APA YANG HILANG BILA MENJALANI HIDUP SEBAGAI TRANSGENDER?
Manusia dan manusia akan terus menghakimi. Masing masing merasakan bahawa mereka memilih gaya hidup, kepercayaan dan amalan terbaik dan betul.
Kini kamu mula faham kenapa ada para transgender yang TIDAK mahu dan ragu untuk menjalani transisi fizikal yang keterlaluan. Kata terbaik di sini boleh jadi PENGORBANAN & KESANGGUPAN mereka yang bergelar Transgender.
Transgender di sini meliputi para F to M & M to F.
Berikut adalah apa yang akan HILANG.
1. Dibuang keluarga atas dasar maruah dan lain lain.
2. Hilang pekerjaan dan urusan naik pangkat
3. Kegiatan sosial biasa (perhimpunan keluarga, teman lama dan lain lain)
4. Tidak dijemput untuk majlis majlis tertentu
5. Hilang teman teman lama di kalangan cisgender.
Tanpa transisi fizikal mereka masih mampu menjalani kegiatan yang melibatkan pemahaman, persetujuan, keterbiasaan para cisgender meskipun agak canggung. Canggung kerana isi perhubungan dan komunikasi mereka agak berbeza secara am (soalan soalan aneh tentang pernikahan, anak beranak, halal haram agama dan lain lain).
Atas dasar itu, kebanyakan para Transgender memilih untuk membina kehidupan baharu, jauh dari keluarga dan masyarakat yang difikir menentang. Di lokasi yang baharu mereka membina jalinan bersama orang asing (yang juga transgender) demi perhubungan antara manusia dan manusia. Namun ada beberapa Transgender betah untuk terus tinggal bersama keluarga atas sebab sebab tertentu (sakit orang tua, kasih sayang, toleransi atau sanggup mematuhi aturan aturan tertentu yang tidak tertulis). Sesekali rungutan akan kedengaran (kerana keluarga tidak menerima penuh dirian sang trans).
Ini bukanlah fenomena baharu secara berbanding. Suasana semakin aman bila kita berbicara tentang PELUANG YANG HILANG dalam hidup manusia transgender. Toleransi semakin membaik dari waktu ke waktu dan perlu dijaga siratulrahmi sebaik mungkin.
Kita mula faham kenapa ada kaum trans yang mengamalkan personaliti ganda. Balik rumah lain caranya, bersama komuniti menjadi diri sendiri. Kerap menolak transisi yang keterlaluan (operasi kelamin, dada) Hanya transgender yang ampuh sahaja akan kelihatan bebas menjadi diri mereka dan sanggup bertransisi (mereka sudah lama tahu cerita kehilangan tersebut). Di bidang pekerjaan, mereka tahu apa yang perlu diselamatkan (meskipun orang sekeliling dapat menghidu gender dan orientasi mereka).
Alah bisa tegal biasa, berbicaralah secara berterusan tentang COMING OUT. Tidak mudah dan sudah tentu menakutkan jika tanpa persediaan. Mencari ruang hidup (gunaan tandas, lingkung tempat kerja/belajar, syarat syarat binari dalam penetapan sistem hidup). Setiap transgender akan melaluinya secara berbeza bila masuk bab COMING OUT/ MENJADI DIRI.
KEHILANGAN hanya akan menjadi tidak keruan jika para transgender TIDAK BERSEDIA.
Ia cerita yang sama hanya dalam suasana yang berlainan sebenarnya. Bertuahlah mereka para transgender yang sedang bahagia kerana tahu membina lingkung hidup baharu, berani berilmu dan redho dengan apa yang sedia ada serta menerima hakikat tentang pro dan kontra melayari hidup sebagai Transgender.
Mencari toleransi jika bersendirian pastilah memenatkan. Kini kamu faham kenapa kita sangat menghargai para sekutu cisgender (Allies) dalam dunia transgender.
NOTA:
Namun ada kaum trans yang bernasib baik. Tidak didiskriminasi lansung, diterima seadanya dan mempunyai jiwa kental, berterusan cuba menyertai masyarakat.
Untuk hal keluarga sering dicadangkan secara kasar agar trans muda BERAMBUSjika suasana menjadi gangguan dari ahli keluarga (ugutan, verbal abuse,dipermalukan). TETAPI pastikan tamat Pendidikan, mempunyai kerjaya baik demijanaan kewangan dan mendapatkan dukungan dari rakan sokong bantu.
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...