PAAP!
Suffiya tersentak.
Matanya liar memandang sekeliling. Lama kemudian dia menoleh kebelakang. Makin terkejut melihat Fareez sedang tercegat dalam keadaan tidak berbaju sambil memandangnya dengan jelingan tajam. Dia terkaku sebentar.
Sejak bila dia balik ni?
"Dah puas berangan?"soalnya. Terkebil-kebil mata Suffiya. Dapat dirasakan pipinya yang mudah makan panas itu seakan sedang merah. Bukan merah sebab dek matahari terpacak, tetapi oleh tingkah lakunya yang tidak henti mengelamun. Tambah pulak si suami yang mula perasan. Ya Allah! Malunya, macam mana aku boleh teringat benda yang lepas pulak ni?
"Ma..mm mmaaf. Awak nak apa-apa ke?"tanyanya gagap. Dia cuba berlagak tenang. Kepala ditundukkan. Dengan tiba-tiba dia merasakan seperti kepalanya dilibas dengan sesuatu.
Adui!
"Iron baju ni!"lempar Fareez mengenai kepala isterinya.
Tak guna!
Bagi elok-elok tak boleh ke? Suffiya mula menyumpah didalam hati. Dengan perlahan dia sekadar menurut. Mahu tidak mahu Fareez adalah suaminya. Syurga sekarang dah ada bawah tapak kaki si dia.. Dia sudah biasa hidup begini sejak lebih dua bulan bernikah dengan Fareez. Kadangkala dirasakan seperti dia hidup sendiri sahaja. Fareez adakalanya tidak pulang berhari-hari. Siapalah dia mahu ambil tahu kemana dia pergi..
Sekadar isteri di dalam sijil nikah.
Itulah yang dia rasakan. Niatnya untuk sambung belajar juga terbantut. Macam-macam alasan suaminya beri untuk pastikan Suffiya tidak meninggalkan rumah ini sepanjang dia tidak ada dirumah. Huh.. Entah lah! Katanya nanti dulu. Dia sudah naik bosan tahap gaban duduk dalam rumah ini, hari-hari masak. Kadang dia tak balik makan pun. Suffiya yakin dia keluar makan dengan awek-awek dia kat luar. Apa yang harus dia lakukan? Goda Fareez? Sampai dia sukakannya? Haha. Dah tak guna.. Dia dan Fareez akan bercerai tak lama lagi. Itu apa yang Fareez cakap. Berita ni sedikit sebanyak menyentapkan Suffiya. Tapi, sebenarnya dia sudah dapat mengagak bahawa perkhahwinan mereka tidak mungkin kekal. Mengenali dia, hidup bersama dia, Suffiya sedar ada satu perasaan yang dia sendiri tidak dapat nak sangkal. Suka? Cinta? Sayang? Entahlah.. Suffiya sekadar buat derk je dengan perasaan ni. Biarkan rasa ini berlalu pergi. Kerana dia tahu siapa dirinya.
"Tak jadi yang ni, kau iron yang ni!"pinta Fareez buat kali kedua. Kali ini dengan nada sedikit lembut. Sedikit pun Suffiya tidak terkejut jika tiba-tiba dia membuat sesi pertukaran baju dimasa gosokannya berada di tahap kemuncak. Dah nak habis pun.. Hari-hari lah dia buat macam ni. Si Suffiya ikutkan sahaja. "okey,"katanya ringkas.
Selesai menyelesaikan semua benda yang diminta Suffiya kembali dengan mengusung beg kerjanya sambil mengiringinya bersama-sama seperti biasa ke muka pintu. Fareez masih ada kerja yang masih belum diselesaikan dipejabat. Itu apa yang dikatakan semasa makan tengahhari tadi. Dia tersenyum kelat.
"Apahal kau tersenyum-senyum macam tu?"soalnya tiba-tiba. Eh? Nak senyum pun salah ke? Perlahan-lahan senyumannya hilang. Habis sahaja dia bersalaman dengan suaminya terus dia masuk ke dapur. Masak. Biarlah suaminya tidak balik sekali pun malam ini, yang penting perut dia sentiasa ada time kena makan.
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...