OLD MONEY AESTHETIC
Rata rata di pertengahan 2022 kita mendengar terma gaya OKL – Orang Kaya Lama.
Kita sudah mengenali siapakah Patrician, Pravenus, Poser dan Ploretariat dalam dunia fesyen.
Muthakir ini bukan main lagi para pempengaruh fesyen berbicara tentang estetika OKL dan pemilihan barangan untuk capaian estetika OKL ketika bergaya.
Stail OKL bersilang ganti dengan kata 'Kemewahan Diam @ Silent Luxury' bila dibicarakan oleh generasi Y2K yang merujuk pada Generasi Z, estetika yang kononnya membawa pada masa depan lebih cerah kerana dibantu oleh kemudahan teknologi dan kesamarataan gender. Generasi Y2K adalah penyerap pada estetika yang mahu dibincangkan ini (mereka yang lahir sekitaran 1995 dan 2012 dikatakan menyerap segala tentang inspirasi fesyen Y2K)
Ini merupakan sesuatu yang istimewa dalam kesedaran budaya. OKL tidaklah hanya merujuk pada nilai harta benda yang ditinggalkan oleh nenek moyang dengan nilaian banyak, makan tidak habis 7 generasi. Estetika OKL hanyalah merujuk pada padanan busana yang difikirkan secara teliti berbanding dengan gaya gaya lain sebelum ini. Ada hal dipantau termasuklah cerita etika 'sustainablity & quality' produk yang ingin dimiliki.
Rujukan gaya OKL dari eropah dan barat pastilah tidak mampu diselaraskan dengan suasana tropika di belahan Asia Tenggara. Begitu juga pemain pemain industri (Pengimpot, Editor fesyen, Pengeluar Barangan) dan rumah rumah fesyen yang begitu rancak mahu ikut serta memberikan sumbangan terhadap istilah estetika OKL atau Kemewahan Senyap. Terkini, sudah disaksikan bagaimana rekaan dari rumah rumah fesyen mula menyuntik elemen elemen Kemewahan Senyap (logo diperkecilkan atau disorok, potongan klasik, pilihan fabrik dan kerja kerja penamat yang diperkemaskan). Maklumlah sebelum ini mereka banyak bertumpu pada para Pravenus – OKB.
Membicarakan kisah 'rupa gaya OKL' masuklah cerita fabrik pilihan seperti Linen, Cotton, Sutera, Jersey berkualiti gaya holistik sukan Polo (busana, pelana kuda, tas, kasut dan sekitar sosial mereka), kerja kemas teliti perajin sehingga persepektif mereka yang hadir menyaksikan suka tersebut. Polo semestinya permainan pilihan para aristrokrat yang kerap memilih sneakers putih, jaket, vest, seluar capri, jaket kait dan sebarang persalinan yang ditempah khusus.
Apakah warna warna pilihan para OKL? Selalunya warna warna ringan dan nuansa monokrom. Putih, Kerim, Beige meskipun warna warna biru tua dan hitam sering diguna pakai oleh mereka. Tidak semestinya dipinggirkan warna warna terang yang lain (merah, hijau, kuning kenari).
Gaya OKL seringnya merujuk pada potongan klasik dan padanan segak – bercanggah sama sekali dengan pilihan para OKB (orang kaya baru) yang bangga mempamirkan jenama, logo dan perhiasan perhiasan yang menjerit. Setiap negara mempunyai barisan OKB tersendiri dan gaya mereka kebanyakannya menjurus pada prinsip fesyen yang sama: "Look at me I have $$$$"
Gaya sahaja tidak cukup dalam bicara tentang stail OKL, badan perlu berbau segar wangi. Terdapat 23 nota pewangi sebenarnya menjadi pilihan mereka, termasuklah bau oak, amber dan ylang ylang – (sering dianggap bau orang putih tua oleh para OKB) bau bauan ini berbau kompleks dan berevolusi setelah semprotan, kekal sepanjang hari. Sama seperti pewangi, tempat tinggal para OKL diserikan oleh kemewahan kayu kayan, kerusi dan sofa kulit dan sudah tentu mempunyai salon untuk minum minum dan merokok serta bercurut.
Gaya OKL sebenarnya begitu minimal tetapi punya kualiti. Mereka memiliki koleksi kapsul barangan berkualiti berdasarkan sifat yang peka pada kualiti pembuatan serta kesudian untuk melabur dan tidak berbelanja sewenang wenangnya akibat serakah terhadap barangan. Tidak mudah bagi para OKL untuk mencapai sahaja barangan saat berbelanja, mereka tidak ralat untuk mengulang pakai busana dan padanan yang sama dalam sebarang majlis berbeza. Jika menarik sekalipun barangan tersebut banyak persoalan akan diambil kira – nah ada sifat Proletariat di sini (pakai barang sampai rosak dan kiraan CPW).
YOU ARE READING
NONEN
No FicciónChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...