Suffiya melangkah perlahan menuruni anak tangga satu persatu. Dari jauh dia tertunduk. Bagai ada yang menganggu sang hatinya tika itu. Fareez yang sedang asyik membaca akhbar di sofa ruang tamu dihampirinya perlahan-lahan.
"Morning"sapa Suffiya tenang. Namun, hati tidak sama sekali menggambarkan riak wajah yang kononnya sedang tenang. "Dah buat breakfast?"soal Fareez tanpa melihat wajah isterinya. "Dah"sepatah dia menjawab.
Good.
"Awak..Saya nak cakap sikit"ujarnya memberanikan diri. Kening Fareez terangkat. Dia merenung sekujur tubuh dihadapannya sekali lalu. Lain macam. Macam2 lah pompuan ni ..
"Listen"balasnya sepatah.
"Macam mana kalau saya ..."sekat nadanya.
Kalau saya? Kalau saya apa? Nak kahwin lagi? Gila. Fareez mencebik.
"kalau..kalau saya pregnant?"matanya merenung tepat kedalam anak mata Fareez. Menanti jawapan penuh suspen. Sungguh dia tidak membayangkan jika hal itu berlaku. Sedari dia dan Fareez seakan senang bersama tanpa sedikitpun memikirkan soal yang satu itu. Padahalkan mereka akan bercerai, tidak seharusnya mereka melayan antara satu sama lain lagi. Risaunya jika masing2 terperangkap andai orang baru tiba2 mucul dalam hidup mereka.
Fareez tersentak. Tidak sama sekali dia menyangka soalan sebegitu bakal terpacul keluar dari mulut si isteri. Dia terdiam seketika. Sentap. Cepumas tahap apakah? Diam. Tiada jawapan. Suffiya tertunduk lagi. Apa nak jawab? Nak bagi jaminan benda tu tak kan berlaku? Ah! tak boleh jugak. Aku puncanya. Aku tahu lah macam mana keadaan tu jadi. Fareez semakin kusut.
"Saya cuma taknak kita terperangkap sesama sendiri kemudian hari"tambahnya lemah. Fareez memandang suffiya sayu. seakan memahami. Diabjuga turut merasai hal yang sama. Ah, sifat kimia apakah ini? sebak. Allah, entah mengapa dia pula yang terasa lemah. Kemon Reez kau jangan jadi lembik sangat depan dia ni.
"Kalau pregnant just.., just go on jelah"jawabnya acuh tak acuh. Berlagak tenang. Walhal hati. Berderau darahnya. Mampukah dia meneruskan kehidupannya dengan kehadiran seorang bayi yang pastinya membuat pasangan itu tidak keruan andai harus berpisah. Lagi2 jika melibatkan mama dan papa. Argh.
"awak tak kisah ke?"soal Suffiya mendapatkan kepastian. Kaget juga dia mendengar jawapan yang baginya agak tidak masuk akal. Kalau bercerai mesti hak penjagaan anak diberikan kpd Fareez. Ah! Benda ni tak boleh berlaku. Tidak sama sekali. Dia nekad sendiri. Fareez menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Hmm. sapa yang takkisah. Dia ingat benda ni main2 macam anak kucing? Ah padan muka kau. Kau tewas sangat dengan dia ni kenapa.. Kan dah ada Anis, jauh lebih menggoda dari dia ni. Hush. Sempat lagi dia mengkritik si isteri.
Dia bangun lalu melipat dua surat khabar yang sedang dipegang. Hilang terus mood membacanya.
"Tak payah fikirlah pasal ni. Aku janji, yesterday is the last"janjinya yang sudah mahu berginjak dari tempat duduk.
Last? Boleh percaya ke ni? Ah. lelaki. takde depan mata boleh lah nak sembang. Suffiya membiarkan Fareez pergi meninggalkannya sendiri. Suka hati kau lah. Yang penting aku dah ingatkan. Tapi wait! Ada satu lagi benda yang dia terlupa! Ahha! Dia sebenarnya nak bagitahu Fareez yang dia dah lewat tiga hari datang bulan. Apa tandanya tu? Dia ingat benda ni main2 kot. Takpelah, better pergi check dulu. Nanti sendiri yang malu pula. Suffiya bingkas naik ke kamarnya yang bertentangan dengan bilik Fareez. Lama dia memandang kamar itu. Pernah suatu ketika dia bermimpikan agar kamar itu menjadi kamar dia dan Fareez. Bukan sebagai pasangan melepas nafsu semata2 tetapi pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain, Ah! Cukup lah berangan Suffiya! Sedar diri please. Dia segera melangkah kedalam biliknya semula. Dia bersiap ala kadar, lalu turun semula ke bawah. Dia mahu mendapatkan kepastian yang sebetulnya. Tidak mahu lagi hidup dalam tidak tenteram memikirkan soal ini. Boleh jadi gila dia rasanya. Kereta dipandu cukup berhemah, almaklum tidak mahu pisang berbuah dua kali.
maaf lambat update. Utk makluman first paper exam final kita start 30hb ni. Doakan kita blh jawab dengan tenang. Bagi masa ya sis nak study.... skrg ni update lepas2 stress study je..hehehe. :P kalau rasa tak best maaf ye. Kita tulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran aje:) muchlove#
Baca juga cerpen terbaru ema yang bertajuk Untuk Terakhir Kali. Sokongan anda diperlukan untuk kesinambungan penulis dalam meneroka alam penulisan ;))
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...