ESTETIKA DUIT LAMA (OLD MONEY AESTHATIC)
Sana sini sepanjang tahun 2023 kedengaran perbualan tentang OKL – Orang Kaya Lama (old money aesthetic). Para fesyenista tidak mahu ketinggalan mahu menyampuk, hingga ramai yang terkeliru, apakah ia trend atau gaya yang tiba tiba singgah? Bersimpang siur terma Old Money, Quiet Luxury agar tampil kaya raya!!!
Mana mungkin dicapai etetika tersebut sekiranya kita tidak hadir dari latar keluarga kaya raya makan 7 keturunan tidak habis?
Jelasnya saranan akan estetika gaya OKL menjurus hanya pada teknik untuk tampil ELEGAN dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ya, kata kuncinya adalah ELEGAN.
Apa itu Elegan?
Ia merujuk pada hal hal beradap dan bergaya, berpenampilan menawan kemas dan tidak serabut.
Secara tidak lansung mencakupi soal budaya, citarasa, sofistikasi, fesyen, kesederhanaan, barisan pemikiran hebat, tampak mahal, bijaksana, tersendiri dan macam macam lagi persoalan yang subjektif.
Orang yang elegan kenal akan tubuh badan, latar ekonomi, pilihan kata kata, tingkah laku, pokoknya berhasrat mahu membina reputasi yang baik serta dikagumi.
Ingat tidak semua tampilan manusia mengena pada semua mata yang memandang. Lain mata, lain pandangannya. Atas dasar itu muncullah istilah 'IF YOU KNOW YOU KNOW'.
-----------------------------
Jelasnya estetika OKL (orang kaya lama) itu secara asasnya berbeza dengan perihal mahu tampil elegan. Tidak hadir begitu sahaja, elegan bukan tentang balutan di tubuh badan semata mata. Maka timbullah terma KEMEWAHAN DIAM (Quiet Luxury) yang mengenepikan Brand, Logo dan Gaya mencolok.
Apakah benar taraf kekayaan dan elit sering tampil elegan? Tidak juga.
Bukan tidak pernah kamu saksikan personaliti tempatan yang mencuba berat untuk tampil kaya dan elegan. Bantuan penata gaya mana sekalipun tidak akan mampu membantu sekiranya dari dalam diri personaliti tersebut sememangnya tidak elegan (latar Adap, Pendidikan dan Kelas)
Bukan tidak pernah kita ketemui orang kaya yang tampil berserebeh diakibatkan rasa tidak peduli, tidak bercitarasa dan pelbagai sebab sebab kukuh yang lain. Harus ingat bahawa tidak semua orang kaya dan elegan menyarung busana-busana serta pelengkap yang diasosiasikan dengan kemewahan diam atau estetika OKL.
Iris Appel, Anna Wintour, Suzy Menkes dan beberapa orang kuat industri fesyen tidak selalu tampil dengan estetika OKL. Jadi jelaslah bahawa ia bukan tentang apa yang kamu pakai, tetapi melibatkan kesesuaian di mata pemandang dan sedap di badan. Jadi, mahu tampil preepy, tradisional, bohemian atau menata mengikut citarasa orang lain? Sanggupkah kamu jika ia tidak selesa di badan?
Apakah kamu jenis yang akan kecil hati, marah bila dikatakan Tacky, OTT, serabut? Pohon Krismas? Selekeh Atau apa sahaja yang difikirkan bersifat menghina?
Tidak semua hal memerlukan disclaimer/amaran. Mana mungkin kita tahu latarbelakang si pemakai? Padanan busana sahaja tidak memungkinkan hal tersebut. Ia mungkin penampilan sementara. Dia mungkin bintang pentas yang ditata, ahli sukan, orang beragama atau boleh jadi apa sahaja. Hanya pemakai saja yang tahu kebutuhan terhadap apa yang digayakan.
Menyertai masyarakat atasan hadir dengan beberapa aturan dan kelakuan, apakah ia terkait dengan kamu? Apa mahu jadi seperti Anna Delvy? Wanita tukang skam yang menusup masuk dalam kelompok berduit terkenal itu?
Keputusan untuk milikan dari jenama atasan atau bawahan? Kesesuaian poket – Thrift atau Swapping? Boleh juga berhempas pulas jika mampu dan sudi. Mencari tawaran terbaik dan tawar menawar, jika sudah berkenan.
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...