TAMPIL MENAWAN, BIJAK, EKONOMIS, BERTANGGUNGJAWAB DAN SELESA BERGAYA

7 0 0
                                    

TAMPIL MENAWAN, BIJAK, EKONOMIS, BERTANGGUNGJAWAB DAN SELESA BERGAYA

Bergaya tetap bergaya meskipun suasana ekonomi merudum, berpoket sesak. Itu barulah fesyenista sebenar. NAMUN, segala perancangan perlulah hadir dengan mental fesyen yang waras siuman.

Meskipun kita gemar dan terpana pada majlis majlis anugerah dan pertunjukan fesyen, peha harus dicubit bahawa kita bukan artis pop atau bintang realiti yang sentiasa menjadi tumpuan lensa. Suka melihat dan ingin memiliki adalah 2 hal berbeza.

Kita orang biasa yang mahu tampil menarik, kemas dan bergaya sesuai suasana. Itu sahaja, TITIK!

1. JANGAN BELI HANYA UNTUK SATU MAJLIS 

Kamu dijemput ke pesta atau majlis yang penuh antisipasi. Kamu yang entusias mula gementar merencana busana H to T. Bertenang, tidak usah malu untuk mengulang busana tercantik sedia ada di gerobok kamu untuk majlis tersebut (tidak akan ada orang yang ingat sebenarnya, kalau ingatpun apa salahnya?). Jika perlu dibeli juga, fikirkan bahawa paling tidak ada majlis majlis lain yang mahu dihadiri dan helaian boleh disuai padan 'mixed and matched'.

2. JANGAN BELI JIKA IA TIDAK SEPADAN.

Keluar berbelanja bersama teman teman. Rasa malu alah jika tidak membeli sehelai dua, kerana menjaga maruah adalah hal yang bodoh. Ingat, kamu punya citarasa peribadi dan pegang prinsip hemat berbelanja. Hanya kerana disaran oleh teman kamupun capai dan melarik kad kredit. Jika suami sang jutawan, itu lain cerita. Sah sah kamu tidak berminat dan tidak akan punya hubungan panjang dengan busana yang dipilih.

3. JANGAN BELI ATAU SIMPAN APA YANG SUDAH TIDAK SESUAI

Pertumbuhan badan dan perubahan saiz adalah hal biasa. Puber, Melahirkan, Pesta Makanan, aduhai... dan kamu diam diam tidak menerima hakikat. Dari XS menuju M dengan alasan kamu akan berdiet atau bahan diperbuat dari kain boleh regang (stretchable). Renung kembali dan bersifat jujur pada diri. Masukkan ke dalam tong derma. Berhenti membeli saiz lalu hanya kerana kamu mula menghadiri kelas senaman. Simpan punya simpan fesyen tertinggal zaman. (e.g: cerita peribadi saya, sayang mahu membuang skirt jeans mini berjenama sedangkan usia sudah lanjut)

4. JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAWARAN HARGA MURAH MELULU

Ada sebab diskaun dihulurkan. Ada semacam lonjak adrenalin bagi sesetengah orang bila memasuki ruang tawaran murah. Kita capai capai dan capai, pulang mendapati objek yang dibeli membawa bersama sebab sebab kenapa ia didiskaunkan. Siapa yang tidak suka akan diskaun? Boleh kenapa tidak boleh, pastikan dibeli dengan membawa bersama pemikiran bijaksana.

5. SATU MASUK SATU KELUAR. BELI SATU, BUANG SATU.

Antara teknik lama demi ketenangan hidup. Buang di sini maksudnya didermakan, diberikan atau semangnya tidak boleh digunakan lagi. Merujuk juga pada ruang penyimpanan agar kamu tidak tumbuh mejadi penimbun 'hoarders'. 4 blouse yang sama potongan, 10 helai seluar jeans, 30 jenis tas tangan -à apa cerita?

6. GANTI TUKAR DENGAN TEMANMU YANG BERGAYA?

Kamu dan teman temanmu boleh saja melakukan majlis 'clothes swapping'. Bawalah apa sahaja duduk bersantai sosial dengan hati yang terbuka. Pilih ambil jika berkenan, tidak ada soal maruah di sini. Ini bukan pertandingan ratu cantik atau kedudukan sosial. Host majlis boleh sahaja menjadikan ia situasi yang seronok, berpesan agar tiada yang tamak, membawa hanya busana busana yang masih elok, tidak ada mulut mulut sundel dan menetapkan bahawa jika ada saki baki ia akan didermakan ke pusat pusat tertentu. 6 -7 orang sudah cukup untuk menjadikan majlis meriah.

7. JANGAN MELAKUKAN SESI MEMBELI BELAH GILA BABI

Mendapat durian runtuh? Atau tiba tiba jatuh meluat pada barisan busana yang tergantung di almari? Sabar dulu, gunakan akal fikiran. Ini bukan filem filem Hollywood tentang berbelanja. Biarlah pembelian terjadi secara organik agar kamu tidak terburu buru sewaktu membeli belah. Pilih satu atau dua dalam satu sesi membeli belah. Rancang kembali apa yang perlu dilakukan. Semak semula almari ketepikan mana yang dibenci atau ketat dan mulakanlah langkahmu sebagai fesyenista yang bijaksana secara holistik.

NONENWhere stories live. Discover now