HAWA HAULIYA membersihkan meja yang baru lepas diguna pelanggan. Hawa mengelap beberapa titik air yang tumpah di atas meja itu.
Selesai sahaja membersihkan meja, Hawa terus menuju ke kaunter apabila ada pelanggan mahu membayar.
"Okey terima kasih. Sila datang lagi." Hawa bersuara kepada pelanggan itu dengan senyuman manis.
Apabila Hawa melihat ada seorang pelanggan masuk ke dalam cafe, Hawa terus menuju ke meja yang diduduk pelanggan itu.
"Ye encik, nak oder apa?" Soal Hawa sambil meletakkan buku menu di atas meja.
Harz Noah hanya merenung wajah Hawa. Kening Hawa sudah berkerut pelik dengan kelakuan pelanggan itu. Hawa perlahan-lahan mengangkat sebelah tangannya lalu menyentuh hidungnya.
Iyelah, risau juga kalau ada tahi hidung melekat di batang hidung.
Noah mengukir senyuman. Bukan senyuman sinis, tetapi senyuman manis.
"Hai tee rak." Sapa Noah dengan riang. Seperti seorang lelaki yang ceria.
Kening Hawa berkerut tidak faham apabila lelaki itu memanggilnya tee rak.
"Nama saya Hawa. Bukan tee rak." Hawa berkata dengan kepalanya tergeleng-geleng dihujung ayat.
Noah hanya mempamerkan wajah tidak bersalah. Senyuman lebar masih terukir dibibir.
"Duduk lah dulu. Kita borak-borak." Noah mempelawa Hawa duduk di kerusi kosong yang berada di hadapannya.
"Ramai lagi pelanggan yang perlu saya layan. Sila oder makanan atau minuman secepat yang mungkin ye. Kafe ni pun akan tutup lagi beberapa minit." Hawa bersuara dengan sopan. Pelik-pelik aje pelanggan yang seorang ini.
"Suruh aje lah pelayan yang lain gantikan tempat awak sekejap." Dengan selamba Noah berkata.
Hawa mencekak pinggang. Haa sudah persis mak-mak yang mahu memarahi anak.
"Senang aje kan awak bercakap. Saya tak nak ye kalau mereka kata saya ni curi tulang! Lagipun saya tak mahu kena buang kerja! Ini sahaja tempat saya untuk mencari rezeki."
Noah hanya mengangguk seperti faham akan kata-kata Hawa. Tetapi kata-kata Hawa itu hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
"Alhamdulillah kalau awak faham." Hawa mengukir senyuman kecil.
"Siapa kata saya faham?" Noah menyoal dengan kening dijongket sebelah.
Hawa melopong memandang Noah.
"Awak ni memang cabar kesabaran saya sungguh! Awak nak saya cakap bahasa apa ye supaya awak faham?"
Noah kembali tersenyum lebar.
Tergeleng-geleng kepala Hawa melihat Noah yang asyik senyum aje.
"Kalau saya nak berseronok dengan tee rak, boleh?" Noah menyoal dengan kedua belah kening dijongket berkali-kali.
Kening Hawa berkerut tidak faham. Haaa sekarang Hawa pula yang tidak faham akan soalan Noah.
"Maksud awak? Berseronok macam mana?" Hawa menyoal.
Noah memandang lama mata Hawa. Seperti pandangan singa yang sedang kelaparan.
Jantung Hawa sudah berdegup kencang. Perempuan mana yang tidak berdebar apabila ditenung lelaki kacak?
Noah mengenyitkan sebelah matanya dan menyebabkan mata Hawa terkebil-kebil. Wajah Hawa sudah membahang. Jantung pula semakin berdegup kencang. Ya Allah! Perasaan apakah ini?
Noah melepaskan tawa seperti orang bahagia. Noah bangun dari duduknya dengan mata masih memandang Hawa.
"Kehausan saya terus hilang apabila saya melihat wajah awak, tee rak."
Hawa menghela nafas berat. Muka aku ni agaknya ada iras air kut sampaikan pelanggan ni terus hilang dahaga. Air apa? Air ketum lah kut.
"Awak. Nama saya Hawa. Hawa Hauliya. Bukan tee rak!"
Hawa bersuara geram. Agaknya pelanggan ni baru lepas kena reject dengan wanita yang bernama tee rak kut. Lepastu jadi gila sebab tak boleh terima kenyataan yang tee rak reject dia.
"Nice name Hawa Hauliya. Gotta go now, bye tee rak." Noah melambaikan tangannya dengan senyuman masih tidak lengkang di bibir.
Selepas Noah keluar dari kafe itu, Hawa masih statik berdiri.
Entah mengapa, Hawa rasa lelaki itu sungguh lain dari yang lain.
୨✿୧
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...