PENGHADANG BALIGH (PUBERTY BLOCKER)
Kanak kanak dengan Disporia Gender (Kecelaruan Gender) menuntut perhatian penuh kasih sayang, mereka berhak untuk dirawat dengan penuh perhatian seperti anak anak lain. Kondisi mereka yang unik menjadikan integrasi di alam persekolahan menjadi sukar (tandas, salin baju untuk olahraga dan pilihan aktiviti di sekolah yang berbahagi gender) Ia cabaran hebat di usia muda. Pihak sekolah disarankan untuk mengandalkan polisi yang menyeluruh demi menangani anak anak yang hadir dengan disporia gender.
Keresahan ibubapa pula bagaimana?
Tidak mudah sebenarnya. Apakah ini hanya satu fasa awal sahaja? Gerak geri anak bergender yang bagaikan tidak mampu dibendung? Bagaimana mahu mencerna terma terma SOGIE? Apa itu M to F, F to M? Apakah kekerasan mahu digunakan? Impak pada si anak pula apa agaknya? Sama seperti tanggungan emosi si anak, ibubapa harus berkonsultasi agar suasana tenang tanpa sebarang keributan bila masuk bab Gender Disporia.
Saat konsultasi kamu mungkin akan diperkenalkan pada kaedah dan penerangan RAWATAN HADANG PUBER (PUBERTY BLOCKER).
Sejenis rawatan terapi hormon untuk melewatkan perubahan fizikal yang tidak selari dengan Identiti Gender seseorang. Memperlambatkan perubahan menjadi langkah penting dalam transisi manusia yang masih muda. Ia membolehkan anak kecil mengambil waktu untuk mengeksplorasi pilihan sebelum menentukan/menetapkan samada diteruskan atau bagaimana untuk bertransisi.
Di usia berapakah terapi hentian hormon?
Selalunya ia bermula di awal usia baligh/puber. Terapi diberikan di permulaan usia puber, untuk anak anak yang begentalia perempuan sewaktu lahir, Dr Cartaya mengatakan ia di antara usia 8 dan 13 tahun. Untuk anak anak yang berzakar sewaktu lahir, ia di antara 9 dan 14 tahun. (Lelaki dan perempuan tahap baligh mereka berbeza).
Apakah rawatan ini membantu Disporia Gender?
Rawatan ini TIDAK meringankan perasaan anak anak dengan disporia gender menurut kajian. Bagaimanapun, seperti yang diduga, anak anak akan mengalami penguranan pertumbuhan fizikal dan kekuatan tulang sebaik sahaja mereka tamat rawatan di usia 16 tahun.
Apakah rawatan 'Penghadang Hormon' menyebabkan kemandulan?
Sebaik sahaja penghadang puber tidak ada dalam sistem badan, mereka akan kembali pada baligh mengikut jantina kelahiran mereka. Penghadang Puber tidak akan mengakibatkan tahap kesuburan, tetapi terapi hormon (HRT) mampu memandulkan.
Apakah penghadang puber sah secara undang undang?
Penghadang Puber telah digunakan sejak tahun 1980an untuk merawat kematangan awal anak anak, dan telah disahkan selamat untuk mengubati Kematangan Awal Kanak Kanak oleh FDA (US Food and Drug Administration) pada tahun 1993.
Apakah tugasan/kesan Penghadang Estrogen lakukan untuk tubuh Perempuan?
Penghadang Estrogen adalah gabungan kimia kimia yang asasnya menghadang sel barah dalam tubuh perempuan untuk berkembang, yakni estrogen. Barah payu dara sebenarnya agak sensitif pada hormon seperti estrogen dan rawatan Hadang Puber ini dikatakan berkesan.
Bolehkah dimanafaatkan kaedah Penghadang Puber di usia 18?
Memperlambatkan baligh/puber akan memberikan kamu ruang utnuk mengeksplorasi Identiti Gender, sebelum mengambil sebarang langkah bedah tubuh badan yang tidak mampu ditukar kembali (contohnya SCS – sexual confirmation sugery). Jika kamu berada di bawah usia 19 tahun, antara kriteria untuk mendapatkan preskripsi rawatan Penghadang Puber akan mengakibatkan suasana – paten keresahan berpanjangan tentang Tiada Pengesahan Gender (non conforming gender) atau Disporia Gender (kecelaruan gender)
Kesan sampingan rawatan Hadang Puber?
Pening, Keletihan, Sukar Tidur dan sakit otot. Perubahan berat badan, perubahan mood dan tisu payu dara. Haid tidak teratur (untuk pesakit perempuan bila kesan rawatan Hadang Puber belum berkesan sepenuhnya atau sedang berkesan pada badan).
Bagaimanapun dalam situasi tertentu, jika ada tahap estrogen yang tinggi atau kaum lelaki yang bergulit dengan kesukaran tegang (masalah ereksi), tidak subur atau gynecomastia (ketumbuhan tetek – tidak wajar untuk jantina lelaki cis) – ini merupakan rawatan yang paling sesuai. Rawatan 'Hadang Estrogen' mampu untuk mengembalikan keseimbangan hormon dalam tubuh badan lelaki cis.
Terapi Hadang Puber jelasnya mendapat tentangan masyarakat meskipun di negara maju sekalipun. Ada unsur unsur moral, budaya dan kepercayaan dibawa masuk dalam pertikaian. Namun ia boleh dijadikan alternatif pada ibubapa yang memiliki anak anak yang menunjukkan secara jelas ciri ciri atau keletah seperti M to F atau F to M. Pantau fasa kelakuan mereka dan berbicaralah dengan anak anak tanpa mahu mendominasi gender mereka.
Kaedah rawatan Hadang Puber bukanlah hanya untuk anak anak yang mengalami kecelauran jantina, ia digunakan untuk merawat Perempuan dan Lelaki Cisgender dalam situatsi kesihatan tertentu.
NOTA:
Paling jelas rawatan Puberty Blockers bukanlah hanya untuk kaum trangender sahaja. Ia penemuan yang mampu merawat kaum cisgender sekaligus. Sama seperti cerita cerita hormon sebelum memasuki alaf baharu, ia perlulah dipantau oleh pakar endokrinologis.
Terapi Puberty Blockers masih menjadi perdebatan di negara negara maju. Dipersoalkan kewibawaan ibubapa yang memberikan kebenaran dan anak anak yang dilihat seperti belum jelas akan gender pilihan (dikatakan masih berada di tahap Disporia).
Zaman sememangnya jauh berlalu, gender kekal berada di tahap rumit dengan alasan alasan yang jelas. Tidak kira dari pelusuk mana sekalipun kita berada. Secara tempatan (Malaysia) kita masih belum pernah mendengarnya (berita atau artikel). Namun dipercayai kaedah rawatannya sudah dikenal pasti oleh pengamal perubatan tempatan.
Sila rujuk pada paparan tentang Jazz Jennings dan keluarganya sebelum menerima rawatan Puberty Blockers di YouTube. Begitu juga dengan paparan cerita keluarga yang mempunyai anak anak INTERSEKS (Khunsa) – sebelum mengambil sebarang tindakan medikal demi rawatan dengan tujuan pemulihan.
YOU ARE READING
NONEN
Não FicçãoChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...