🅑.🅦 - 42

1.3K 52 0
                                    

             BAM! BAM! BAM!

Hawa yang baru keluar dari bilik air, terus berlari anak menuju ke pintu apabila pintu bilik diketuk kuat.

"Kejap! Kejap!" Hawa melaung kuat supaya anak beruk yang mengetuk pintunya bagaikan mahu roboh itu dapat mendengar.

Hawa membuka pintu dengan kepala dijenguk keluar. "Hah? Apahal kau ketuk-ketuk pintu bilik aku? Kau nak kasi pintu ni tercabut ke apa?" Hawa menyoal Linda dengan kening dijongket sebelah.

Linda yang rambut berserabai seperti hantu kak limah itu, terus menunding jarinya ke arah tangga. "Apa yang mamat tu buat dekat depan rumah kita pada pukul 6:30 pagi ni?" Linda menyoal dengan mata terjegil-jegil. Mahu tercabut jantung Linda sewaktu Linda mahu menghirup udara yang segar di halaman rumah. Nasib baik Noah sedang menundukkan kepala memandang telefon sambil bersandar di kereta Audinya itu.

"Hah?? Noah dah sampai ke?" Hawa menyoal dengan nada terkejut. Awal gila mamat tu sampai! Kalau ye pun, bagi lah aku sarapan dulu! Ni solat subuh pun aku belum!

"Wait, kau rancang nak keluar dengan Noah ke harini?" Linda menyoal dengan kening berkerut. Hawa menganggukkan kepala dengan sengihan.

"Semalam dia degil taknak pergi kerja. So aku pun kata lah yang harini kitorang boleh jumpa lagi. Tapi aku tak tahu lah pula dia datang sini awal-awal pagi." Hawa menggaru kepala yang tidak gatal. Memang tak sabar betul Noah mahu keluar dating dengan Hawa.

Ternganga luas mulut Linda. "Kau dengan dia bercinta ke?" Linda menyoal lagi. Hawa pantas menggelengkan kepala.

"Mana ada! Aku dengan dia kawan je." Kata Hawa dengan bersungguh. Linda menghela nafas lega dengan kepala di angguk.

"Kau nak pergi dating dengan dia sekarang ke?"

"Alang-alang dia dah sampai, aku kena lah pergi sekarang. Tak akan lah nak suruh dia balik. Kesian dia, mesti dia dah lama tunggu."

Terkebil-kebil mata Linda memandang Hawa. Lain macam je Hawa ni. Patut ke kalau aku simbah air yassin dekat Hawa ni?

"Aku nak solat kejap. Bye!" Pamit Hawa sebelum dia menutup pintu dengan rapat. Hawa mahu solat subuh lalu Hawa mahu bersiap.

"Hawa! Aku panaskan ayam semalam ye? Kau makan lah dalam kereta nanti!" Jerit Linda dari luar bilik.

"Okey!!"

୨✿୧

          Noah masukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar. Tubuhnya di sandar ke pintu kereta Audi hitam miliknya.

"Hawa ni nampak ke tak aku tercegat dekat sini? Ke dia tidur lagi?" Noah menyoal sendirian sambil terjenguk-jenguk. Pintu rumah langsung tiada tanda mahu terbuka.

"Kalau nak call, aku mana ada nombor dia." Noah menggaru kepala yang tidak gatal. Noah melilau sekeliling untuk menghilangkan rasa bosan.

Tiba-tiba, anak mata Noah terpandang ke arah seorang figura yang bertubuh tegap. Mungkin dia lelaki. Noah tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana wajahnya di tutup hoodie. Noah mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas lelaki yang berdiri di belakang pokok itu. Pokok itu tidak jauh dari tempatnya berdiri.

"Noah!"

Noah terus mengalih pandangan ke arah Hawa. Senyuman lebar terus terukir di bibir Noah apabila nampak kelibat Hawa keluar dari rumah. Noah melambaikan tangannya ke arah Hawa dengan riang. Hawa membalas lambaian Noah.

Hawa membuka pintu pagar sebelum Hawa keluar dari rumah itu. Bekas tupperware yang berada di tangan, di pegang kemas. Di dalam bekas itu ada seketul ayam untuk Hawa mengalas perut.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now