LADY OF A CERTAIN AGE "Lady of a certain age nok... biasalah," diujar biar suasana damai.
Kita berbicara tentang perempuan berusia tidak kiralah berada di gerbang emas atau sudah mencapai usia 75. Sering dianggap rigid dan cerewet serba tidak kena.
Percayalah bahawa yang sedar dan sedang menongkah zaman menilainya dalam diam, cuba memahami kelaku kelaku di sekeliling. Mereka sedar bagaimana anak anak muda cuba beradap sopan saat berinteraksi.
Kita melatih anak anak untuk menjaga tutur kata dan kelaku bila berhadapan dengan sesiapa sahaja, tidak kira warga veteran atau saudara mara. Ditegur berulang bila berpeluang. Berbalik pada sikap Lady of a certain age – sematlah pemahaman bahawa mereka sedang menjalani hujung hidup dengan hantuan hal hal yang tidak sama. Fizikal sedang melemah, ingatan semakin pudar, kata kata berulang kerana takut dilupai, mencelah dengan nostalgia yang tidak lagi relevan, mencerna perubahan dan sesekali merajuk bila hati terusik.
Lady of a certain age seronok dihampiri jika mereka ceria, lucu dan pandai berjenaka (memiliki sense of humor padu) sambil anak cucu tak penting diri leka mengorek ngorek sejarah lampau. Ada ketikanya mereka terlupa kerana mengukur kejadian dengan nilaian di zaman mereka, tahanlah sedikit telinga, izinkan mereka melepaskan serta berekspresi, jika keterlaluan janganlah ditengking – berikan alasan bahawa kamu perlu beredar setelah bosan mendengar bagaimana harus ini dan itu (termasuklah panduan nasihat yang tidak diminta – terutamanya masuk perihal hubungan romantik dan rumahtangga).
Ramai Lady of a certain age bila berpeluang suka mengungkit akan ketidakadilan sewaktu mereka dewasa. Apatah lagi cerita cinta yang kandas di pertengahan jalan, tertipu dan nasib yang tidak menyebelahi atau bahagia bahagia sekerat jalan. Ini perlu difikirkan sebenarnya jika kamu menghadapi mereka, diam dan tersenyum sahaja atau sematkan di hati bahawa ceramah sebegitu akan tamat.
Tidak mahulah kita berkisah tentang soal gangguan hormon, petanda kesihatan mental, gedendang telinga melemah dan terma terma lama yang ikut serta (kalau boleh janganlah ditertawa atau diangkat jadi bahan jenaka) Mereka sensitif. Berkomunikasilah seadanya dan baca suasana.
Lady of a certain age bukan semua hadir sebagai sosok pahit, ada yang akan kamu kenang bila tiba di satu titik nanti.
NOTA:Lady of a certain age yang solo sejak dahulu, pernah bekerja keras, hilang keluarga mereka terlihat kuat dan tangkas dalam kehidupan. Tahanlah mendengar rungutan mereka tentang sistem pemerintahan, politik, generasi lemah dan birokrasi – tidak perlulah bekerja keras untuk memintas. Cuba cari rentak rentak yang bakal menjadikan mereka merasa senang.Penulis sudah memasuki gerbang tersebut, mata tajam melihat dan merasa. Jari jemari dikawal. Rentak muda sememangnya tidak sama, ekspresi alaf baharu berbeza, lingo jalanan sang muda cuba dimengerti meskipun tidak diadopsi – berkali dipesan ingat "citarasa mereka tak samalah... sila hormati.
Regina Ibrahim
YOU ARE READING
NONEN
No FicciónChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...