SWATERBIT BIOGRAFI

9 0 0
                                    


SWATERBIT BIOGRAFI

Ketawa berderai jadinya bila berbicara tentang hal yang satu ini.

Setelah memasuki gerbang emas barulah difahami bahawa ia melibatkan soal soal 'grandiose' yang terpalit pada manusia NPD atau paling tidak berbau Narsis.

Tidak salah, tidak berdosa – lagipun dicetak pakai dana peribadi.

Autobiorgrafi adalah naskah tentang hidup seseorang, ditulis seseorang tersebut – rentetan memoir laluan peribadi beliau sehingga satu jangka masa tertentu. Tidak kisahlah beliau popular, sensasi atau tidak.

"I cannot sell, not a single one, how to push the book?" Rungut jurujual buku yang berpengalaman. Lantas disebutlah satu persatu sepanjang beliau menguruskan transaksi buku buku fiksi, akademik, separa akademi dan sudah tentu biografi.

"No doubt you are a pilot or someonelah..., people still don't want to buy, what for? I oso segan mau kasi tau sama dia...,"

Lantas kami berbicara tentang buku buku biografi dan alumni yang ditemui di kedai buku terpakai dan almari derma buku yang ada di beberapa lokasi di kota Georgetown.

Secara peribadi saya fikir ia mungkin ditulis secara suka suka, melampirkan segala laluan si polan dan kata kata salin lekat yang entah dicuplik dari sumber mana. Tidak salah jika buku tersebut dicetak untuk diedar sewaktu sambutan harijadi yang ke 50 meraikan jubli emas kehidupan (anak cucu mungkin akan merasa besar hati). Untuk masuk pasaran jualan di kedai buku, perlulah difikirkan dua tiga kali lagi – lain cerita jika kamu jutawan kaya melena.

Teman jurujual terus bercerita tentang beberapa individu yang pernah meletakkan buku di lokasi beliau – sekali lagi ketawa berderai – "I oso feel shy you know... not even one was sold"

Hal yang sama pernah disuarakan oleh kenalan Penulis Hantu profesional yang merangka isi isi buku dari para pengasas dan personaliti tertentu. "Saya buat saja, dapat bayaran kerja saya tamat" – Para pengasas memerlukan buku dan sudah tentu ia terjual sewaktu berhimpun dalam persidangan yang dianjurkan – pengikut beliau yang beribu ribu pasti malu alah jika tidak dibeli, atau dimasukkan sekali dalam pakej pakej tertentu (selalunya pakar motivasi dan pengasas produk).

"Orang kita kepochi, mereka suka cerita rag to riches...," tambah beliau.

Ini suatu fenomena yang aneh bukan? Aneh bagaimana? Secara peribadi saya fikir ia adalah NAFSU untuk dikenali, pamiran keresahan, menanti tuai pujian dan macam macam bentuk kemahuan manusiawi yang ikut serta. Sepanjang hidup pernah ditemui dua tiga teman yang mahu membukukan kisah mereka setelah mereka tahu saya menulis (Sudah tentu saya tekedu seketika – hang sapa? Awat hang fikir begitu? Tetapi saya diam kerana tidak mahu menjadi penyanggah semangat)

Fenomena in tidak aneh!!! Manusia menulis biografi masing masing untuk berkongsi cerita dengan pembaca atau mungkin hanya berkeinginan melihat ia tercetak dalam bentuk buku atau antologi. Genre ini ada peminat tersendiri, tambah menarik jika jejak individu tersebut meninggalkan kesan dalam rentetan sejarah. Hanya saya dengan perasaan rendah diri, merasa diri tidak penting atau tidak memiliki jalan hidup menarik merasakan bahawa ia giat narsis.

Terdapat 2 jenis penulisan biografi:

1. Authorized – mendapat keizinan dan persetujuan individu, termasuk yang ditulis sendiri.

2. Unauthorized – ditulis oleh individu yang melakukan penyelidikan terhadap insan sensasi

Kerja kerja non-fiksi boleh meliputi gaya autobiografi tradisional, Memoirs atau boleh jadi autibiografi fiksional. Mampu juga ditulis sewaktu hidup atau dicetak setelah kematian individu tersebut (ditulis oleh penulis hantu, penulis profesional atau orang terdekat) Dicetak atas keyakinan rumah penerbitan atau dana peribadi.

Biografi mengizinkan telusuran kehidupan dan perasaan terhadap kejadian di sekeliling mereka (tidak semestinya tentang bencana sahaja), malah lebih dari itu ia mengizinkan pemahaman akan hidup individu berurusan dengan zaman/waktu serta pengalaman yang membentuk beliau sebagai manusia. Boleh juga jadi alat pancingan terhadap empati atau simpati. Dorongan untuk memperkukuhkan tindak tanduk selama ini yang difikirkan mampu merubah gerak dunia, jika ditulis dengan baik dan menarik pasti akan laku.

NOTA:

Saya mungkin berhati kering dan mudah tergelak bila mendengar ada orang mahu menulis biografi. Saya khilaf, bahawa setelah menulis begitu banyak fiksi, cerita cerita peribadi sudah dibawa masuk sebagai perwakilan watak samada baik, buruk, lokasi dan perasaan dalam dialog dialog terpilih.

Jadi tidaklah adil untuk diketawakan.

Namun melalui mukabuku bukankah jejak jejak biografi boleh dilakukan secara efektif?

Buku buku biografi yang telah dibaca: Tula I am Woman, Janet Jackson An Unauthorized biography, The Story of Jane Goodal, Mother Theresa Authorized biography dan banyak lagi termasuk buku buku penulis China – fallen leaves Adeline Yen Mah, life and death in Shanghai – Nien Cheng, termasuklah biografi biduanita negara Allahyarhamah Sharifah Aini -Breaking the silence. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now