APOMPE PENERANGAN AKADEMIK
SILA AMBIL HENTANG: Ini hanya penerangan, jangan dibabitkan soal KEPERCAYAAN & NILAI MORAL.
Apom atau Apompe merupakan bahasa gaul yang awalnya digunakan oleh pekerja seks trans untuk memberi gambaran bahawa penetrasi dilakukan oleh si pekerja seks (yang berpakaian dan berpenampilan perempuan) kepada pelanggan yang hadir dengan identiti lelaki. Sering membawa kelucuan apabila mereka berdeskripsi sesama mereka.
"Kau nampak gagahkan dia? Sayang sekali mak dah apom,""Aiyo betul ker? Penat mak play woman bila sembang dengan dia..."----------------------Trans chaser wujud. Ada yang terpikat kerana Transnita tersebut mempamirkan identiti sebagai perempuan Ultra Feminine (solek mampan, rambut ikal, putih gebu, pokoknya dandanan penuh). Ini terjadi pada lelaki hetroseksual yang melayan mereka sebagai perempuan dan juga lelaki yang membawa bersama sikap fetish tersorok (mahu dipenetrasi) oleh para trans jelita yang Pre-Opt (yang belum melakukan pembedahan jantina).
Para trans pre-opt dalam sektor kerja seks melakukannya atas dasar wang selalunya. Namun terdapat trans pre-opt yang sememangnya menghala pada kelaku seksual sedemikian.Tidak diperbualkan secara terbuka kerana ia merupakan hal yang TABU. Membawa kehairanan pada cisgender perempuan dan menjadi jenaka kaum lelaki apabila mereka mahu berjenaka menghina rakan kenalan yang diketahui dekat dengan insan transgender M to F.
Hal APOMPE juga merupkan fenomena yang selalunya aneh dan lucu pada para Trans M to F sewaktu di peringkat awal mencari jati diri mereka. Ada yang berdamai dan ada yang masih terkejut, merasa pelik tidak terbiasa akan hal tersebut. Para pekerja seks M to F tanpa pembedahan alat kelamin selalunya tidak berbicara hal ini secara terbuka, begitu juga pelanggan beridentiti lelaki sejati yang menutup rapat kecenderungan tersebut. Ia bukanlah hal mudah untuk diterangkan (kejelasan SOGIESC mempermudahkan pemahaman).
Pokoknya APOMPE masih lagi menjadi hal tabu untuk dibicarakan secara terbuka oleh pelaku.
NOTA: Ini bukan promosi, sekadar penerangan penuh untuk kejelasan, sisipan telah diterbitkan dalam buku semi-akademik Mak Nyah terbitan Terfaktab Fine Malaysia. Dibaca hanya untuk pengetahuan semata mata.
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...