59 TAHUN

5 0 0
                                    


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم - BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Mengenangkan kita semua tertakluk pada perubahan, segala laluan menuju usia 59 sangatlah dimengerti.

Kembali menilai segala semangat yang telah ditanam ketika usia 20an, kegalauan menuju jambatan 30an dan sedikit terkesima saat tiba di titik 40an. Setelah itu semuanya jadi biasa sahaja, maklumlah sudah ditemui kemahuan dan keperluan selama ini, ditonton pula segala cerita manusia yang bertindak jadi guru hebat – ada ketikanya tertawalah sendirian bila ada yang tidak masuk akal.

Harapan terhadap orang lain dipadam secara bertahap, bukan kerana kata kata nasihat dari mereka yang terdahulu yang sememangnya benar itu, ia diakibatkan laluan dan langkah langkah berani mati (kedegilan menurut mereka) yang sudah diangkut masuk ke dalam raga hidup.

Fasa fasa pembuktianpun lesap berlalu, masuklah pula tahap 'Ada pun takpa, Takda pun takpa'. Ungkapan kata yang semakin terjaga namun jauh berani: Sebarang kejadian diperembang, difikir dan disusun pula ayat ayat nan sesuai.

Namun yang pasti siratulrahmi dengan sekeliling semakin dijaga rapi. Mereka masih penting untuk proses meneruskan lingkaran hidup. Sesekali mereka membawa bersama jawapan yang tidak pernah difikirkan, pokoknya nafsu untuk menemui manusia manusia yang menginspirasi masih ada. Menjadi lebih pemurah memuji kerana faham benar bahawa kita saling perlu menyemangati. Kemaafan pada hal hal remeh dipermudahkan.

Di usia ini mata hati semakin liar menilai, paling penting pencarian ruang agar sebarang resah dapat disuarakan itu bagaimana? Pertanyaan yang disuarakan secara terbuka? Melalui penulisan? Uar uarannya bagaimana? Perhatian jadi tidak penting lagi. Nilaian tidak jatuh pada orang dan sekeliling sahaja, diri sendiri dan latar-belakang perlu diambil kira biar jadi lebih adil saksama.

Nota:
Cerita aku makan garam lebih dahulu dalam banyak suasana sudah tidak relevan lagi. Keterikatan pada konstruk sosial dan sejarah diri dikaji dakap sebaik-baiknya (agar tidak ada sesiapa yang terluka). Bual bicara penuh animasi hanya terjadi dalam kelompok pilihan, sakit apa orang kata sudah lama sembuh. Mana satu remeh, mana satu penting jawapannya jadi automatis. Hubungan dengan teknologi terkini meskipun tidak berada di tahap membanggakan, dilegakan dengan bantuan anak anak generasi baharu menjadi jauh lebih molek.

Pada Tuhan tidak putus putus dipanjatkan rasa kesyukuran.

Sesekali terlihat diri saya dalam gerak-langkah mereka

Sesekali terlihat diri saya dalam gerak-langkah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now