Mendengar riuh ketawa suara si suami dan anak-anak, serba sedikit menarik perhatian Suffiya dari dalam bilik. Riuh benar bunyinya. Rayyan dah balik ke? Dia berpaling ke ruang tamu. Dia melihat Rayyan dan kakaknya Qalisha sedang bermain-main dengan buku teka teki yang dibeli tempoh hari. Dia tersenyum sungging melihat keletah anak-anaknya. Rayyan kelihatan petah meneka setiap gaya yang diberikan Qalisha.
Hatinya terjentik rasa bahagia. Ditambah pula dengan sikap si suami yang terlalu suka melayan keletah anak-anak kecil yang sedang membesar itu. Hatinya damai melihat suasana didalam rumah mereka
Seketika dia berdoa didalam hati. Mengucap syukur yang tidak henti dikurnia keluarga yang bahagia seperti ini. Dalam diam dia juga memohon agar kebahagiaan yang dikecapi berkekalan. Aminn.
"Umi! Sinilah!"jerit Qalisha sambil melambai-lambaikan tangannya kearah Suffiya. Perlahan-lahan langkah diatur ke ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan, duduk disebelah Qalisha dan Rayyan yang asyik bermain
"Tak habis-habis lagi main, Isha? Rayyan? Nak tidur pukul berapa ni?"soal Suffiya manja terhadap anak-anak
"Rayyan belum puas main lagilah umi, rumah atuk tak de mainan."balas Rayyan petah. Fareez sudah ketawa kecil mendengar anak kedua mereka mengadu
"Amboi, siapa suruh tak bawak buku? Haa bosanlah kat kampung tu!"bidas Suffiya pula. Dia melihat sisuami yang asyik bermain rambutnya yang sudah ditocang. Memang tak ada kerja betul!
"Rayyan tak nak pergi sekolah lagi Umi, Abi. Kakak cakap sekolah banyak orang jahat!"tak berhenti mulut si kenit itu bercakap. Naik terkejut mendengar penyataan Rayyan kali ini
"Apa kakak merepek dekat adik ni, sayang?"Suffiya mula serius dalam nadanya. Pertanyaan diaju pada Qalisha. Dia memandang Fareez dengan pandangan gusar
"Tak ada apalah sayang.. Biasalah budak-budak."Fareez menenangkan si isteri
"Kakak kena buli ya disekolah?"soal Suffiya lagi mahu mendapatkan kepastian. Sungguh gejala itu cuba dia elakkan supaya tidak berlaku pada anaknya
Qalisha menggeleng-geleng kepalanya.
"Lepastu?"soal Suffiya, tak berpuas hati dengan jawapan si anak
"Kakak yang pukul diorang, sebab usik kakak"serentak dengan itu ketawa Fareez meletus
HAHAHAHAHAHA!
Patutlah pun! Suffiya turut menahan tawanya daripada meletus. Geli hati dia mendengar pengakuan anaknya yang cilik itu. Eh, budak ni. Kecik-kecik dah pandai buli orang
"Tak baik lah pukul anak orang. Umi taknak kakak buat macam tu. Faham?"Suffiya tegas memberi arahan
Qalisha terangguk2 seperti burung belatuk.
"Betul tu apa Umi cakap. Kalau kakak nak pukul-pukul, nanti Abi hantar kakak kelas tumbuk-tumbuk. Okey?"Fareez mengangkat kening memandang Suffiya bersilih ganti dengan anak mereka, Qalisha. Qalisha sememangnya agak lasak jika dibandingkan dengan Rayyan, adiknya
Dahi Suffiya berkerut. Apa maksud dia? Hisy, ada2 ajelah Abi dia pun.
"Abang jangan merepek okey, abang nak hantar ke kelas mana?"soal Suffiya sudah tak betah berdiam. Suaminya ini bukannya boleh sangat. Suka sangat buat benda diluar kotak fikiran. Mahu tidaknya, semasa Qalisha berumur 4 tahun dulu, dia sudah mendaftarkan anaknya itu ke kelas Piano tanpa berbincang terlebih dahulu dengannya. Mahu berang juga Suffiya selepas tahu hal ini. Mahu atau tidak terpaksalah anak itu ke kelas setiap hari sabtu dan ahad. Tetapi baru-baru ini, guru piano mereka telah dikejarkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi yang melampau. Hush, nampak sangat stress mengajar budak2! Jadi, terpaksalah Qalisha dihantar ke rumah Noni, manakala Rayyan pula sibuk mahu tinggal dengan atuknya di kampung.
"Apa salahnya. Boleh jugak anak kita ni pertahankan diri esok-esok nanti. Anak kita ni kan perempuan,"ujar Fareez memberi maksud tersembunyi.
"Maksud abang?"soal Suffiya. Fareez sekadar tersenyum nakal. Suffiya tahu, ada sesuatu yang sedang direncanakan oleh suaminya dalam diam
**
Usai mendaftarkan diri, Fareez dan Suffiya duduk dibangku batu yang terletak di belakang gelanggang.
"Abang yakin ke Qalisha boleh bertahan dengan kelas ni?"soal Suffiya sambil matanya tidak lepas memandang Qalisha yang sudah jauh kehadapan. Melihat ada seorang jurulatih bertali pinggang hitam sedang membantu anak kecil itu mengikat tali pinggang bewarna putih pada anak mereka
"Of course I am.. Qalisha kan anak yang pintar.. Dan jugak.., kuat,"balas Fareez dengan yakin.
Apa-apa sajalah! Suffiya tahu dia akan kalah jika mahu berdebat dengan suaminya yang seorang itu. Tidak lama selepas itu pandangan mereka tertumpu pula melihat barisan para pelajar digelanggang itu membuat bulatan. Kemudian mereka ramai-ramai duduk. Mungkin ada sesi taklimat.
Lebih kurang lima belas minit, sekumpulan bulatan itu kembali membentuk menjadi barisan yang lurus.
Bunyi suara gertakan seakan mahu berperang cukup membuat sesiapa sahaja yang menonton amsi itu menjadi lebih bersemangat dan teruja.
"Wahhh! Hebatlah!"Suffiya bersuara kagum. Tanpa sedar, ada jari melingkar dipinggangnya. Dia tahu, Fareez sedang memeluknya
"Abang ni, dekat sini pun nak gatal!"bidas Suffiya, geram
"Suka hati sayalah. Awak kan isteri saya,"balas Fareez bersahaja.Tetap sama sikapnya seperti 5 tahun dahulu. Sikap romantis dan suka mengusik Suffiya tidak pernah hilang. Malah makin menjadi-jadi. Dia berasa senang disamping isterinya.
Untuk hari pertama, Suffiya dan Fareez menunggu sehingga latihan kelas Taekwondo Qalisha tamat.
"Macam mana dengan latihan hari pertama, okey?"soal Fareez sebaik anak mereka berlari-lari anak meluru kearah mereka dibelakang. Suffiya menggeleng-geleng kecil. Tak menyabar betul. Sama perangai macam Abi dia
"Okey! Isha suka sangat-sangat sangat! Boleh tumbuk dengan pukul-pukul!"balas Qalisha cepat. Anak itu kemudiannya naik duduk diatas kerusi yang tersedia
"Thank You so much, Sir. Sorry kalau anak I ni nakal,"Fareez mengucapkan terima kasih sebaik jurulatih mereka menghampiri mereka bertiga
"Welcome Encik Fareez. It's okay, Qalisha ni lasak orangnya. Tak susah untuk I ajar step by step,"puji Sir Sabib yang berketurunan India Muslim itu. Tangan kanannya mengusap-usap kepala Qalisha lembut
Fareez tersenyum mendengar kata-kata Sir Sabib.
"Kalau tak ada apa-apa I balik dulu. Jumpa next week,"Fareez meminta diri begitu juga Suffiya. Mereka sempat menyinggah ke salah sebuah kedai makan sebelum pulang kerumah. Qalisha makan bersungguh sekali. Lapar barangkali, terlalu banyak tenaga yang diguna pakai untuk hari ini. Dalam diam, Suffiya turut berbangga dengan anak sulung merekaTak sangka, Qalisha selincah dan secilik ini. Dia tersenyum bahagia. Mereka makan dengan penuh berselera.
Hai! Tq kerana masih setia membaca. Siapa ahli taekwondo jugak kat sini? Yay kita gang! Korang tali pinggang apa? Hehe, acer komen sikit pendapat korang pasal chapter ni. Kalau bosan sorry lah ya~ love,
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...