COLLOQUIAL yakni bahasa sehari hari dimanipulasikan dengan mempergunakan keistimewaan BEBAS di bahagian dialog (code uncode) memberikan kepuasan pada pengkarya bagi karya cetak dan lakonlayar.
Perhatikan dialog dialog di bawah. Tatabahasa di luar "..........," Tetap dikawal rapi demi menghormati penulisan.
Ia melibatkan sebutan, dialek, ejaan dan ada ketikanya beraduk bahasa Inggeris atau bahasa asing untuk memperkukuhkan sifat watak dalam penceritaan.
Sudah pasti untuk penulisan sastera tradisional, ia tidak digalakkan. Menyukarkan kerja kerja terjemahan dan sukar untuk difahami oleh pembaca sepintas (mereka yang tidak berminat untuk menyelami budaya/gaya di luar kehidupan seharian). Pembaca ghairah yang ingin tahu akan mampu menghubung kait dan mencari makna atau menebak mengikut alur penceritaan.
Gunaan sebutan colloquial sebenarnya memperindah dan memperkayakan teknik bercerita namun tidaklah boleh digunakan sewenang wenangnya (apatah lagi jika dibawa sehingga keluar dari ruang "............" code uncode. Colloquial dilakukan secara berpada.
Memang benar, bukan semua pembaca tempatan terbiasa pada ejaan dan sebutan untuk gambaran lokasi/daerah tempat tinggal watak. Ia dianggap sebagai literasi remeh dan tidak memihak. Pemahaman akan jadi jelas sekiranya penulis mampu memberikan bayangan bayangan dalam penceritaan di luar "..............".
Harus ingat BUKAN semua dialog melibatkan bicara piawai yang bernada Riau.
Antara ayat ayat pilihan dalam fiksyen di bawah adalah: Depa, Hang, La, Teruih, Pelepaih Buang, Tinggai, Toksah, bedehau, belengaih, bakmai, ayaq
----------------------------
Langit mencerah biru tanpa awan dan berbahang sepanjang semenanjung Malaysia dijangkakan berlangsung selama tiga minggu mengikut perkongsian di sesawang Internet. Dua tiga kali paparan daripada pihak kaji cuaca menyulur di jalur masa medsos. Aku juga dalam kondisi hangat dan resah, dihantui perasaan yang bagai kucing mahu beranak menanti kepulangan ibu dari rumah Rafeah. Ada jawapan yang aku tunggu.
Aku bangun setelah mendengar derap kaki dan salam daripada ibu.
"Ah! Lega la sikit... mak mati-mati ingat depa nak minta 10 ke 15 ribu, mana la hang nak cekau duit?" Ibuku meluahkan rasa lega sebaik melihat wajahku seketika sebelum masuk melabuhkan punggung ke sofa.
"Depa mintak apa mak?"
"5 ribu serba satu, aku angguk setuju teruih la... mak si Peah pun nampak lega, depa nak pelepaih buang, sebab tinggai dia sorang," bersahaja jawapan ibu.
Aku diam beberapa saat sebelum bertanya samada dia dan Pak Long mahu minuman sejuk, maklumlah cuaca di luar bukan main terik. 35 darjah di awal tahun.
"Toksah tanyalah Amran oi... hangat bedehau la, belengaih! Hang bakmailah ayaq aih kat aku ngan Pak Long Hang, Zamri pi mana?" Ibu kembali pada sifatnya bertanya dua soalan dalam satu.
YOU ARE READING
NONEN
Non-FictionChallenges of a Transwoman. Self introduction. This is not a workshop to sell values and lifestyle. Just to nurture some understandings about ts living and working in Malaysia. Not to represent any NGO or to glamorize transsexuals life style...