ULTAH 60

1 0 0
                                    


APA YANG SUDAH DITEMUI?

"Cuba you teka berapa umur I? Ayo dong ditebak...," dengan harapan jawapan pura pura mereka menjadikan kamu sedikit bahagia. Ada ya manusia yang sebegitu...

10 tahun lalu debaran menjengah gerbang emas sudah dilalui. Masa tidak pernah menanti, masuklah angka genap 60 tahun. Allahuakbar, apa lagi agaknya yang menanti? Cuak hanyalah sekelumit.

Tertawa pada diri sambil berefleksi adalah hal semulajadi rupanya. Menilai pencapaian diri menjadi lebih mudah bermakna setelah begitu lama mendakap mantra 'TIDAK MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN'. Selesa dan redho akan segala kurniaanNYA, itu remedi mujarab.

Sesekali terhidanglah kisah kisah depan mata, menduga kita yang masih bernafas. Dilegakan pula dengan frasa: "Apalah erti hidup jika tiada drama?"

Jika ditanya juga, ingin dilampirkan penemuan di bawah sebagai Perempuan Trans tua.

1. Manusia baik masih ramai – jadi fokus siratulrahmi di situ.

2. Penerimaan/dakapan diri dikentalkan – ia usaha berterusan

3. Emosi terkawal, dijaga molek – termasuk kesihatan holistik

4. Keterbukaan adalah ruang ikhsan manusia. Hormat sesama

5. Rezeki soal luas, perlu disyukuri. Beri, Terima, Hilang.

6. Pembelajaran dari buaian hingga liang lahat? – itu benar

7. Tidak ada yang kekal selamanya. Ia berhad. Pemilikan? Kemarahan?

8. Ada hal-hal yang perlu/wajib ditinggalkan SEPI

9. Meraikan hidup (perbezaan, fahaman, kejayaan, seni dll)

10. Hubungan terhadap TUHAN dijaga baik secara peribadi

Melalui zaman jilat stem, telefon gayut, naik bas turun bas dan kini komunikasi tanpa sempadan merupakan pengalaman indah. Benarlah lagi kata 'Perubahan Akan Terus Terjadi'. Pemikiran dan citarasa berubah, sesekali dinostalgiakan secara suka suka penuh kerinduan akan hal bodoh dan bijaksana. Deria manusiawi masih sama, drama melantun melalui kekaguman, cita cita, kebencian, amarah, kesumat dan pertikaian – segalanya akibat kehendak tidak terpenuhi. Orang sekeliling masih membawa aura daya mencetus rasa galau meracau, ingat, mereka selalunya tidak sedar dan kita hakikatnya masih punya sehidang PILIHAN. Pilihan mampu jadi apa sahaja selagi tidak menjentik ruang hidup orang lain mengundang perang sia sia.

Ya Allah Ya Tuhanku, di usia ini izinkan aku untuk terus berbagi akan hal hal yang direstui.

If you may know, I am still taking myself seriously.

----------------------
DUNIA PANGGUNG SANDIWARA

"All the world's a stage, and all the men and women merely players. They have their exits and their entrances; And one man in his time plays many parts."

Saya benar benar nampak kata hikmat Gulielmus Shakspere@ William Shakespear

Ada latihan, adaptasi watak, kamar solek, serahan peran, persembahan sungguh sungguh, kilauan/malap lokasi dan seterusnya dihakimi sang penonton – suka tidak suka, sorak sorai gembira atau di booooo!!! Hilang maruah diri tercari cari pintu KELUAR.

Apa agaknya yang melatih kita agar tumbuh dengan watak tertentu?

Hiasan apa yang diberi pakai? Citarasa siapa?

Selesa dengan peranan yang diangkat? Rela atau paksa?

Ketelusan sepanjang berperan? Ada sebarang rasa ralat? Boleh kompromi?

Lokasi nyaman? Kita selesa dan terus maju? Apakah ia menyesak nafas?

Peduli pada segala persepsi kelompok yang melihat? Apakah kesukaan (validasi) mereka itu penting benar?

Jangan risau, pilihan tetap ada di tangan. Mengenangkan tiada yang kekal, kita boleh terus mencuba di panggung baharu yang sudah tentu punya papan tanda KELUAR dan MASUK. Membawa segala pengalaman dan pemerhatian sebagai garis pandu di sana nanti.

Selalu percaya akan falsafah tentang keabadian yang tiada serta nafas yang dinikmati.

----------------------------------------

----------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now