FAST FAHSION - FESYEN SEGERA

1 0 0
                                    

FAST FAHSION – FESYEN SEGERA

Berbicara tentang FF memanglah rumit. Kempen kempen para NGO seluruh dunia rancak 5 tahun kebelakangan ini – meninjau jauh ke dalam pemikiran manusia sebagai penguna/konsumer. Apakah ia berkesan? Sudah tentu agak sukar kerana...

-Faktor Ekonomi (Harga dan Kemampuan milik)

-Terliur pada potongan murah dan cepat

- Iklan iklan pada trend mengoda

FF semakin ganas mencipta populariti demi mencapai keuntungan tinggi dari trend yang sering bertukar ganti. Jika secara piawai fesyen dipasarkan 4 musim, FF mungkin mempunyai 33 musim.

Cara pembelian yang kini sudah berubah (tidak lagi fizikal malah secara talian) menjadikan FF semakin hebat mengganas – e.g SHEIN dengan sesawang yang berwarna warni memikat: Dengan tag-line – Kami adalah pakar sumber pengeluaran, kerana sudah lama bekerja dengan seluruh Syarikat FF sedunia yang sedia ada!

Bukan itu sahaja ditawarkan sistem pembuatan dengan material yang kononnya terbaik, harga terjangkau, penghantaran mudah dan cepat – kamu hanya tunggu di depan pintu rumah. Kamu juga terfikir, begitulah caranya jika kamu ingin memproduksi brand sendiri.

Belum lagi difikirkan tentang volume (kuantiti) produksi secara segera!

FF masih lagi menjadi topik hebat didebatkan. Tidak cukup sebenarnya paparan negara negara yang dilambak dengan busana busana FF terpakai yang terbuang dari negara maju. Tapak pelupusan yang mengeluarkan karbon dioksida pada penduduk setempat dan pencemaran alam sewaktu pembuatan di negara negara terpilih. (Sila cari kejadian kejadian di Bangladesh – RANA Plaza dan beberapa siasatan bagaimana tiada tanggungjawab oleh pemilik brand dan pengilang tamak) Ini termasuklah kadar upah tidak seimbang dan kesihatan fizikal pengkarya yang tidak dipedulikan.

Apakah benar FF mencakupi soal politik dan ekonomi? Saya fikir benar sekali dan melihat ia sebagai gerak laku manusia yang tanpa tanggungjawab, rakus dan haloba. Pecahan pengertian bahana FF pada masyarakat sejagat menjadi sukar (Kerana kita juga hadir dari sifat Tidak Peduli Lingkungan – rumah dan penampilan kita sahaja diambil kira, yang lain biarkan sahaja)

Pro dan Kontra Jenama FF

Kontra

· Harga terlalu rendah: Banyak jenama memilih negara negara jauh demi menjimatkan kos pengeluaran (upah rendah, suasana kerja dan undang undang buruh yang ringan enteng).

· Pilihan Pelbagai: Pembeli boleh memiliki trend dan fesyen terbaharu secara mingguan, bersesuaian dengan kemahuan FF.

· Mampu Milik: Kerana ia murah, pembeli dari kelas pendapatan bawahan berpusu pusu mendapatkannya.

Kontra:

· Produksi Berkualiti Rendah: Trend FF selalunya menggunakan bahan bahan kualiti rendah dengan bahan bahan yang tidak tahan lama.

· Impak Terhadap Alam Sekeliling: Pembeli akan memakai sekali, rosak atau bosan dan membuangnya lantas menjadi lambakan barangan di tempat pelupusan.

· Eksploitasi Buruh: Pengilang besar kemungkinan membayar upah terlalu rendah, tanpa sebarang tingkatan penghargaan. Ada yang mengambil buruh haram demi memproduksi pakaian pakaian murah.

Bicara tentang FF tidak akan bermakna selagi kita sebagai penguna/konsumer tidak mengerti dan tiada kemampuan melihat kesannya dalam jangka panjang.

Apa sekalipun, di akhir bicara ia terpulang pada sikap kita sebagai penguna yang bermata tajam dan berhati perut. Mampu membeli tidaklah bermakna kita terkeluar dari senarai menjadi penguna yang bertanggungjawab.

NOTA:

Semak semula almari sedia ada, jika berjujuk jenama FF berhentilah disitu sahaja. Kemudian rangkalah pembelian setelah itu dengan menitik beratkan hal hal seperti: Jenama Tempatan, Kualiti Fabrik, Potongan Klasik, Daya Tahan Produk, Hands Me Down, Thrifthing, Recycling dan Upcycling.

Janganlah dibenarkan pengaruh dari para Pempengaruh yang mendapat dana berkempen untuk jenama jenama tidak berkualiti dari produk FF.

Memang benar ada produk FF yang memudahkan hidup secara ekonomi peribadi, tetapi ada langkah langkah awal yang perlu diambil. Ingin disarankan agar kamu menilai semula makna KOLEKSI KAPSUL (Rujuk pada muatnaik terdahulu dalam album ini)

Regina Ibrahim

201023

201023

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now