Bab 54

17K 164 7
                                    

4 bulan kemudian...

Suasana di Pavillion tak ubah macam sarang semut meniti tepi2 batang mop. Lagi2 dimusim perayaan. Satu bulan lagi mereka akan menyambut bulan Ramadhan. Dan seterusnya aidilfitri. Aidilfitri kali ini bukan setakat dapat pasangan hidup, tapi dapat orang baru sekali.

2 in 1.

"Mama nak pergi tengok langsir kat Nagoya. Harini ada buat sale tau!"kata Puan Farhanah separuh jerit kerana keadaan terlalu sesak. Mereka berpisah di hadapan letaknya restoran Burger king.
"Jom cari baju baby!"ajak Suffiya girang.
Baju berwarna pink seringkali menjadi rebutannya. Fareez naik rimas. Macam mana kalau keluar nanti anak lelaki? Dia lebih suka beli color yang semua jantina boleh pakai.

"Takmau yang tu. Yang ni,"Fareez meregut stokin hello kitty berwarna pink dari tangan Suffiya.

"Kan doktor cakap girl. Apa masalah awak?"

Hanya kerana semasa nak lahirkan Fareez dulu berlaku selisih faham, mana taknya dalam perut perempuan bila keluar lelaki sejati. Itulah yang terjadi pada Fareez dulu. Sekarang dia risau perkara spt itu berulang pada anak sulung mereka pula.

"Kau tuhan ke? Doktor tu tuhan? Better beli yang macam ni. Senang laki pompuan boleh pakai"satu set kelengkapan bayi berwrna coklat emas dicapai.

"Tak cute lah!"rungut Suffiya macam budak2.

Macamlah dia tu cute sangat.

"Tak cute sudah! Bagi aku pakai"selamba dia buat loyar buruk.

Dari tadi asyik ikut cakap Fareez. At least bagi lah satu dia capai apa yang cantik pada pandangan dia! Geram betul Suffiya.

"Awak satu je...please"Suffiya merayu bagaikan anak kecil. Dari jauh, Fareez perasan ada yg memerhati.

"Lawala anak patung ni!"kata Suffiya sambil menunjukkan patung teddy bear berwarna magenta itu.

"Buruk. Huduh. Malam2 dia cekik kau padan muka."celopar mulut Fareez.

Geramnya.. Suka hati je dia nak kutuk mainan anak kita

"Awak jealous cakap lah. Dah besar tak boleh main,"tetap nak menang.

"Suka hati kau lah."

Sekali lagi jantung Fareez berasa debar. Malas mahu berburuk sangka. Mereka teruskan memilih.

Shit!

Itu Fareez. Apahal dia kat tempat barang bayi pulak ni? Bentak Anis.

Patutla dah tak nak dengan aku. Dah buntingkan isteri sendiri rupanya.

But how can? Sumpah teruk taste kau! Hina Anis lagi. Sakit hatinya terasa dipermain oleh Fareez. Sedang dia tahu hubungan mereka sudah lama putus. Dia masih mengekori kemana saja gerak langkah Fareez dan Suffiya. Sampai di persimpangan, Fareez meminta diri ke bilik air.
Suffiya menunggu diluar.

Good. Ini peluang lumayan aku.

"Suffiya?"tegur seseorang dari arah belakang. Suffiya berkalih.

Mata bertemu mata.

Tergamam.

Dia kenal betul gadis dihadapannya itu.

"Anis?"Suffiya cuba mengecam.

"Wah! Kuat betul daya ingatan You kan?"sindir Anis lagi. Suffiya mula tak sedap hati. Mana Fareez ni.

Kau kencing ke berak apahal lama sangat.

"Alhamdulillah, Allah masih kurniakan otak yang sihat, kesihatan yang rapi. Masih boleh nak cam setakat tetamu yang datang tempoh hari."selamba Suffiya sembur. Lembut tetapi berbisa.

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now