MENJADI TUAN KEPADA MINDA DAN BADAN

4 0 0
                                    

MENJADI TUAN KEPADA MINDA DAN BADAN

Dalam menghadapi tekanan emosi, kita selalunya ada dua pilihan. Menghadapinya atau melarikan diri. Memproses masalah adalah langkah penyelesaian, mana kala melarikan diri atau mengelak adalah langkah PENAFIAN.

Memproses di minda sama seperti sistem penghadaman dalam perut. Kalau situasi itu tidak dapat kita hadapi, lebih baik berkata benar. Tamatkan di situ sahaja.

Bertahan pada hal hal yang tidak mungkin kita selesaikan akan hanya menjurus pada pemikiran TIDAK SIHAT. Apa yang kita simpan tidak dapat dihadamkan dan secara tidak langsung kita akan tampil sebagai orang yang bermasalah.

Keupayaan penyelesaian manusia dimusnahkan akibat berfikir secara terlalu akan kepentingan orang lain dan kurangnya peruntukan waktu untuk diri sendiri. Apabila tiada masa untuk diri sendiri, Pusat Kuasa Kawalan hidup akan jatuh pada tangan orang lain.

Manusia berhidayah/waras faham yang tidak akan ada sebarang hasil sekiranya mereka berfikir bagi pihak orang lain. Fikiran dan perasaan yang suci, telus, murni akan menjadi nadi penggerak. Tidaklah perlu jenuh difikir lagi.

Ingat, kamu adalah TUAN kepada minda dan badan. Jadi, berikan arahan dan pastikan ia menurut urutan yang betul.

Kamu boleh memilih untuk menanggap manusia, situasi situasi, atau kejadian kejadian hidup sebagai HALANGAN, atau MENUKAR semua halangan halangan itu sebagai sumber kekuatan untuk mengembangkan kemampuan untuk berkreatif dan mencari apa saja jalan lain bagi menangani sebarang masalah.

Pilihan sebenarnya, tergantung pada Persepsi peribadi. Halangan, sebenarnya tidak ujud, cuma ia kerap berada di pemikiran kita.

Ubat Penenang sebenar untuk Mental/Pemikiran adalah amalan amalan tentang SELF AWARENESS/LANGKAH BERJAGA. Cubalah peruntukkan masa untuk memperjelaskan kata hati dan golodak emosi kamu. Bina kekuatan dari situ.

Amalan ini akan menusuk jauh ke minda secara mendalam, membuang segala sakit emosi hingga ke akar umbi emosi yang sakit. Itu saja caranya EMOSI dapat dipulihkan, disaring dan seterusnya berUBAH.

---------------------------------

Minda: Bridget Menezes penulis edisi kedua Self Empowerment and Spiritual Counselor.

Terjemahan: Regina Ibrahim

Terjemahan: Regina Ibrahim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now