GASLIGHTING

7 0 0
                                    


GASLIGHTING

Secara peribadi saya gelar sebagai 'Bakar Sumbu'.

Terma gaslighting merupakan terma kolloquim yang secara longgar membawa makna 'PEMANIPULASIAN PSIKOLOGI & SUASANA' supaya regu meragui dirinya sendiri (pasangan suami isteri, kekasih atau rakan rakan) Terma yang sering digunakan sewaktu membincangkan perihal NPD (Narsisisstic Personality Disorder) mewakili salah satu sifat sang pengidap gangguan personaliti narsisistik. Kelakuan gaslighting yang dilakukan secara kerap dan berterusan akan menimbulkan masalah dalam perhubungan.

Gaslighting boleh dilakukan antara 2 manusia atau dijalankan sewaktu berhimpun.

Bagaimana ia dilakukan?

Berikut adalah conton contoh mudah untuk difahami.

- Rendang yang kau masak tu sedap, tapi tak sama lansung dengan rendang ibuku. Lambat lagi tahap masakan mampu menandinginya.

- Baju tu memang lawa, tetapi kalau aku pakai lagilah naik serinya.

- Dulu masa mula mula dia gemok, sekarang ni baru kurus setelah saya buat jadual makan, kalau ikut dia tak mungkin slim begini. (rampas puji)

- Alahai award tu orang bagi kat engkau kerana kasihan, lagipun tengoklah rakan tanding... semua lemah. Dapat kat engkau la...

- Kalau tak ada aku, entah apalah jadi kat engkau. Engkau nak uruskan hal mudahpun terkial kial.

- Kau ingat kawan kawan kau suka kat engkau? Belakang macam macam mereka kata tau...

- Ini semua salah engkau la... kalau engkau... (blaming)

- Bila masa pulak aku pernah kata macam tu? Itu semua ilusi engkau saja...

- Kau jangan pandai pandai tuduh aku, bila masa aku buat benda tu? (penafian)

- Dengan aku pun kau nak ambil hati? Aku melawak sajalah .. (setelah menghina dan menyakiti)

- Selagi engkau tidak berubah, selagi itu jangan harap aku akan... (ugutan emosi)

- Ghosting (diam diam merajuk bawa diri) – agar kamu rasa bersalah – minta maaf dan kuasa dambaan akan jadi padanya.

Hal hal di atas hanya sekadar contoh biasa, petanda pelaku adalah manusia NPD jika terlalu KERAP dipraktik oleh pasangan.

Ia meliputih hal hal seperti – ugutan, tuduhan gila, kesempatan kelemahan, tidak mengakui hal yang pernah terjadi, penafian pada hal nyata, pura pura lupa, ledak emosi tidak terkawal, meremehkan kelakuan kamu, pura pura merajuk – kurung diri, tidak mengaku pernah mendera, menafikan realiti dan kamu akan diserang rasa bersalah, meminta maaf kerap dalam perhubungan. NPD mahu terus tampil sebagai pemenang.

Kamu yang merasa tertekan sebenarnya merupakan nadi (SUPPLY) pada pengidap NPD. Identifikasi akan hal hal yang tidak mendukung itu adalah untuk supply menyelamatkan diri. Perlu ingat sang NPD tidak akan pernah sedar akan kekaluannya dan hanya boleh dibantu oleh Pengamal Perubatan bertauliah (selalunya tidak terjadi).

Keputusan tetaplah ditangan kamu (mahu teruskan atau keluar dari jerat manusia NPD) – sumbu akan terus mereka bakar sepanjang perhubungan.

NOTA:

Bicara tentang NPD agak rumit kerana ia berbunyi agak akademik bila diterangkan. Namun bila perhubungan masuk ke tahap menganggu dan berbahaya, pihak SUPPLY perlu mengambil tindakan sewajarnya (Bukan untuk memulihkan si NPD, tetapi keluar dari lingkungan toksik tersebut). NPD yang tebal dengan penafian jarang sekali didengari kisah mereka mendapat rawatan atau kaunseling.

Gaslighting jarang dibincang sebenarnya, selain dari sukar, ia melibatkan perkara perkara AIB perhubungan. Jika dibiarkan, lama lama akan memudaratan setelah daya tahan sang supply hilang.

Belum lagi kita berkisah tentang LOVE BOMBING – (Curahan Bom Kasih dari NPD, sebelum berjaya memikat untuk masuk perangkap dan setelah terjadinya kejadian kejadian tidak sedap dan memalukan). Love bombing dasarnya adalah untuk kembali berpasangan kerana risau takut kehilangan supply.

Pokoknya NPD (sedar atau tidak) telah membaca segala kelemahan dan kelebihan kamu sebagai SUPPLY. Segala tingkah beliau berputar di situ agar dia tampil sebagai manusia yang BERKUASA, KUAT, PENTING, DIHORMATI, BERKELEBIHAN, DITAKUTI dalam banyak keadaan. NPD takut dan tidak gemar merasa KECIL.

Benar sang NPD mampu tampil memikat (charming) di mata orang yang jarang berurusan dengan beliau.

Benar sang NPD mampu tampil memikat (charming) di mata orang yang jarang berurusan dengan beliau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now