GENERASI Z
Sebenarnya penat bersembang tentang kata gelar generasi yang sering bermunculan ketika bersosial.
"Gen Z nok, mereka memang macam tu... depa ingat dunia ni berhutang kat depa,"
Kita pun terngangalah mencongak dalam diam, lantas dihafal generasi generasi yang ada bermula dari Generasi Hilang (1883 – 1900), Generasi Hebat (1901 – 1927), Generasi Diam (1928 – 1945), Baby Boomers (1946 – 1964), Generation X (1965 – 1980), Millenials (1981 – 1996), Generasi Z (1997 – 2012) dan Generasi Alpha – (2013 hingga kini...)
Apa betul setiap generasi berbeza dari segi sikap dan bawaan dalam hidup?
Tertanya tanya juga jadinya akan selisih cara mengamati dunia untuk saya yang berdiri antara Boomers dan Gen X. Satu menuduh yang satu lagi ketinggalan zaman, satu lagi menuduh yang satu lagi banyak kore.
Mana satu? Sedangkan hidup dan kitar waktu berterusan, membawa permintaan dan syarat syarat mewakili zaman masing masing.
Saya fikir bila generasi terkini bersikap tertentu, ia pastilah hasil didikan generasi yang sebelumnya (bukankah mereka yang membelai kehidupan sehingga melahirkan?)
Menurut carian antara ciri ciri utama Gen Z adalah seperti berikut:
Mereka semakin bertambah, mengutamakan simpanan/janaan wang, gemar melancong, terdedah pada debaran (anxiety – comparison & competition), hobi melibatkan permainan digital, tidak berapa peduli pada sekitaran, penentu pada gunaan teknologi AI dan membentuk budaya melalui media sosial – menurut Tom Hedges, Penganalisa Trend GWI.
Gen Z yang paling tua saat ini berusia 27 tahun dan paling muda 12 tahun.
Perbandingan generasi tidak boleh lari sebenarnya. Si Tua dengan lesen autoritas mengatakan zaman mereka lebih indah, sopan dan menarik, yang muda mencebih bibir bila tersedar serta beranggapan bahawa ada orang tidak lepas dari bernostalgia tentang masa lalu yang hilang ditelan arus pembangunan dunia tidak kira di lokasi mana sekalipun.
"Budak budak sekarang bukan tahu hormat orang tua...," rungutan yang difikirkan silap, hadir entah dari rasa cemburu, tertinggal atau rasa tercabar.
Anak anak Gen Z mereka lebih santai dan terbuka. Bersikap terus terang sama seperti generasi lalu (samada disuarakan, diberikan gaya tubuh dan memek muka untuk dibaca, dimengerti). Frasa penerangan sang Gen Z seringnya ringkas dan tidak bertele tele.
Mungkin percubaan mereka untuk eksis secara berani dan ringkas itu yang menjadikan generasi lama merasa aneh dan terpukul secara emosi, apatah lagi jika mereka dicucui oleh para Boomers dan dilahirkan oleh Milleneals. Hmmm...
Terapan adap sopan di Asia masih berlansung seperti biasa. Menghormati orang tua, belajar agar tidak tertinggal, bertemanan dan bercita cita, jadi apa bezanya dengan generasi yang lalu? Sifat kurang ajar akan kekal ada di mana mana generasi sekalipun.
Generasi lalu mungkin usahanya lebih bila mahu keluar dari sistem ekonomi rendah? Sistem politik yang berubah? Pulih dari peperangan? Situasi akses Pembangunan teknologi? Jadi kepantasan hidup berdikit dikit terjadi. Sesama generasi lagikan ada pergeseran tentang sikap dan kecekapan menyerap, ini pula generasi berbeza. Bukankah segala pesat perubahan yang Gen Z nikmati saat ini antara usaha usaha dari generasi sebelumnya?
Senang cakap, setiap generasi sudah melahirkan barisan manusia yang membawa sikap sikap yang lebih kurang sama sahaja, bak kata orang, "same script but different cast and locations – skrip sama tetapi pelakon dan lokasinya berbeza, dalam kondisi yang mungkin jauh lebih baik, cekap dan pantas.
Sebagai pemerhati, paling tidak mereka 'diberi – menuntut' peluang sebagaimana yang diperolehi dahulu, diseimbangkan dengan sistem sedia ada dan pergolakan sesama generasi yang membawa pada peradaban dan latar belakang (akademik, status, bangsa, agama dan budi) yang sudah tentu sedikit berbeza.
Media sosial merupakan medan Gen Z sepanjang usia remaja dan menjelang dewasa – medan yang tidak dinikmati oleh generasi sebelumnya secara meluas, jamuan berita berita pantas tidak bersaring sepanjang hidup, perkongsian tanpa batasan akan menjurus pada tekanan, debaran dan isu isu kesihatan mental jika tidak diselia.
Nah, di sinilah generasi terdahulu harus faham bila para Gen Z dilapurkan begitu mudah menjadi rengsa tentang kegalauan hidup, tekanan emosi, ketakutan, pencari remedi pada kesepian, Baik buruk sebenarnya masih subjektif, kerana ini zaman mereka. Berterus terang tentang rasa, pilihan malah seksualiti bagi generasi terdahulu boleh dianggap sebagai tabu.
Tuduhan bahawa mereka para Gen Z sebagai pemalas dan berhak (entitled) sangatlah tidak tepat. Mereka faham akan keseimbangan kerja (ada kerja ada gaji) – cara hidup impian, tidak mahu menjadi hamba pada kehidupan, menghargai kualiti waktu masing masing, menitik beratkan perkembangan peribadi dan mahukan pengalaman bermakna (bukankah ia berbunyi sama seperti aspiras para Boomerz dan Gen X suatu ketika dahulu?)
Falsafah tentang membina keluarga Gen Z di Asia dan Barat kekal berbeza.
Jika di negara barat para Gen Z dan Millennials rendah peratusan dan persediaan mahu jadi ketua keluarga amatlah berkurangan (diakibatkan sistem/faktor ekonomi dan politik semasa), merekalah yang sebenarnya kerap melaung soal 'Me Time' yakni peruntukan waktu pada diri sendiri (diterjemahkan pula oleh si tua bahawa mereka itu penting diri).
Perlu ingat bahawa Gen Z membesar bergelumang dengan perubahan teknologi digital yang pesat. Sejak usia awal remaja mereka sudah fasih tentang permainan digital, telefon pintar, bantuan sistem carian dan segala bantuan secara digital. Tanpa sedar mereka jauh dari urusan manual, celik digital dan berintegrasi dengan teknologi semasa.
Ya, Gen Z punya solusi dengan bantuan AI antara sedar atau tidak dalam kehidupan seharian.
Pandangan dan tingkah mereka mungkin dilihat sebagai ringkas tidak membawa sekali sensitiviti terhadap budaya, tata kerama dan kurang jelas pada hal hal langka. Bukankah itu boleh diatasi, selagi dicari? Suatu hari nanti para Gen Z juga akan melalui gelodak pertikaian yang sama untuk Gen Alpha serta dua generasi seterusnya yang entah akan digelar apa agaknya?
-----------------------
Regina Ibrahim
Boomerz dan Gen X yang terbuka untuk sebarang generasi, kerana percaya bahawa di zaman apa sekalipun deria manusia akan kekal sama. Sesekali akan membikin kaget tetapi mahu difahami sebaiknya.
Bertemu dengan ramai Gen Z yang menasbihkan Kesihatan Mental itu dan ini, tenang... suruh mereka cari diagnosis dari Pengamal Perubatan yang entah entah terdiri dari perawat Gen Z dan Millennials yang jauh lebih mengerti.
180524
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...