Hari ini sudah masuk hari ke empat, Hawa demam panas. Hawa langsung tidak larat mahu berjalan. Malahan, nak makan pun Hawa rasa tidak larat. Linda sanggup mengambil cuti hari ini kerana Linda mahu menjaga Hawa. Risau kalau tiba-tiba Hawa pengsan sewaktu Linda tiada di rumah.
"Selalunya kau susah nak demam. Kalau demam pun, dua hari je. Tapi sekarang, dah empat hari demam kau tak sembuh. Makin tinggi ada lah suhu badan kau ni." Linda bersuara sebaik sahaja Hawa sudah menelan ubat. Berkerut-kerut wajah Hawa sewaktu mahu menelan dua biji ubat itu.
"Aku ajak pergi hos--"
"Taknak." Bantah Hawa dengan kepala digeleng laju. Hawa kembali membaringkan tubuhnya di atas katil. Hawa termenung sekejap memandang siling.
Linda mengerutkan kening apabila melihat bibir Hawa terketar-ketar seperti sedang menahan tangisan.
"Hawa? Kau okey tak?" Linda menyoal dengan nada risau. Hawa memandang Hawa dengan bibirnya melengkung ke bawah seperti tengah sedih.
"Aku...aku rasa diri aku bodoh sangat." Hawa berkata dengan nada suaranya bergetar. Linda pantas menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan apa yang ditutur Hawa.
"Apa kau merepek ni, Hawa?" Linda menyoal sambil mengusap lembut rambut Hawa. Mahu menenangkan Hawa.
"Aku..aku rindu Noah.."
Tangan Linda terus terhenti dari mengusap rambut Hawa. Mata Linda membulat kerana terkejut dengan apa yang diluah Hawa.
"Kau rindu Noah? Dengan secara tiba-tiba?" Linda menyoal Hawa. Tangisan Hawa mula kedengaran di ruang bilik itu.
"Aku..aku tahu kau akan marah. Iye lah, Noah kan.." Hawa tidak dapat meneruskan ayatnya. Hawa hanya mampu menangis aje sekarang ini.
Linda mengetap bibirnya. Linda berasa bersalah pula kepada Hawa. Perasaan manusia, kita tidak boleh halang.
"Aku minta maaf, Hawa. Aku dah macam kongkong hidup kau pula." Linda bersuara lirih. Hawa menggelengkan kepalanya tanda tidak terasa hati dengan Linda.
"Kau berehat lah dulu. Noah pergi Thailand sekejap aje." Pujuk Linda sambil membelai rambut Hawa.
"Kau tahu Noah pergi Thailand?" Hawa menyoal Linda dengan kening berkerut. Linda menganggukkan kepalanya.
"Aku baru je tahu semalam. Rupanya, anak Dato' Noth yang bekerja dekat HN's Holding tu, Noah. Terkejut beruk aku semalam. Hahahah!" Sempat lagi Linda ketawa mengilai. Hawa hanya tersenyum dengan kepala digeleng.
"Aku keluar dulu lah. Aku nak buat kerja sikit." Pamit Linda sebelum keluar dari bilik Hawa. Hawa kembali memandang siling.
"Noah, balik lah cepat.."
୨✿୧
Ameera menggaru kepala yang tidak gatal apabila melihat seorang pelanggan berpakaian hoodie hitam. Pelanggan itu hanya menundukkan kepala. Jadi, Ameera tidak dapat melihat wajah pelanggan itu. Tubuhnya boleh tahan tinggi lampai dan tegap.
Ameera menghampiri pelanggan itu dengan buku catatan kecil di bawa sama.
"Hai, assalamualaikum. Encik nak oder apa?" Soal Ameera dengan kepalanya menunduk sedikit untuk melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu serta merta memandang ke arah lain supaya Ameera tidak dapat menelek wajahnya.
Ameera mencebik menyampah dengan sikap pelanggan itu. "Encik nak oder ke tak? Atau encik tengah promote hoodie?" Soal Ameera dengan nada mendatar.
Lelaki itu hanya mengabaikan soalan Linda. Lelaki itu menundukkan kepalanya ke bawah.
"Hawa Hauliya, kerja sini kan?"
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...