BUSANA PAKAI SEKALI

2 0 0
                                    


BUSANA BUSANA YANG DIPAKAI SEKALI?

"Tu ada tu dalam almari... kak Mah nak pakai pun glamer sangat, lagi pun kat pinggang ketat dah..., mahai tu... 500 ringgit, awat depa tak puji mestilah puji terletak elok rekaan ZZY," maka busana mahal tersebut dipakai oleh almari, diam tak diam sudah tergantung di situ 5 tahun lebih.

Berapa ramai antara kita yang bersifat seperti kak Mah?

Sayang kerana objek tersebut mahal, sayang kerana ada nilai sentimental dan segan mahu dikenakan (kerana tidak punya aktiviti yang sesuai), ditelan zaman atau kedekut untuk didermakan pada yang sudi.

Tidak ada salah tidak ada benar, jika punya ruang luas bolehlah dijadikan muzium atau galeri untuk tatapan anak cucu di kemudian hari.

Namun jika ia menyusahkan dan bila diperinci hitungan hidup merugikan tenaga dan emosi kamu perlu tahu apa untuk dilakukan.

1. Berikan pada sanak saudara dan rakan rakan yang tepat (bukan pakai bagi sahaja pada yang tidak menghargai)

2. Iklankan sebagai jualan barangan pre-loved atau vintage di mana mana saluran medsos. (boleh jana $$$)

3. Dermakan pada kedai kedai charity berdekatan.

4. Boleh dijadikan hadiah untuk pertandingan pertandingan kecil jika kamu aktif dalam sebarang kegiatan (asalkan barangan tersebut dalam kondisi yang masih baik dan berharga) INGAT: yang masih elok sahaja.

5. Bersama teman teman lakukan kegiatan swapping (tukar tukar barang) sama seperti Parti Tupperware, tetapi tidak melibatkan sebarang nilai wang. Bersosial secara swapping menarik.

Dalam banyak artikel lepas kita sudah berbicara tentang kesan karbon barangan, pembuatan, jenis jenis fabrik, nafsu memiliki, tahap cepat bosan dan keselesaan ruang hidup. Jelasnya ada hal hal manusiawi yang perlu diperbaiki.

Keterikatan pada material dan manusia secara fizikal sangatlah berbahaya, ada perspektif hidup baharu yang perlu kita telusuri.

----------------

Sudahkah kamu kenal pasti KOLEKSI KAPSUL?

Sudahkah diselak gantungan gantungan yang tidak disentuh selama setahun lebih?

Apakah kamu masih ternanti nanti hari terbaik untuk dikenakan? (si mental menyimpan busana pengantin yang tidak kunjung tiba?)

Bolehlah koleksi tersebut menjana kewangan? Seperti pelaburan?

Ciri ciri apa yang kamu fikir akan menuai pujian 2 saat saat berhimpun? Nikmatnya di bahagian kamu bagaimana?

Apa kamu berharap akan ada krew TV datang membuat liputan akan koleksi koleksi tersebut?

Paling utama apakah ia masih memberikan Sinar Bahagia (spark joy) seperti yang diuar uarkan oleh si Marie Kondo?

Paling utama apakah ia masih memberikan Sinar Bahagia (spark joy) seperti yang diuar uarkan oleh si Marie Kondo?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NONENWhere stories live. Discover now