TOMBONG KELAPA
Ketukan rakus membelah
tempurung pecah dua
air nan merembes percik
tidak dinafsui tidak didambaAh! Kegembiraan masa kecil
menemukan buah bonus
kejutan buah dalam buah
melekap di separuh kelapa terbelahTombong kelapa suci --
duduknya bak epal kelapa
bersemadi tenang antara kopraRekahan lembut
meranapkan isi nan berair
hanya dengan sekali gigitan
meledaklah kenikmatan di lidahkuDi sela tugasan Amma menyediakan manisan kelapa,
bertukar jadi ganjaran tak terduga,
alangkah bahagia zaman kanak kanak.Malachi Edwin Vethamani
-------------------
Cuplikan kumjak Rambutan Kisses terbitan 2022LELAKI PELBAGAI WAJAH
Topeng topeng yang dilempar padanya
membuah variasi hidup tak terungkap
Ayah pada teman lelaki Inggerisnya
fikir dia pemandu teksi Pakistan
Ibu pada teman lelaki Cinanya
memilih berfikir bahawa dia tuan tanah
Abang pada teman lelaki Melayunya
menghebahkan bahawa dia adalah penaja
Pakcik pada teman lelaki Indianya
berhasrat menidurinya
Mereka melihatnya seenak rasa
Diam para pasangan
hakikatnya jauh lebih melukakan
Topeng topeng terus bertapuk di wajahnya
tak seorangpun nampak nilai pengasih dalam dirinya.
------------------------------
Cuplikan sajak dari buku Rambutan Kisses karya Malachi Edwin – membawa pelbagai tema manusiawi. Sajak di bawah berkisah tentang pemuda (manusia) yang diinterpretasi secara pelbagai dari manusia yang ditemui. Subjek menjadi terbiasa namun menyimpan rasa kecewa kerana tidak dipertahankan oleh manusia terdekat seolah olah buta atau gagal memahami segala tentang diri dan identitiDI SUATU PAGI NATAL
Bau tumisan kari
dan denting irama terbiasa dari dapur
akibat Amma, Pati dan adik perempuanku
membangunkan aku dari tidur
Adik lelakiku nampaknya leka
dengan hadiah natal
rakus telah dibuka malam tadi di bawah pohon natal
dia tiada waktu untuk aku
Annan memutarkan piring hitam
dan Pat Boone bedendang lagu Krismas
bait bait bahawa dia akan pulang
tetapi tidak kakakku yang jauh diperantauan
Bau kari dan nasi minyak sapi
semerbak ke seluruh rumah
tetamu bakal tiba,
tapi belum lagi....
Appa kembali
atas basikalnya bertimbun suratkhabar hari ini
pejabat pejabat tutup bercuti
penghantaran boleh saja ditangguh
Abangku di kamar mandi
seorang lagi menunggu giliran
tak lama lagi kami semua akan segar
dan berbusana natalan terbaik
Bersedia untuk ke gereja,
jaraknya taklah sejauh mana...
-----------------------------------
Sajak ringkas tentang keluarga di Asia Tenggara yang meraikan hari Natal. Meskipun jalinan ringkas, ia memperlihatkan pengamatan nurani dari kacamata si muda yang akan membawa kenangan manis tentang harmonis kehidupan dalam lingkungan keluarga di setiap pagi Natal.
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...