Apakah sifat DOMINAN medsos? Apa mereka wujud?
Dominan membawa maksud: sikap berkuasa – mengarah – tampil memaksa.Melalui pengalaman peribadi, terus terang diakui mereka wujud dan telah disaring setelah lama bergelumang di medsos. Kamu ingat benar tentang pelbagai butang utama yang ada dalam setiap laman dan binaan sifat sendiri ketika berhadapan dengan sebarang muatnaik bukan? Ada yang dibiarkan hanya untuk melihat sejauh mana mahu dipraktik sifat tersebut.
- Rakan taulan, sanak saudara dan kenalan baharu terkedu melihat muatnaik - Percubaan untuk menghadang ekspresi diri- Penjualan nilai masing masing dalam sesebuah isu- Memberi amaran akibat tercuit.
Sifat dominan itulah yang membawa drama yang bukan bukan: Petelagahan, Perlian Manja, Pertikaian dan Saman Menyaman hingga ke tangga mahkamah bila masuk bab politik, agama, sosial dan fitnah perbadi.
Pantas dituduh bahawa pelayar pelayar internet adalah mereka yang tidak mempunyai kehidupan sebenar, sedangkan? Hakikatnya hampir semua manusia terkini sudah mencipta kebergantungan pada peranti moden di tangan. Manusia tanpa internet adalah spsis jarang (rare species).
Bagi mereka yang aktif berekspresi, manusia dominan adalah gangguan.
- Kerap kali terbuka menegur di ruang komentar, mesej atau memberi amaran- Dikongsi paut untuk tujuan menghina- Telagah nilai hidup dibawa menjadi drama.
Atas dasar itulah hingga kini ramai memilih tampil anonymous, nama samaran, memilih gambar lambang atau binatang sahaja ketika 'melayari dan berekspresi' di medsos. Berselindung mungkin jadi jauh lebih mudah pada sang dominan atau si tukang ekspresi?
Bukan tugasan sesiapa untuk menentukan apa yang boleh dan tidak di ruang medsos, kerana masing masing sudah mula faham persediaan asas melayari sebarang sesawang.Dominan tegar atau tidak, lama lama mereka akan bosan dan sama seperti kamu yang bercitarasa pelbagai, hadir dari latar berbeza, mereka akan mula mempergunakan butang butang penting yang dikurniakan oleh sesawang pilihan.
NOTA:Orang dominan muncul di mana mana sahaja: Tempat kerja, rumahtangga, pertemanan sosial dan sudah tentu di sesawang medsos.
Ini antara siri siri tulisan tentang dunia talian yang meliputi pembentukan sifat peribadi ketika melayarinya. Medsos kekal sebagai ruang ekspresi, kerana manusia azalinya mahu didengari dan difahami.
Laissez-faire?The policy of leaving things to take their own course, without interfering. "a laissez-faire attitude to life"
"Jika melintas dibaca, jika tidak berkaitan dicalit pergi dan jika perlu disemangati, lakukan dengan hati yang telus, jika lucu kita sama sama ketawa, jika bermanafaat kita kongsi, mudah bukan?"
Regina Ibrahim.
SIKAP KETIKA MELAYARI MEDSOS
Memang benar kita hadir dari latar-belakang yang tidak sama. Bervariasi itulah yang menjadikan dunia jauh lebih indah dan menawan. Begitu juga dengan dunia Medsos yang semakin ke sini menjadi semakin hangat, sesekali membawa sensasi serta menuntut akan sikap peribadi ketika menyantuninya.
1. Tinggalkan komen untuk menyemangati si tukang muatnaik. Paling tidak ada butang LIKE dan emoji emoji lain.
2. Setiap permintaan jadi teman, ketik dan lihat sepintas dinding beliau. Keputusan boleh dibuat dari situ. Ramai teman lebih meriah, jangan teragak agak keterlaluan kerana di hujung hari kamu ada pilihan.
3. Fikir lebih dari 3 kali sebelum berkongsi sebarang berita (kisah orang, institusi, cuplikan -dari portal atau kisah peribadi) – apakah ia bermanfaat? (manafaat – informasi, mengundang jenaka, berguna untuk rakan rakan)
4. Budi bahasa kekal sama seperti perhubungan sosial di luar. Rangka pemahaman yang jelas agar tidak disalah ertikan. Sudi juga bertanggungjawab.
5. Dinding Mereka Hak Mereka – hormati frasa tersebut. Paling tidak kamu mendapat sedikit ilmu tentang sifat manusia dan sekali lagi kamu ada pilihan di hujungnya.
6. Komentar debat di ruang komen boleh saja diteruskan sebagai luahan asalkan kamu tahu Batasan dan bijak mengawal bahasa serta emosi. Jangan sampai dicuplik pula oleh portal lain sebagai artikel berisi jenaka serta kebodohan.
7. Dari waktu ke waktu menyemak semula tahap ketagihan terhadap medsos. Jangan sampai hidup tidak keruan dan tertinggal pada urusan di dunia nyata (kerja, bersosial, adik beradik, lebih parah ciptaan alter-ego tak guna seduit itu)
8. Gunakan dinding milik kamu sebagai tapak promosi pada perniagaan, tawaran dan dukungan pada hal hal sejagat yang baik dengan jelas.
9. Nikmati pertemanan baharu dan memperluaskan lagi jaringan sosial dan kerjaya
10. Ledak emosi akibat kesihatan mental atau sebarang gangguan pada dirian kepercayaan dan politik ditangani dengan bijak.
Jangan teragak agak untuk berehat dari dunia medsos jika suasana parah dan tidak menyumbang. Kembali bila perasaan dan suasana sudah reda.
#Ginawrites
-----------------------------
PERKONGSIAN MEMBAHAGIAKAN
...akan selalu dialu alukan di Mukabuku. Ingat sayang akan falsafah 'Dindingku Hak Aku". Tampil saja sebagai dirimu tanpa perlu kerisauan akan apa orang kata, apakan aku akan dinista? Dihencap? Dipuji? Dikagumi? Sedia maklumlah akan sebarang tindakbalas.
Kamu akan terus berkongsi meskipun ada ketikanya emosimu terganggu dan koyak akibat kisaran hidup. Ini yang akan mendewasakan dan mula menilai secara peribadi 'apakah aku over-sharing?"
Pokoknya apa yang membahagiakan kamu kongsi saja, suatu hari akan ada jawapan jawapan hadir di benak. Sesekali kamu dibenarkan meluah perasaan atau merungkai persoalan yang buntuk lewat Mukabuku.
Ya benar, Mukabuku perlahan lahan mengajarmu tentang hubungan sosial secara talian dengan mengambil kira keselesaan dan emosi semasa. Unsur unsur gangguan mental yang sudah kamu tebak, penipu talian (skamer), gejolak pamir pamiran sedia ada secara manusiawi.
Janganlah kamu lupa bahawa ada teman teman yang bercuti media sosial. Ia perlu untuk proses ketenangan yang tanpa sedar terganggu. Itu semua soal biasa. Pastinya Mukabuku dan apa sahaja pentas medsos lain menyumbang secara tidak lansung.
Informasi baharu, ilmu nan luas, gosip berbahaya, fitnah, dunia pop, pencarian peluang, godaan politik, penekanan terhadap kepercayaan ... itu semua adalah asas dan terpulang pada kamu bagaimana mahu bereaksi.
Bukan tugasan sesiapa untuk menasihatimu akan kata kata skema: "Pastikan muatnaik itu berfaedah dan diredhai Tuhan" – dia siapa? Kamu siapa? Rakan rakan pilihanmu bagaimana? – Kamu kini berurusan dengan kematangan peribadi di dunia medsos.
Seperti biasa pastikan niat asalmu. Jemarimu dijaga, budi bahasamu tidak luntur di alaf yang serba mencabar ini.
Ada kata kata langka yang pasti akan kamu temui: BE SURE BRAIN IN GEAR BEFORE ENGAGING MOUTH (kata kata dan kepintaran).
Nikmatilah seadanya dengan penuh semangat kesukanan.
NOTA: Hal hal BURUK seputar imbal balik di medsos itu bukan sakit orang kita sahaja, ia terjadi di seluruh dunia. Cuba kamu perhatikan komentar komentar jahat dan nakal di lapak internet dari negara membangun (sama sahaja tahap fong fong mereka). Bukan kamu tidak tahu bahawa ada butang buntang tertentu dan pilihan kamu untuk bertingkah buta, pekak dan bisu pada hal hal yang mencarik hatimu.
YOU ARE READING
NONEN
Não FicçãoChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...