LYDIA
Mahu dikatakan cantik pun tidak seberapa. Orangnya biasa biasa sahaja. Bijak dalam melalui hidup, mungkin hasil dari nasihat makayam makayam yang ditemui. Dia tahu harapan sebagai maknyah terhadap cinta itu jangan dijadikan agenda utama. Bagaimana beruntungnya dia bekerja dan tidak perlu berhempas pulas mencari pelanggan di lorong gelap. (so typical of a ts to be portrayed this way). Dari jawatan kerani biasa pelan pelan sama seperti proses transisi diri, jawatannya berkembang menjadi penyelia customer service. Orangnya manis, positif dan ceria.
Dia sudah menyaksikan bagaimana seorang maknyah itu hancur akibat lelaki, akibat cinta palsu. Terlalu ramai, mahu dicerita dan dikaji juga tidak sanggup. Too sad. Memalukan, haprak desperado nanti dikatakan oleh orang lain. Dadah, Harta, Wang ringgit dan akhirnya terpaksa memulakan semula hidup di usia yang lewat. Kisahnya sama sahaja bila berbicara tentang gagal cinta Maknyah. Same script different casts. Cukuplah sekadar dia berhati hati dan tidak melalui jalan yang sama.
Apabila Sara mahu pindah, Lydia redha sahaja. Entah apa yang bersarang di minda fikir teman serumah yang juga maknyah ini. Sara mahu berpindah kerana lydia tidak membenarkan rumah tersebut menjadi port jantan. Rumah bagi lydia adalah tempat untuk merehatkan minda setelah penat bekerja. Sara pula jenis yang menggeletis, jadi ada percanggahan minda di situ.
Mengiklankan rumah kosong di 7 eleven. Macam macamlah panggilan diterima. Ada yang mahu berkenalan sangat menlucukan, ada juga yang main main bila mengetahu dia maknyah. Nazim muncul. Baru berpindah ke Kuala Lumpur. Lydia terus terang, dia bukan lelaki dia bukan perempuan. Terus terang adalah amalan hidup yang memudahkan diri. Nazim yang deperado mengatakan apa apa pun tidak apa, dia memang sedang sesak mencari tempat tinggal, kebetulan tempat kerjanya di kawasan yang sama.
"Apa apapun awak kena tengok dululah...sediakan deposit, ini KL saya bukan rumah charity," Lydia bertegas.
Maka mereka membuat temujanji hari itu juga sewaktu lepas kerja di kedai kopi hipster di Taman Senangan, Cheras. Lydia tahu dia maknyah, jadi awal awal lagi dia sudah bersedia kalau orang akan terkejut atau menolak. Itu semua sudah menjadi asam garam, sama juga seperti waktu bekerja, pelanggan macam macam perangai tapi lama lama mereka tahu kerja jalan dan masalah selesai.
Nazim orangnya sangat jantan. Tidak kurus tidak gemok, chubby pun bukan. Kalau grooming sedikit pasti akan menelan air liur gadis gadis yang suka berpacaran. Itu tidak penting bagi Lydia, yang penting dia mendapatkan penyewa yang baik dan berdisiplin. Nazim tidak perlu tahu yang rumah ini adalah milik Lydia, Lydia akan menipu bahawa rumah ini disewa dengan harga 1200 sebulan, jadi sewa bulanannya adalah 600 ringgit termasuk api air. Sara sehingga hari ini tidak tahu itu rumah Lydia. Bukan apa, biar mereka tahu bahawa membayar sewa tepat itu adalah tanggungjawab.
"Mestilah bilik asing...kamu ni, merepek..takda siapa nak paksa kamu tidur dengan sayalah"
"bilik kosong atau saya kena beli kelengkapan?"
"Semua lengkap bilik tu, air cond pun ada...awak pun takkan tinggal lamakan? Cuma takmaulah bawa balik orang pelik pelik ke rumah saya... Ahli keluarga baik jangan dululah, sebab saya pondan, sat lagi apa dorang kata," Lydia memberi ingatan supaya jelas.
Berpindahlah Nazim yang tidak ada apa apa cuma satu beg pakaian sahaja. Orang Kuantan yang baru berusaha mencari rezeki di kota. Bekerja sebagai pegawai Insuran syarikat XYZ. Ada ketikanya dia bersyukur, ada ketikanya dia merasa pelik terpaksa sebumbung dengan maknyah. Dia gusar dan gementar sebenarnya. Tapi tiada arah...rumah rumah dan flat lain bukan main lagi permintaan mereka surat itu dan ini, dua bulan sewa dan duit cagaran api dan air.
"Sekali sekali pandang bagus budak ni...manisnya ada, tapi janganlah buat hal lydia, haru hidup nanti, asal dia membayar sewa tepat dan tidak menyemak rumah sudahlah," dia berdialog dengan diri yang dewasa matang.
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...