JENIS JENIS FABRIK SELAMAT
Apakah selama ini kita peduli terhadap kain yang disarungkan di badan?
Apa agaknya busana yang masuk kategori 'Polyester/gabung kain kapas"? Dengah harga $10 ringgit. Murah, apa betul dan sesuai untuk kulit? Apakah ia hadir dari proses pembuatan dengan etika berbahaya? Terdapat kajian dari negara Sweden yang menemui ribuan kima dibawa sekali bersama fabrik fabrik di pusat jualan pakaian.
Sama seperti apa yang difikirkan tentang kandungan makanan untuk ditelan, kita jarang sekali mahu berfikir tentang kandungan dan bahan yang digunakan untuk pakaian pakaian kita. Fikirkan semula.
Berikut dibariskan beberapa jenis fabrik yang RENDAH kandungan pewarna dan kimia.
Fabrik yang berwarna ringan atau tidak diwarnakan?
Warna warna terang selalunya menggunakan pewarna kuat. Demi mencapai warna terang ia mengandungi Paraphenylenediamine. Kimia ini berpotensi membawa komplikasi kesihatan seperti gangguan pernafasan malah gangguan buah pinggang. Jadi pilihlah warna warna ringan atau dibasuh setelah dibeli untuk menghapuskan warna berlebihan.
----------------------
FABRIK BULUH
Diperbuat dari tumbuhan yang dimakan oleh beruang panda, secara asli memiliki elemen antibakteria dan menghapus bau. Serat mempunyai ruang untuk hindaran peluh dan lembapan, kulit jadi jauh dingin dan pori pori tidak tersumbat atau beriritasi. Buluh adalah tumbuhan yang mempunyai banyak kebaikan. Menghapus 5X kesan rumah hijau, tidak perlu ditanam atau dirawat dengan pestisida.
SUTERA
Dianggap sebagai paling hypoallergenic berbading semua fabrik, kerana ia mempunyai struktur protein. Secara asli mampu mengawal suhu, mudah menyerap cairan, tetapi punya daya tahan terhadap bau dan keronyok. Sutera disarankan terhadap mereka yang mengidap eczema kerana ia ringan dan licin.
JERAMI/HEMP
Sangat tahan lama, Jerami antara serat yang paling tidak melayut berbanding dengan semua serat serat asli, jadi lebih lembut setelah dipakai dan hangat berbanding bulu kambing. Jerami juga mudah mengekalkan warna, oleh itu kurang kimia digunakan sewaktu proses mewarna. Sesuai untuk kulit manusia.
LINEN
Ia menghadang kulit dari terdedah pada kimia, bunyi dan habuk. Mengurangkan dedahan terhadap gamma matahari sekitar 50%, menghadang pemakai dari sinaran uv yang teruk. Ia dikatakan menghadang terhadap baketeria dan kulat, mengurangkan kesan kondisi kulit seperti enzema. Kain linen selalunya hadir dengan warna warna asli (meskipun ada yang diwarnakan)
LYOCELL
Dihasilkan dari kulit kayu, lyocell adalah mesra lingkungan, biogdegradable (Mudah lupus) serta lembut bila disentuh. Mudah menyerap dan fabrik antibakteria yang selamat untuk kulit sensitive dan mudah untuk diwarnakan. Sesuai untuk kulit sensitive (kurang kimia saat memproses) meskipun melalui proses panjang untuk kulit kayu bertukar jadi kain, ia tidak memudaratkan. Harus ingat ia agak sukar untuk diwarnakan, jadi terbaik adalah mengekalkan Lyocell dalam warna warna alami.
KAPAS ORGANIK
Kapas organik selamat untuk kulit dan lembut secara berbanding dengan kain kain lain. Kerana ia Hypoallergenik, gunaan fabrik ini sering dikatakan sebagai pengurangan pada masalah pernafasan. Kimia yang kuat tidak dipraktikkan sewaktu penghasilan mengikut piawaian organic, oleh itu tiada risiko kimia untuk si pemakai.
BULU BINATANG
Bulu menyerap kelembapan, menjadikan kulit kering. Ia bagus kerana memiliki kualiti antibakteria dan keupayaan bernafas lega. Bulu binatang bebas habuk dan hama. Mampu mengurangkan kadar alergi, pernafasan, lelah dan sakit kulit. Tidak ada binatang yang dibunuh dalam proses membikin fabrik kerana ia diternak (dicukur).
KASHMIRI
Ia bukan berasaskan pohon. Kashmiri dihasilkan dari bulu kambing negeri Kahsmir yang disikat secara bermusim. Ia serat asli kambing tidak allergenik. Kashimiri membawa kebaikan sebagai penebat suhu tanpa memakai tebal tebal jadi ia menjadikan kulit mudah bernafas tetapi hangat. Fabrik ini mempunyai lembapan tinggi, memudahkan adaptasi pada cuaca ketika dipakai.
KULIT
Meskipun kulit tidak semestinya dipakai secara harian, ia disarankan untuk lengkapan rumah dan busana. Fabrik ini bagus untuk mereka yang alergik, ia tidak mesra hama, kelemumur atau alergi alergi lain. Kulit yang lembut, tahan lama dan menyerap. Kulit disarankan untuk pemakaian ikut cuaca. Jika kamu memilih untuk tidak melibatkan binatang, ada alternatif kulit yang diperbuat dari gabus pokok, kulit pisang dan nanas
Terjemahan dari Health Fitness.Biasakan untuk menyemak label buatan yang dijahit pada baju yang mahu dibeli.
Untuk cuaca tropika disarankan serat serat asli seperti Cotton dan Linen. Chamray (Denim) untuk bahagian bawah (seluar, skirt) jika lasak.
Gabungan polyester dan cotton meskipun popular dan murah cubalah dielakkan. Memang ia melekap, mudah di basuh dan disterika. Namun Polyester dan Spandex tidak biodegradable, lupusan mengambil waktu panjang serta mampu membuahkan alergi seperti panau, kurap dan sakit kulit. Polyester secara asasnya diperbuat dari produk plastik. Ia panas dan tidak mudah bertindakbalas dengan peluh.
Begitu juga Rayon yang merupakan kain buatan. Sering disalah ertikan sebagai Cotton. Banyak busana busana murah diperbuat dari rayon (kaftan, seluar seluar pantai dan cetakan batik murahan).
Bekerja di ruang berhawa dingin ada ketikanya menjadikan kita tidak peka pada jenis jenis fabrik tropika. Busana busana dari pengeluar Asia Tenggara tidak pernah peduli akan hal tersebut akibat persaingan harga.
Penguna sering terjerat dalam memilih jenis fabrik akibat – struktur ekonomi, harga, pemahaman yang kurang dan persaingan antara rumah rumah fesyen segera yang bertumpu hanya pada keuntungan.
Bagaimana pula penghasilan kain JERSEY?
Ia diperbuat dengan fabrik sintetik, selalunya dengan kadar polyester, jersey asli jika diperbuat dari jalinan benang benang kain kapas atau boleh jadi dari jalinan benang benang sintetik viscose. Berat, elastik dan teksture kain jersey terpulang pada proses jalinan/kait.
Memang sukar untuk kain kain elastik seperti busana sukan, baju tee dan busana berfesyen untuk lari dari gunaan Polyester. Paling tidak semak gunaan: Cotton 80% dan Poly/spandex 20% atau pilih saja cotton atau linen 100% dalam koleksi kamu.
Gunaan fabrik Polyester dan fabrik sintetik keterlaluan perlulah dielakkan agar kamu tumbuh jadi manusia dan penguna yang beretika yang mendukung pada keamanan lingkungan.
------------------------
Kesimpulannya masih tetap sama dalam memilih fabrik untuk gunaan seharian untuk disarungkan ke badan:
- Keselesaan memakai
- Harga mampu
- Mesra lingkungan (mudah lupus, kitaran semula)
- Tahan lama dan berbaloi
- Sedikit pengetahuan tentang fabrik demi tanggungjawab.
- Dukungan terhadap Jenama (sweat shop? Thrift? Etika?)
Semak kandungan polyester kamu. Gambar di atas menunjukan kadar samarata gunaan. Elak jika polyester digunakan sehingga 80%
YOU ARE READING
NONEN
Não FicçãoChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...