Bab 46

11K 177 24
                                    

"Kenapa jumpa Kak Sufy takbagitahu mama?"marah Puan Farhanah. Kini dahulunya menantu yang dianggap kesayangan dipuja dibelai dicanang sudah jadi menantu yang dibenci pula.
"Mama, salah ke Noni nak jumpa kakak ipar sendiri? Kenapa mama susah sangat nak percayakan Kak Sufy? Mama kenal ke siapa Anis? Siapa lelaki malam tu? Mama judge kak Sufy terlalu teruk. Padahal anak jantan mama sendiri punya dalang rancang mati2 nak sakitkan bini sendiri. Kenapa susah sangat mama nak fikir semua tu?"

PANG!

Satu tamparan hebat hinggap dimuka Noni. Tidak pernah Noni dilempang sebegitu oleh mamanya sendiri. Tapi itu langsung tak mematikan niat Noni untuk tegakkan kebenaran.

Kebenaran itu sakit. Kau kena tabah, Noni.

"Lempanglah lagi! Lempang lah anak mama ni! Noni rela dilempang sekarang daripada kena lempang dengan Tuhan esok hari!"katanya mempertahankan diri sebelum lari naik keatas.

Sentap.

Entah mengapa kata2 anak perempuan kesayangannya itu begitu menusuk disanubari. Benarkah apa yang aku buat ni ya Allah? Sedar dia telahpun menjadi penghukum tegar terhadap menantunya sendiri. Allah dah cuitkan sedikit hatinya kini. Encik Rusdi melihat dari jauh pertelingkahan yang terjadi hanya disebabkan seorang menantu.

"Anna.. Bawak mengucap. Kenapa sampai kena dilempang anak tu?"tenang Encik Rusdi bertanya. Memang sudah lali kan lelaki lebih tenang dari perempuan?
"Noni kurang ajar abang. Dia tak pernah kurang ajar macam ni dengan saya"jelas Puan Farhanah.
"Dan awak pun tak pernah bersikap macam ni dalam hal anak-anak"komen Encik Rusdi pula.

Sekali lagi jiwa raga Puan Farhanah dijentuk. Ya Allah.. Dah jauh sangat ke aku? Apa yang aku buat ni? Berdosakah aku terhadap anak menantuku sendiri?

"Abang.. Tapi saya cuba nak..-"
"Sudahlah tu. Dah nak maghrib. Pergi ambik wudhuk. Kita solat sama2"arah Encik Rusdi lembut. Memang sydah selalu suaminya menjadi air dalam setiap pertegangan. Mujur sisuami mudah dibawa berbincang. Puan Farhanah sekadar menurut tanpa bantahan. Akur yang dia sendiri kena cepat2 redakan api kemarahan. Segera telekung dicapai dan mereka solat berjemaah di kamar khas untuk solat.

**
Airmata menitis membasahi pipi Suffiya. Tidak sangka yang mamanya sanggup melempang anaknya sendiri hanya gara2 dia. Terasa berdosa sekali dia dengan Noni.
"Akak mintak maaf Noni.."katanya dicorong talifon sambil teresak2.
"Akak tak salah apa2. Memang Noni yang cakap kurang ajar. Mama tak pernah ajar Noni cakap macam tu tapi tadi Noni geram sangat sebab mama susah sgt nak terima kenyataan"jelas Noni panjang lebar. Dia sudah penat menangis. Kini giliran kakak iparnya pula.
"Maafkan akak Noni. Akak tak sangka sampai jadi macam ni."Suffiya tak berhenti memohon ampun dan maaf.
"Please akak. Jangan lah nangis. Noni kan dah janji nak tolong akak?"Noni cuba menenangkan keadaan. Dalam diam perbualan mereka dicuri dengar oleh Puan Farhanah dari luar. Dia mengurut2 dadanya tanda tidak puas hati. Apa lagi yang si Sufy ni suruh Noni buat kat aku?

"Akak stop menangis please,.. Noni tahu akak sayangkan mama dan papa. Noni tahu akak tak salah. Akak doa banyak2 ya mintak agar dipermudahkan urusan? Janji jangan nangis lagi?"kata Noni ingin mengakhiri perbualan mereka. Hati Puan Farhanah dijentik kerana Noni seakan berubah 360 darjah sejak rapat dengan Sufy. Dah pandai ingat tuhan. Dan pandai bermukadimmah. Betul ke apa yang Noni cakapkan tadi? Dia sebak. Tidak tahu yang mana harus dia percaya. Dalam diam hatinya tersentuh dgn mata2 menyatakan Suffiya benar2 sayangkan dia dan keluarga ini. Dia cuba memberi ruang buat Suffiya. Walaupun kenyataan ini perit. Dan menyeksakan. Dia harus melakukan sesuatu. Utk pastikan kebenaran ni terbongkar, dia harus mengadakan perjumpaan mengejut minggu hadapan bersama keluarga dia dan besan. Itu nekadnya sendiri.

Minggu seterusnya, ruang tamu. Jam 8.00 malam.

"Harini hari jumaat. Eloklah kalau kebenaran hakiki dibongkar sebaiknya. Mama harap Fareez boleh terangkan sejujur2nya pada mama, papa, ibu dan ayah mertua Fareez. Sebab perkara ni bukan main2. Ini benda serius yang melibatkan maruah. Harga diri. Buat insan yang bergelar wanita."tegas Puan Farhanah dalam mengungkapkan kata. Fareez sudah kecut perut. Pandangnnya dialihkan kearah si isteri disebelah. Suffiya menjeling dgn jelingan maut.

Rasakan.

Dia mahu Fareez pula yang merasakan situasi dimana dia difitnah teruk 3minggu lepas. Ditempat yang sama. Hari yang sama. Cuma pakaian yang berbeza.
Fareez menelan liur beberapa kali. Kenapa mama yang tanya kenapa? Dia sedar kalau mamanya yang buka mulut dia takberani nak memesong jalan.
"Jawab sekarang. Didepan kami semua. Dari A-Z"sekali lagi Puan Farhanah minta Fareez menjelaskan. Dia meraup muka sebelum bersuara.
"Mama, papa. Fareez taktahu apa2. Kemon lah kenapa nak bahas lagi hal ni?"kata Fareez sengal.

Tu jawapan perangkap. Jangan ingat aku nak duduk diam atas semua perbuatan kau Fareez! Getus hati Suffiya geram.

"Cuba cerita elok2. Tenang2. Ada masalah apa sampai kamu buat begini?"soal ayah mertuanya pula. Suffiya hanya menunduk. Tidak berkutik sedikit pun.

Peluh mula membasahi dahi Fareez.

Padan muka kau Fareez. Padan muka!

Suffiya memandang Noni dari atas. Posisi yang sama 3minggu lepas. Sekadar menjenguk dan curi2 dengar. Dia tersenyum simpul kearah Suffiya. Memberikan semangat dalam diam.

Seminit..

Dua minit..

Tiga minit..

Hampir 5minit lamanya Fareez masih berdiam. Semua orang memandang dia.

'Apahal semua tengok aku?? Ya Allah.. Ni ke karma utk aku??' Dia merintih sendiri. Kau dah kantoi Fareez. Kau dah kantoi.

"Kenapa diam? Cakap Fareez! Mama nak kan penjelasan!"tegas Puan Farhanah dalam bicaranya.

"Okay. Reez mintak maaf."

Satu jawapan sahaja. Serentak dgn itu Puan Farhanah terasa nak luruh jantung. Bermakna apa yang Noni ceritakan semuanya betul? Ini rancangan Fareez sendiri? Lantas wajah Suffiya ditatap lama
Maafkan mama Sufy. Mama silap menilai kamu.. Dia menahan kelopak mata agar tidak menjatuhkan air jernih itu. Kenapa aku begitu senang percayakan orang luar? Kenapa? Menantunya sedikitpun tidak bersalah. Suffiya juga menjatuhkan air jernih tu. Perlahan2 menitis di dasar pipi gebunya. Bukan tak kesian dgn Fareez, tetapi dia mahukan kebenaran. Apa fungsi dia belajar tinggi2 kalau setakat hal macam ni dia tak boleh nak settle? Nak ikutkan hati mahu saja dia bawa kes ini ke mahkamah. Dia ambil undang2. Dia tahu setiap prosedur. Alhamdulillah boleh guna utk protect diri. Tapi dia dah berazam, kali ni suaminya terlepas. Next time, no more chance!

"Sanggup kamu bt macam tu dgn isteri kamu sendiri Reez? Mana hati perut kamu?"soal Encik Rusdi dgn nada tinggi. Mukanya diraub perlahan. Seorang demi seorang meminta maaf kpd Suffiya. Diakhiri dengan ibu dan ayahnya sendiri.

"Sufy... Ibu tahu Sufy anak yang baik. Sufy takkan buat macam tu. Maafkan ibu ya nak"ujar ibunya perlahan. Mereka saling berpelukan. Fareez memang bersalah dalam hal ini. Tak cukup ditengking, dia juga dihukum. Dihukum digantung jawatannya sbg pemegang saham besar dlm syarikat bapanya. Perasaannya luluh. Apa dia nak buat lepas ni?
"Papa! Mana boleh macam ni. Lepas tu Reez nak kerja apa?"bantahnya laju. Baru tau langit tinggi rendah atas bawah.
"Keputusan papa muktamad. Kalau ada perubahan dalam diri Fareez, baru papa pertimbang semula utk kamu berada di position tu." Ujar Papanya ringkas lalu bangun dari sofa.

Shit.

Semua sebab perempuan takguna ni. Terkenang juga apa nak dibuat lepas takder kerja nanti. Tak kan nak mereput dengan minah cengeng ni?

"Kamu kena belajar hargai apa yg ada disekeliling kamu. Baru kamu tahu erti kehidupan tu macam mana."tambah Puan Farhanah lagi. Takperlu jawapan panjang2, terjawab juga segala konflik yang berlaku. Sepanjang tempoh digantung kerja di syarikat bapanya sendiri, Fareez jarang keluar balik lambat. Selalunya dua tiga jam dah ada kat rumah. Makan pun dah kat rumah sendiri. Suffiya bersyukur kerana masalah ini selesai. Dia hanya berserah aturan selanjutnya dari yg maha Esa. Jika memang benar mereka ditakdirkan berpisah, dia redha. Pasrah. Tapi sebelum berpisah biarlah dia jalani tanggungjawabnya sbg seorang isteri bt suaminya dahulu.

Amacam guys? Puas hati? Padan muka Fareez! Hahahaha. Eh gelak jahat. Okay kalau nak lagi komen lah ahahah. Bye selamat berbuka puasa! :)

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now