BAB 26

13.5K 241 4
                                    

Bunyi ketukan pintu semakin meronta-ronta dari arah luar. Suffiya bersiap ala kadar, segera dia turun ke bawah menyambut kepulangan si suami. Jarak serta ruang yang agar besar menyukarkan lagi keadaan sedia ada.

Huh. Kenapalah rumah ni besar sangat. Yang nak duduk dua orang aje.

"Kenapa lambat?"soal Fareez separuh bengang. Dia memandang susuk tubuh si isteri dari atas hingga bawah. Suffiya kecut perut. Dah kenapa pandang macam tu?  Dia sebenarnya di dalam proses mencuba semua baju2 yang baru dihadiahkan kepadanya daripada sahabat baiknya tadi petang. Beg kerja Fareez dibiarkan meleret jatuh. Namun sempat disambut Suffiya. Hisy mamat ni, nak pegang beg pun dah tak daya ke?

"Maaf awak, saya...."bicaranya terencat. Ermm. Kantoi lahh aku. Dengan lipstik merahnya, entah kenapa mungkin dia salah timing untuk memulakan itu semua. Apa boleh buat, excited punya pasal.

"awak nak pegi mana ni?"soal Fareez berubah lembut. tidak ada tanda2 Suffiya dimarahi lagi.

"er..takde sebenarnya.."sekali lagi bicaranya tersekat sekat. tidak semena2 langkah Fareez semakin dekat dengannya. Jantung Suffiya berdegup kencang bila saja wajah Fareez semakin dekat dan hanya beberapa inci sahaja boleh menyentuh wajahnya.Tangannya cepat-cepat menahan dada suaminya.

“Awak.ap..ap..apa yang awak nak ni..”bibirnya di pagut lembut oleh bibir Fareez secara tiba2. Suffiya tergamam.Terasa melayang-layang tubuhnya ketika ini seperti terbang di udara.Tangan Fareez mengusap lembut tubuh isterinya. Dalam tidak sedar Suffiya membalas semua perlakuan suaminya.Akhirnya mereka rebah di sofa ruang tamu banglow milik mereka .Malam menjadi saksi cerita mereka hari itu.

Fareez terjaga bila terdengar esakkan halus di sebelahnya.Sahlah esakan itu datangnya daripada Suffiya tatkala dia melihat ada sekujur tubuh yang sedang terhenjut2 saat dibaluti kain yang baru dia sarungkan sebentar tadi. bila melihat tubuh yang hanya di tutupi dengan blanket itu terhinjut-hinjut menahan tangis.Cepat-cepat tubuh Suffiya di raih dalam pelukkannya.Walaupun Suffiya menolaknya dia tetap merangkul kejap tubuh isterinya itu.

"Kenapa awak buat semua ni?"soal Suffiya perlahan namun amat jelas menangkap pendengaran Fareez. Dia hanya berlagak tenang. Berbaring sambil memperbetulkan kedudukan posisi seperti sediakala. Tangan dibiarkan tertindih dikedua2 belah tangan dibelakang kepala. Matanya memandang kipas yang ligat berputar..

"Awak taksuka? Atau..awak.."dia memandang wajah isterinya sayu.

"atau awak takpuas?"soalnya bersahaja. Buntang biji mata Suffiya mendengarnya. Dia kembali mengiring membelakangi suaminya. Malunya tuhan saja yang tahu. Entah kenapa sejak akhir ini antara dia dengan suami seperti ada sesuatu yang tidak terungkap. Sikap Fareez kadangkala merungsing jiwanya. Dia hanya seorang isteri yang terpaksa patuh dengan arahan suami. Salahkah dia ingin mengecap bahagia? Mengapa seprti kebahgiaan itu seperti sukar utk dia miliki?

"Takbaik membelakangi suami.."nasihat Fareez percuma. Suffiya tersentak. Pandai pulak dia bermadah bila masuk bab ini. Suffiya mengetap bibir. Dengan perlahan dia merasakan rambutnya dibelai lembut dari belakang. Terasa tubuhnya juga semakin dekat dengan Fareez. Terasa hangat seketika. Suffiya membiarkan saat itu berlalu pergi, sempat dia mengalih memandang jam di sebelah. tiba masanya untuk mereka melelapkan diri setelah sama2 hanyut dengan asmara gelora yang kian hangat bertakhta dalam diri pasangan ini.

--
Okay. Pendek chapter ni. Last minit prepare. Maaf final semakin dekat n ya banyak sgt kerja. Maaf kalau tak best. Apa pun keep on voting n comment. Tq ;)

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now