"Jumpa jugak akhirnya kita..,"ujar Amir sambil tersenyum. Tidak lama, dia cepat-cepat melarikan pandangan kearah lain. Suffiya tertunduk malu. "Sufy, kau nak makan apa?"soal Areef, sepupunya.
"Aku tak kisahlah... Liya? Nak makan apa?"diajukan pertanyaan yang sama kearah Liya pula. Adik sepupunya merangkap adik kepada Areef. "Hurm..I'm craving for nasi ayam lah kak Sufy..,"balas Liya manja.
Muncung sahaja mulutnya.
Alalaa, dah craving makan aje lah. Ada-ada aje dia ni.
"Okey, kita makan nasi ayam aje lah? Awak okey ke kita singgah makan dulu?"soal Suffiya kearah Amir.
"Sure.. Saya pun lapar ni,"katanya pantas. Kemudian mereka berempat menuju ke restoran Chicken Rice Shop yang terletak hampir dengan kedai aksesori talifon.
Selesai memesan makanan, mereka berborak kosong.
"Sufy..,"panggil Amir. Lembut suaranya. Dia pasti orang seperti Amir pasti punya banyak teman wanita. Dengar suara pun dia sudah naik cair. Dia mengangkat muka.
"Ya?"
"Minggu depan kalau awak tak busy in sha allah saya akan pergi hantar rombongan meminang di rumah awak.,"terus terang Amir. Suffiya terlopong. Apa? Meminang? Aku tak salah dengar ke ni? Tak kan dia serius kot? Matanya memandang Areef, abang sepupunya yang masih dalam lingkungan dua puluhan.
Mereka dua beradik sudah tersengih-sengih galak.
"Tapi..,"
"Saya faham pasal niat awak nak sambung belajar tu, saya tak kan halang. Awak belajarlah tinggi mana awak nak belajar, yang penting biarlah saya ikat awak dulu,"jelas Amir panjang lebar.
"Kau dengar tak, Sufy? Amir ni ikhlas nak jadikan kau isteri dia..,"celah Areef tiba-tiba. Jelas sekali Suffiya sedang menahan malu. Memang benar semua rahsia tentang dirinya diketahui Areef. Termasuklah pengakuannya yang satu itu. Dia mahu mana-mana lelaki yang ingin dekat dengannya terus berjumpa ibu dan ayah. Jika ada rezeki biarlah dia bertunang terus. Itu pun kalau si lelaki betul-betul ikhlas mahu menjalin hubungan rapat dengannya.
Sah!
Sah si Areef ni dah bocorkan apa yang aku pernah cakap kat dia! Adui, malunya aku mana nak letak muka oi..
Terkebil-kebil matanya memandang Areef berselang ganti dengan Amir.
"Sufy... Amir ni kawan aku, and aku tahu dia ikhlas..,"tambah Areef memberi penjelasan. Suffiya tahu niat sepupunya baik. Dia cuma tidak sangka lelaki bernama Amir ini secepat itu mahu menghantar rombongan meminang. Padahal perkenalan mereka baru sahaja masuk dua bulan. Hari ini hari pertama mereka bersua muka. Tup-tup dah nak kena bertunang. Fikirannya giat berputar memikirkan entah apa benda. Sampaikan Amir memanggilnya pun dia tidak dengar.
"Sufy? Awak dengar tak?"sekali lagi Amir menyoal.
Erk.
"Ya..ya..., dengar,"Suffiya tersentak. Ia kan ajelah.. Apa yang dia tanya pun aku tak tahu. Aduh..
"Awak setuju?"soal Amir lagi. Perlahan-lahan bola matanya memandang Areef dan Liya yang sudah tersengih seperti kerang busuk. Nasi dipinggan dikuis-kuis perlahan. Lama lepas tu, dia mengangguk tanda setuju.
Sama-sama tersenyum.
Indahnya! Aku harap kau dapat jadi suami yang baik suatu hari nanti...Harapnya..
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomantikUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...