Sebaik sahaja anak mata Noah menangkap kelibat Redyan di hadapan kaunter Tealive, Noah menghampiri Redyan dengan langkah penuh bergaya. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar lalu sebelah tangan lagi menguak rambut yang terjuntai beberapa helai ke belakang.
"Aku bukan artis, berapa kali aku nak cakap?" Redyan bersuara dengan nada marah. Kedua-dua belah tangannya mencekak pinggang dengan bibir diketap.
"Alah abang ni, saya tanya je. Abang ni harap je muka handsome, tetapi garang mengalahkan kak ros dalam cerita upin ipin tu." Faiz bersuara dengan bibir dicebik. Redyan menggulingkan anak matanya tanda menyampah.
"Aku ni gentleman, aku bukannya macam kau! Lemah lembut macam pondan! Pondan pun tak lemah lembut macam kau!" Sempat Redyan memperli Faiz. Faiz mendengus kasar lalu Faiz juga turut mencekak pinggang.
"Hey! Siapa kata saya lemah lembut? Saya ni sebenarnya ahli kumpulan mafia tau! Abang jangan main kasar dengan saya. Nanti saya akan report dekat boss saya!" Faiz mula membebel dengan wajahnya dibuat bengis.
Redyan melepaskan tawa sinis dengan kepalanya tergeleng-geleng. "Kau? Ahli mafia? Kalau aku ni ketua mafia, aku memang tak hingin nak masukkan kau dalam group mafia aku! Kau ni sesuai jadi driver kepada mafia je! HAHAHA!" Redyan melepaskan tawa kuat sambil menunding jari ke arah Faiz.
"Mafia apa kalau kerja Tealive? BHAHAHAHAH!" Redyan masih tidak henti ketawakan Faiz.
Noah hanya mengerutkan kening sambil memerhati mereka berdua berborak. Redyan masih tidak sedar akan kehadiran Noah di sisinya.
"Ni saya tengah menyamar lah! Musuh saya sedang berkeliaran dekat dalam mall ni! So saya ditugaskan untuk menyamar menjadi pekerja Tealive!" Faiz memberitahu lagi dengan bersungguh. Kenapa manusia di hadapannya ini susah sangat mahu percaya? Bukannya senang aku mahu bagitahu orang yang aku ni ahli mafia.
"Iyelah dik, semoga cita-cita adik tercapai. HAHAHAHAH!" Kata Redyan seperti mengajuk cara orang tua memberi kata-kata semangat kepada cucunya. Faiz mendengus lagi dengan kuat lalu Faiz mengeluarkan telefon canggihnya dari dalam kocek seluar. Faiz akan tunjuk bukti yang dia memang ahli mafia! Faiz menekapkan skrin telefon di telinganya sambil menunggu bossnya mengangkat panggilan.
TUTT TUTT!
"Haa kau dah jumpa si tenuk tu?"
"Boss! Boss nak tahu tak, ada sorang manusia ni, dia tak percaya yang saya ni ahli mafia! Apa patut saya buat dengan dia ni boss?" Faiz menyoal bossnya dengan anak mata merenung tajam ke arah Redyan. Redyan menghela nafas bosan dengan kepala tergeleng-geleng. Noah di sebelah hanya memerhati saja.
"Manusia mana pula ni? Macam mana dia boleh tahu kau tu ahli kumpulan mafia?" Boss kepada Faiz menyoal dengan nada suara penuh ingin tahu.
"Saya bagitahu dia boss, lepastu dia tak percayakan saya." Faiz memberitahu lagi dengan senyuman sinis dihadiahkan kepada Redyan. Faiz pasti yang bossnya akan menyuruh Faiz membunuh Redyan. Bye! Bye! Lelaki handsome, riwayat kau akan tamat pada hari ini.
"Hah?! Yang kau pergi bagitahu dia tu kenapa?! Kau gila ke apa hah?! Kalau macam tu lebih baik aku takpayah suruh kau menyamar! Bodoh punya anak buah!"
Faiz mengatup matanya dua saat apabila suara bossnya naik seoktaf. Faiz menjeling Redyan lalu Faiz menepuk-nepuk bahu salah seorang pekerja di situ. Faiz membuat isyarat seperti menyuruh pekerja itu mengambil oder Redyan. Selepas mendapat anggukan dari pekerja itu, Faiz keluar dari Tealive ini lalu Faiz mula beredar dari situ.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romansa[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...