PERHUBUNGAN - NPD

11 0 0
                                    


MASUK DALAM RUANG PERHUBUNGAN...

Dengan dorongan nafsu dan ketertarikan semata mata bersertakan sebaris doa agar bahagia, apakah ia akan tumbuh lebat dan berbuah?

Perhubungan adalah kerja dua hala. Kamu semua maklum akan hal tersebut bukan?

"Manusia mungkin melupakan apa yang pernah kamu katakan, lupa pada segala yang telah kau dibudikan, namun TIDAK melupakan bagaimana kamu masih menggebu gebu perasaan mereka," menurut Maya Angelou

Perhubungan menjadi sesak dan pahit apabila:

1. Arahan dan aturan sepihak sahaja – Dominan

2. Naik tangan dan hamburan kata kata nista

3. Ekonomi bersama jadi berantakan

4. Ungkitan ungkitan keburukan lalu saat menyakiti

5. Kompromi hidup menjadi beban

6. Suara hati yang gagal dibawa ke meja bulat perhubungan

Tidak kira samada kamu submisif atau dominan, perhubungan adalah soal motivasi dua pihak, memajukan serta membawa dua manusia ke tahap yang memuaskan dengan usaha usaha sehingga masing masing SEJAHTERA.

Perhubungan BUKAN medan pamiran kuasa dan kawalan. Ledakan emosi bagaikan pertandingan benar salah meskipun ada kata kata langka 'sedangkan lidah lagi tergigit..."

JANGAN terjun ke dunia perhubungan atas aruhan DESPERADO, nikmati dahulu pertemanan tanpa muncul rasa terhutang. Keputusan diambil setelah pengamatan matang. Kenali 'BENDERA MERAH MANUSIA' dan berlalu tanpa merasa rugi atau pahit.

Bukankah setelah segala usaha untuk tumbuh jadi manusia dewasa dan matang, kamu berhak untuk mendapatkan yang terbaik? Fikir mudah, kompromi bukan hadir dari satu pihak sahaja.

#GINAwrites

BERSAMA NPD DI DUNIA ROMANTIK?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSAMA NPD DI DUNIA ROMANTIK?

Ini bukan kali pertama terjadi bukan? Gaya ulangannya disedari, jenis luka (fizikal atau emosi) juga sudah dihafal bagaimana. Bukan kamu tidak faham tentang 4 peringkat yang melukakan itu

- ketegangan

- kejadian

- pujukan berbaik

- reda kembali

Esok lusa terjadi lagi dan lagi. Tetapi tidak apa, pengenalan terhadap tanda amaran boleh jadi langkah awal untuk mengakhiri kitaran deraan tersebut.

Deraan sang Narsisistik merujuk pada corak deraan dalam perhubungan dengan orang yang membawa sifat NPD. Diawali dengan langkah memuji/memikat, merendahkan nilai, mengulangi kitaran dan akhirnya dibuang bila mereka tidak ada guna lagi di masa hadapan.

Manusia yang membawa sikatp NPD- (narcissistic personality disorder) memerlukan pujian/dambaan yang berterusan. Puji, puja, kagum, paling benar, berkuasa adalah makanan emosi mereka. Apabila merasakan imej peribadi terancam sang NPD akan bertindak dengan langkah kemarahan dan menjadi agresif (verbal atau fizikal) Berang maksimal kerana takut akan pendedahan tersebut tidak selari atau meruntuhkan imej ideal yang dipaparkan selama ini.

Dalam hubungan romantik gerak tindak sang NPD akan berulang sehingga supply didapati tidak lagi menyumbang atau melawan, pokoknya tidak lagi berguna. Kitaran ini akan menjadikan mereka mencari narsisitik supply demi untuk mengekalkan kekuasaan serta memuaskan keperluan mereka pada perhatian dan kekaguman.

Sang NPD sememangnya sukar untuk memohon maaf. Jika perlu sekalipun, beliau seringnya tidak ikhlas dan beralaskan banyak sebab musabab atau berjustifikasi akan sikap mereka selama ini. Apa sahaja alasan agar supply dipandang kecil dan bodoh (termasuk sikap di mahkamah)

"Saya tidak mahu lagi, saya tidak memerlukan kamu" mungkin frasa terbaik atau paling berkuasa untuk dikatakan pada sang NPD bagi memperjalaskan bahawa kamu tidak bergantung pada mereka untuk apa apa lagi dan melemahkan kuasa NPD terhadap kamu.

Para supply harus tahu dan membaca gerak sang NPD bila dia mula mencari salah, memperkecil, memintal sebab (gaslighting) dan bertingkah agar kamu merasa bahawa dia berkuasa dan supply tidak boleh bersuara. Ya, sang NPD sanggup mengatakan bahawa supply itu BODOH dan tidak berguna satu sen. Emosi supply akan diinjak injak sepanjang perhubungan romantis. (bertunangan atau menjalinkan hubungan rumahtangga). Memujuk bila merasakan dirinya terancam dan kembali dengan sikap biasa untuk mengitar semula deraan.

NOTA:

Seperti yang dikatakan, bicara tentang NPD dan sikap SUPPLY tidak mudah. Ia memerlukan sesi kaunseling dari pakar atau terapis. Pokoknya pengetahuan asas tentang siapakah NPD perlu diperdalam, takut jika tersilap.

Rawatan sebenarnya banyak diberikan pada SUPPLY berbading rawatan pemulihan pada sang NPD (atas sebab yang nyata).

Kenapa perlu faham tentang NPD?

Kerana mereka adalah bendera merah yang perlu ditebak. Perlu dipinggirkan kerana ia akan melibatkan soal soal sejahtera emosi dan fizikal manusia.

 Perlu dipinggirkan kerana ia akan melibatkan soal soal sejahtera emosi dan fizikal manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now