Allah? Apa salahku?"rintih Suffiya tanpa sedar. Pintu bilik yang sedikit terbuka membuatkan Fareez yang sedang lalu bersebelahan pintu kamarnya tertarik untuk menjenguk keadaan isterinya petang itu. Selesai mandi, dia keluar daripada kamar. Dia perasan sejak pulang daripada pejabat tadi Suffiya tidak sama sekali kelihatan di ruang tamu mahupun di dapur. Dia menghampiri pintu bilik Suffiya yang separuh terbuka itu. Dilihatnya jasad isterinya yang sedang merintih menangis teresak-esak. Timbul juga rasa sayu dan kasihan terhadap gadis itu. Hatinya mula tertanya-tanya. Apa yang menyebabkan gadis itu berduka lara sampai macam tu sekali?
Tak kan rindu ibu dan ayah dia kot?
Fareez semakin berani apabila kehadirannya tidak dikesan oleh Suffiya yang masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia masuk perlahan-lahan, diatur langkahnya rapi agar Suffiya tidak menyedari kehadirannya didalam kamar itu. Dia melihat sendiri uraian rambut yang dilepaskan Suffiya yang sedang berterbangan dek kerana angin yang sepoi-sepoi bahasa petang itu. Dia melihat dengan nafsu yang menggoda.
Cantik jugak bini aku ni... Getus hatinya.
Agak-agak kalau aku peluk dia dari belakang macam cerita Winter Sonata tu dia terkejut tak? Ke kena pelempang jarak jauh aku nanti?
Idea nakalnya sudah mula terbit. Aduh.. Nafsu..Nafsu.. Kawal Fareez, kawal. Kau tak suka dia, and dia pun tak suka kau! So, tugas kau ceraikan dia and kahwin dengan Anis. Yeah. That it!
Eh kejap? Mana kau tahu dia tak suka kau? Erm.. Mana lah tau si ustazah ni dah mula sukakan kau dalam diam...
Hisy!
Nonsense!
Nafi dia kemudian. Lalu dia mula terfikir, apa hal dia berada di dalam bilik ini? Lama dia tercegat disitu. Daripada airmata Suffiya berlinang bagaikan hujan menghempap bumi tadi sampailah airmatanya mula dapat dikawal dan mula surut. Suffiya menyapu mukanya dengan lengan baju. Tidak semena-mena dia mengalih ke belakang.
Terkejut.
Fareez yang dari tadi memang berdiri kaku disitu terus-menerus menjadi batu. Suffiya pula sudah kelihatan terperanjat.
Sejak bila dia ada kat sini pulak ni? Gambar didalam wallet segera disorok. Risau kalau-kalau Fareez perasan dengan apa yang dipegang. Tangannya dialihkan kebelakang.
"Apa awak buat kat sini?"soal Suffiya kaget. Bebola matanya yang merah membuatkan si Fareez agak terdiam dan niatnya untuk marah-marah jadi kian hilang. Hatinya tiba-tiba jatuh simpati.
"Kenapa awak..menangis?"soal Fareez teragak-agak. Dia membalas soalan Suffiya dengan pertanyaan. Suffiya terkedu.
Nampaknya dah lama dia ada dekat sini. Apa yang dia cuba buat sebenarnya? Bibirnya diketap.
"Tak..tt..tak ada apa-apa,"bohong Suffiya. Gagap bicaranya.
"Jangan tipu, tak baik tipu suami,"umpan Fareez.
Terkejut mendengar peryataan yang keluar daripada mulut Fareez. Suami?
Sejak bila kau anggap aku ni isteri kau? Sejak bila? Suffiya sudah mula naik hantu dalam diam.
Pandai pulak kau mengaku kau tu suami aku ya? Katanya sekadar kerongkong.
"Apa awak buat kat sini? Awak nak apa-apa ke?"Suffiya mengubah topik perbualan. Masakan dia mahu menceritakan hal sebenarnya? Punca dia menangis bagai nak rak adalah kerana merindui arwah tunangnya yang sama sekali tidak diketahui si suami? Bisa mati dia dikerjakan.
"Look, I don't even care what your reason are, but please. Do not change the subject! I paling tak suka orang yang ubah topik!"tegas Fareez menutur kata.
Suffiya yang dari tadi sudah memegang kepala dilihatnya tanpa rasa apa-apa. Sikap barannya sudah mula bersarang.
Suffiya yang sedari tadi mula rasa lemah dirasakan semakin lemah. Mungkin kerana terlalu penat menangis, tenaganya seakan hilang walaupun sedikit. Matanya semakin berpinar-pinar. Dapat dirasakan pandangannya kian kelabu. Dia rebah serta merta dihadapan lelaki itu.
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomantikUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...