SOMETIMES
Initial release: December 23, 2016
Director: PriyadarshanTAMILAdvocacy
Drama
----------------------------
Nasiblah kita terpaksa melayan negara yang begini...
7 manusia menantikan keputusan ujian saring HIV di klinik Med-Check Diagnostic Centre yang berada di sebuah daerah India Selatan. Mereka saling tidak mengenal. Berbaris panjang sejak 7 pagi, kaunter yang dibuka lewat dan terpaksa pula menanti hingga ke malam untuk mendapatkan keputusan.
Mereka bertujuh akhirnya bersepakat untuk merasuah kerani pendaftaran untuk mendapatkan keputusan yang cepat. Cerita saling bergulir dan katanya hanya satu daripada mereka yang sedang dijangkit virus HIV.
Menggunakan ujian saringan HIV sebagai tunjang cerita, pengkisahan SOMETIMES jadi begitu menarik sekali untuk mempamirkan sifat manusia yang hadir dengan pelbagai latar belakang tidak sedap. Mereka saling bercerita, palitan kesesalan, takdir, takbur dan macam macam dibawa bersama dalam arahanhebat ini.
Pembukaan filem dengan kekalutan pagi menangani trafik rail dan jalanraya begitu cantik sekali sedang kredit naik. Deepa kerani pendaftaran yang tidak keruan, hidupnya terganggu kerana menjadi tulang punggung keluarga, dia digambarkan terdesak. Bala Murugan jajaka yang peramah juga menjalani ujian saringan. Krishnamoorty pula ketua rumahtangga yang gemuruh akibat kelaku 3 tahun lalu sewaktu majlis keraian syarikat...
Sometimes menyentuh perihal sifat manusia dakam facet yang lebar, kutukan terhadap kehidupan dan perlian pada pemerintah. Advokasi HIV Aids dijalin dalam dialog dialong yang mantap melalui filem, begitu juga hal stigma dan mitos HIV, dijelaskan juga hal Asymptomatic HIV yang mengambil masa 5 – 10 tahun untuk dikesan melalui tindakbalas lakonanhebat antara 8 orang pemain utama.
1 jam 40 minit yang tegang tanpa aksi aksi tradisional filem komersil Tamil. Ditamatkan secara terbuka untuk penonton merumus apa sahaja melalui Bala, Krishnamorty dan Deepa.
Until the result came out, we cannot decide our fate!!!
Filem yang tergantung pada memek wajah dan lontaran dialog ini saya anggap HEBAT!!!
Pada tahun 2014 terdapat 2.2 juta jangkitan HIV baharu terhadap populasi dunia. Setakat ini telah menamatkan nyawa populasi dunia seramai 34 juta – menurut WHO. Dipercayai sebanyak 51% sahaja mereka yang berstatus HIV tahu bahawa mereka dijangkiti dan menerima rawatan antiretrovial (HAART).
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...