KEBAIKAN DAN KEBURUKAN 'FAST FASHION'.
Bukan tidak pernah kita lihat paparan pelayar medsos penuh bangga memuatnaik gambar dan video sambil memberikan iklan percuma untuk kedai kedai fesyen lewat sesawang internet. Selalunya dengan kapsyen: "Tangkapan hari ini... ini jer yang mampu..."
Tidaklah kita mengkritik keghairahan mereka sebagai penguna, mungkin ada keraian tertentu yang mahu dikongsikan. Itu persoalan lain, sifat manusiawi yang tidak ada kena mengena dengan rungutan fast fashion.
Bukankah berfesyen bila mampu sesuatu yang menyeronokkan? Apatah lagi di kalangan muda mudi yang bergaya. Sayangnya ada hal yang perlu dilatih fikir tentang hal hal penting seperti CPW, Pencemaran Alam, Upah Buruh Setimpal, Eksploitasi terselindung dan timbunan helaian trend ditelan waktu di tempat pembuangan sampah.
Apa itu Fast Fashion @ Fesyen Pantas.
Secara global kita gelar Fesyen Pantas sebagai Fast Fashion dalam penerangan ini.
Fast fashion merupakan terma yang digunakan untuk pernyataan barisan busana rekaan yang hadir ke kedai kedai jualan secara cepat dari pentas peragaan agar pelanggan gembira menikmati trend semasa. Koleksi yang merujuk pada rekaan dari minggu-minggu fesyen atau busana yang disarungkan oleh para selebriti. Penguna dijanjikan bahawa mereka juga mampu merasakan nikmat dari koleksi tersebut dengan harga berpatutan.
Fast fashion menjadi santapan ramai kerana ia lebih murah, cepat dihasilkan dan penghantaran pantas. Penguna remaja menjadi kemaruk mahu menikmati potongan terbaharu dan dikatakan membawa cabaran pada rumah rumah mode yang sering mempersembahkan potongan terbaharu mengikut musim musim tertentu. Pihak Fast Fashion pula bergerak pantas dengan potongan dan trend baharu pada setiap minggu.
Secara mudah kita ingin melihat apa agaknya KEBAIKAN dan KEBURUKAN Fesyen Pantas.
KEBAIKAN FAST FASHION:
Keuntungan pada Pengilang dan Peruncit: Kekerapan membawa barangan baharu menggalakkan pelanggan tidak putus, maknanya untung lebih. Pembelian jadi lebih rancak.
Peruncit tidak perlu simpan stok barangan sebaliknya barangan yang habis digantikan dengan produk baharu. Pelanggan tahu untuk membeli barangan yang mereka suka, disambar pantas kerana tahu ia tidak akan lama berada di rak jualan. Kerana ia murah ( harga dan kos pembuatan) pelanggan akan kembali atau membuat pesanan baharu secara talian.
Cepat untuk Penguna: Fast Fashion membolehkan pelanggan mendapatkan mendapatkan busana yang mereka mahukan. Harganya berpatutuan. Bukan hanya itu, ia tampil berinovasi dan bergaya.
Harga Pakaian Mampu Milik: Menjadikan penguna menikmati gonta-ganti pakaian berpotongan baharu meskipun dilihat sebagai tidak praktikal. Hari hari tukar baju!
Fesyen menjadi lebih demokratik: Berpakaian cantik dan ranggi bukan lagi jadi milik sang kaya dan ternama. Semua mampu mempunyai pilihan dan koleksi yang banyak.
KEBURUKAN FAST FASHION
Bahan Murah dan Hasil Kerja Tanpa Kualiti: Industri pakaian tempatan menjadi tidak aktif lagi kerana produk dihasilkan di negara negara luar dengan amalan undang undang buruh dan keselamatan tempat kerja agak longgar berbanding undang undang tempatan yang lebih tegas dan bertanggungjawab. Alah membeli menang memakai tidak lagi relavan sebagai falsafah ketika membeli pakaian.
Galakan terhadap mentaliti 'BUANG SAJA!'. Masuk pula terma 'disposable fashion' Setelah godaan, ramai para fesyenista seawal usia remaja 20an semakin terlatih, merekalah matlamat sasaran pengeluar. Kerap memberi pengakuan bahawa pakaian yang dibeli dipakai sekali dua sahaja.
Impak Buruk Terhadap lingkungan: Diakui oleh semua para enviromentalis/Pendukung Alam Sekitar bahawa fast fashion adalah penyumbang besar terhadap pencemaran, buangan dan rencana pelupusan, kerana produk diperbuat untuk tidak tahan lama, sukar untuk dikitar semula kerana lebih dari 60%menggunakan bahan sintetik, lambat lupus secara organik bertahun tahun.
Keterlibatan pada sikap Eksploitasi dan salah tingkah terhadap hak buruh: Pengilang selalunya berada di negara negara bawah aras membangun. Pemilik jenama fast fashion tidak peduli pada pengilang yang dikontrakkan dan tidak telus tentang rantaian pembekal. Kerap disiasat dan dikritik sebagai pelaku terhadap kondisi buruk tempat kerja, pembayaran murah dan pelbagai salahguna dan amalan berbentuk eksploitasi.
Mencuri Harta Intelek: Ramai pereka menuduh bahawa rekaan mereka ditiru bulat bulat secara haram dan dikeluarkan secara massal oleh syarikat syarikat fash fashion.
Cuplikan/Terjemahan dari rencana terbitan INVESTOPEDIA tanpa memberikan sebarang jenama (iklan percuma rumah rumah fast fashion).
Regina Ibrahim
010323
NOTA: Ini merupakan persoalan sejak 2 dekad lalu. Apabila ada persaingan perniagaan secara global dan tempatan. Atas dasar itu dari waktu ke waktu anak anak dilatih tentang Kitar Semula dan Clothes Swapping (diderma, dibega semula, ditukar fungsi) sehingga ia layak dibuang. BUKAN kerana MISKIN, tetapi membawa bersama tanggungjawab terhadap lingkungan hidup dan ekonomi. Harus ingat pemilik nama besar niaga bijak memikat. Dicuit melalui iklan hebat dan tingkatan taraf hidup selalunya.
Potongan potongan asas yang berkualiti dari Fast Fashion masih ada, itu tidak dinafikan. Tahap kebosanan kamu sudah ditanya belum?
Kata mereka fesyen dan jenama direka untuk mereka yang sebenarnya tidak mampu. Mungkin untuk para Poser? Pravenus? Hmmm.. itu perbincangan yang lain pula ya...
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...